Salah satu event hujung tahun yang dianggap sebagai penutup penghujung tahun 2014 adalah Tempatan Fest yang telahpun dilangsungkan di Selangor pada 27 & 28 Disember 2014. Bagi golongan remaja yang suka dengan fashion-fashion terkini dan rare, event ini memang untuk korang semua. Paling best sekali, semua pakaian yang dijual kat sini dihasilkan oleh pereka tempatan dan independent yang kebanyakkan tak dijual dikedai-kedai biasa. Kebanyakkan dari baju-baju ni dijual secara online sahaja ataupun di event Tempatan Fest. Kalau pakai baju-baju ni kat luar nanti, orang tanya.. beli kat mana baju ni bro?~ (Kembang hidung)

tempatan02

Diantara baju di Tempatan Fest

tempatan06

Pelbagai design menarik

tempatan03

Suasana di booth Abstrax Jingga

tempatan04

[Kiri] Dr. Faiz, pemilik Abstrax Jingga pun lipat baju untuk pengunjung

Tempatan Fest anjuran kali ke 10 dalam tempoh 2 tahun ini bertempatan diperkarangan Stadium Malawati Shah Alam. Pada tarikh yang sama juga dianjurkan Karnival Mega Sale di dalam Stadium Malawati. Jadi bayangkanlah betapa ramainya manusia yang ada ketika tu. Diantara jenama-jenama yang mendapat sambutan luar biasa adalah booth Abstrax  Jingga yang mana sentiasa penuh tak kira masa. TShirt lama-lama mereka yang biasanya berharga RM60++ dijual degan harga RM20 saja. Macam zombi semuanya memilih baju.

Abstrax Jingga terkenal dengan rekaan Tshirt MASterpiece yang berkolaborasi dengan Malaysia AirlineMASterpiece sangat terkenal sehingga dicetak berulang kali di dalam pelbagai pilihan kain dan corak.

Advertisements

Facebook Abstrax Jingga : https://www.facebook.com/abstraxjingga
Instagram Abstrax Jingga : http://instagram.com/abstraxjingga

tempatan01

Nak potong rambut pun boleh

tempatan05

Signage

tempatan07

Bergaya dengan ular~

tempatan10

Jenama Sacred

Lagi satu jenama yang saya suka adalah GENERASI. Saya tak pernah dengar jenama ni sebelum ni tapi saya sangat jatuh hati pandang pertama dengan rekaan baju baju mereka yang menggunakan corak kerawang pada bahagian bahu. Warna biru sangat sesuai dan menaikkan keseluruhan design baju ni.

Facebook GENERASI : https://www.facebook.com/GenerasiClothing
Instagram GENERASI : http://instagram.com/generasiclothing

tempatan08

GENERASI

tempatan19

Diantara design baju GENERASI

tempatan09

Siap ada vespa lagi

Jenama Pomp Head Clothing pula mungkin masih baru tapi memang berbaloi singgah di booth mereka. Semua konsep baju mereka menggunakan konsep Barbershop yang sangat unik. Saya dengar mereka juga ada servis gunting rambut, tapi saya tak pernah jumpa lagi.

Instagram Pomp Head Clothing : http://instagram.com/pompheadclothing/
Twitter Pomp Head Clothing : https://twitter.com/pompheadclth

tempatan16

Baju PompHead

tempatan11

Design ni nampak ganas sikit

tempatan20

Baju Baby pun ada

tempatan24

Baju DribBlack Apparels

Satu lagi jenama yang sangat menarik perhatian saya adalah Drib Black Apparels. Bagi sesiapa yang tak tahu, Drip Black adalah yang orang yang bertanggung jawab design low poly potrait artis yang tiba-tiba terkenal pada tahun lepas. Drib Black banyak melukis gambar-gambar artis tempatan dalam bentuk low poly dan sangat viral di media sosial. Sekarang dorang wujudkan pula department Apparels khusus untuk mencetak baju-baju dengan design low poly. Buat masa ni saya nampak hanya ada 2 design iaitu design Tiger dan Owl.

Kalau pakai baju ni memang dari jauh jiran sebelah rumah dah nampak. Memang mengancam betul. Selain tu, baju ni juga tidak menggunakan kain cotton malahan menggunakan kain seperti baju sukan.

Instagram Drib Black Apparels : http://instagram.com/dribbapparel

tempatan15

Topi

tempatan17

Baju jenama Frequency

tempatan18

Buku Tak Mati

tempatan21

Koleksi baju MyNegeri

Satu lagi jenama yang menarik minat saya adalah MyNegeri. Baju utama MyNegeri adalah baju mempromosikan nama negeri masing-masing dalam rekaan yang simple tapi smart. Buat masa ni mereka hanya menjual baju “Aku Anak Selangor” dan “Teman Orang Perak” tapi tu pun dapat sambutan hangat.  Selain tu kualiti cetak bajunya juga sangat cantik dan kemas. Kainnya juga selesa dan lembut.

MyNegeri Instagram : http://instagram.com/mynegeri_marketing
MyNegeri Facebook : https://www.facebook.com/mynegeri

tempatan22

Tuan punya MyNegeri

tempatan23

Jenama terkenal Super Sunday

tempatan13

Tempatan Cafe untuk makan dan minum

tempatan12

Jus Buah oleh OMG

Ada banyak lagi booth-booth dan acara menarik yang tak sempat saya nak ceritakan. Kalau ada yang tak sempat nak ke Tempatan Fest yang lalu ni, jangan risau sebab akan ada banyak lagi Tempatan Fest tapi di lokasi yang berbeza. Dengar kata dorang nak ke Kuantanlah, Melakalah.. Jadi kalau nak tahu kat mana lokasi lepas ni, jom kita cek Facebook rasmi Tempatan Fest : https://www.facebook.com/TempatanFestcopyright

 8,304 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.