Dah lama tak belanja pembaca MohdZarin.com dengan gambar makanan yang sedap-sedap. Entry kali ni special sikit kerana saya sanggup ke Singapore untuk merasai keenakkan makanan unik ni yang dah lama saya idamkan. Sup Tulang Merah adalah salah satu menu terkenal di Singapore. Lokasi yang paling terkenal untuk menikmati Sup Tulang Merah ini adalah di Golden Mile Food Centre yang terletak di Beach Road. Kat sini ada beberapa kedai yang menjual Sup Tulang Merah, tapi diantara yang tersedap saya diberitahu adalah kedai Deen Tiga Rasa.
Di sini adalah kawasan Food Court yang menjual semua jenis makanan termasuklah makanan Cina dan India.
Tengoklah warna merah darah Sup Tulang Merah ni yang mungkin agak menakutkan sikit pada awalnya. Tapi siapa sangka rasanya sangat-sangat sedap. Hirupan pertama saya pada kuahnya terus membangkitkan selera kerana kuahnya saja dah rasa sangat sedap. Warna merah kuahnya membuatkan ianya rasa seperti pekat dan berempah. Ada rasa sedikit pedas dan bercampur sedikit manis-manis pada after taste nya. Saya tak pernah rasa kuah sesedap ini. Serius tak tipu.
Bahagian dagingnya pula dimasak begitu empuk dan lembut. Dagingnya begitu manis dan sedap seolah-olah telah diperamkan lama bersama kuah merah yang enak.
Set Sup Tulang Merah ini didatangkan bersama roti potong sebagai side dishes. Combination roti ini sungguh sempurna dan enak dimakan dengan mencicah pada kuahnya saja. Cara nak makan Sup Tulang Merah ini pun ada caranya. Pelanggan diberi pilihan nak makan secara terus menggunakan tangan ataupun boleh request sarung tangan plastik. Kalau tak pakai plastik, maka sampai esok pagilah warna merah tu melekat pada tangan. Satu Set Sup Tulang Merah ini berharga SGD15 iaitu lebih kurang RM40.
Saya memang sarankan kepada sesiapa yang ingin melancong ke Singapore untuk cuba Sup Tulang Merah kat sini. Walaupun portionnya nampak macam banyak, tapi rasa macam tak cukup je makan sepinggan.
Selain dari tu, kat Deen Tiga Rasa ni ada satu lagi menu special yang anda kena cuba iaitu Mee Goreng Special yang juga berwarna merah. Kalau anda suka dengan Sup Tulang Daging Merah tadi, Mee Goreng ni pun pasti akan suka sebab ianya dimasak menggunakan kuah yang sama. Bestkan? Ianya juga dimasak bersama daging cincang dan rempah-rempah yang lain.
Saya bagi 5 BINTANG !
Ini adalah alamat kedai Deen Tiga Rasa di Singapore.
Deen Tiga Rasa
505 Beach Road
Golden Mile Food Centre
#B1-16
Singapore 199583
29,114 total views, 1 views today
woww!! tempting pulak tengok gambar ni.. adoii.. merah tu.. nak kena gi Singapore lah macam ni.. fuh!
KiD recently posted…8 Tips Buat Duit Dengan Instagram
Jom.. jom…
Amat mengancam sup tulang merah nie
Malaysia Tercinta recently posted…Kedudukan Dan Keputusan Terkini EPL 2014/2015
Thorbaik tu..nanti leh singgah kalau ke singapore 🙂
Syahir Basharuddin recently posted…CLEARWATER SANCTUARY SAKSI CINTA ‘ANNA AND THE KING’
wahh..
dengan mee goreng sekali nampak merah.
guliroket recently posted…Siapa sebenarnya Sazali Samad?
[…] ramai kawan-kawan yang membaca mengenai Sup Tulang Merah Singapore, ada beberapa orang yang bertanya kat mana nak dapatkan Sup Tulang Merah selain di Singapore? […]