Malaysia Social Media Week adalah acara tahunan yang wajib dihadiri bagi semua pengiat media sosial samada untuk syarikat ataupun individu. MSMW tahun ni seperti biasa memfokuskan kepada isu-isu semasa berkaitan dengan media sosial di dalam sesi talk dan summit mereka. Sudah 2 tahun berturut-turut saya menyertai sesi summit MSMW2016 dan ini adalah sebab mengapa saya akan teruskan lagi pada tahun ini.

summit

Isu Media Sosial

Meskipun kita adalah pengguna harian media sosial seperti Facebook ataupun Instagram, namun teknologi media sosial ini sentiasa berkembang setiap hari. Ada saja info dan teknik-teknik terkini yang boleh diguna pakai yang dikongsikan oleh barisan speaker yang hebat. Kemahiran di dalam media sosial bukanlah sesuatu yang harus dipelajari pada sesuatu masa saja kerana teknologi ini tidak akan berhenti berkembang.

Pada tahun lepas saya mendengar talk dari @klubbkidd yang berkongsi idea bagaimana dia menggunakan twitter sebagai platform asas media sosialnya. Menurut @klubbkidd, tiada “Media Social Expert” kerana perkembangan media sosial terlalu laju dan cepat. Kita kena hari-hari belajar sesuatu yang baru.

MSMW2016

Sesi bersama Tun Dr. Mahathir ketika MSMW2015

MSMW2016

Bersama Klubbkidd

Barisan Speaker Hebat

Setiap tahun saya akan nantikan siapakah speaker yang bakal berkongsi pengalaman. Speaker jemputan ini boleh terdiri dari yang amat dikenali sehingga yang tak pernah kita dengar sebelum ini. Tapi apa yang pasti semuanya berkongsikan pengalaman berharga mereka di dalam bidang masing-masing. Pada MSMW2015, saya teruja mendengar perkongsian dari blogger Working With Grace (Singapore) dan Sock Peng (Malaysia) mengenai situasi sebenar di dalam dunia blog.

Perkongsian VVIP

Tahun lepas ketika di MSMW2015 satu dewan riuh rendah mendengar ucapan dari VVIP yang terulung iaitu Tun Dr Mahathir. Jarang-jarang sekali saya dapat mendengar perkongsian Tun mengenai media sosial dan blog. Yelah, Tun kan ada blog CheDet.cc yang mempunyai ribuan pengikut dan pembaca setia.

MSMW2016

Nak selfie pun boleh

MSMW2016

Ucapan oleh pengerusi MSMW2016

Aktiviti Sosial Media

Sepanjang sesi summit MSMW ni sebenarnya kita bukan hanya mendengar sahaja tetapi ada saja aktiviti berkaitan dengan sosial media. Kadang-kadang ada hadiah yang diberikan untuk twitter terpantas ataupun menjawab soalan melalui twitter. Jadi sambil mendengar tangan kena cekap menaip kat twitter. Barulah kena dengan tema media sosial.

MSMW2016

Sesi bersama Tun

MSMW2016

Ketika di MSMW2015

MSMW2016

Berikut adalah berapa speaker MSMW2016 yang telah diumumkan melalui laman web rasmi Malaysia Social Media Week 2016.

summit2

Bagi mereka yang nak join MSMW2016 masih belum terlambat dan boleh daftar secara online di laman web MSMW. Acara ini akan diadakan pada 7 – 13 Mac 2016 di Berjaya Times Square.

aaa

1,219 total views, 2 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to Mohd Zarin Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge