Berita baik kepada semua peminat Sushi King kerana Sushi King baru sahaja melancarkan cawangan ke 100 iaitu di AEON Mall Shah Alam. Saya memang peminat sushi, lebih-lebih lagi Suski King. Rasanya baru beberapa minggu lepas saya ber“bonanza” di Sushi King dan minggu ini saya datang sekali lagi untuk melihat sendiri keunikan cawangan ke 100 Sushi King.

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Sushi King

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Sushi King di AEON Mall Shah Alam terletak di Japan Street iaitu di tingkat 1. Lokasinya tak susah sangat nak cari kerana ianya terletak bersebelahan dengan Daiso. Kat sini apa yang berbeza adalah terdapat satu menu baru yang saya dimaklumkan hanya terdapat di cawangan ini saja. Menu tersebut adalah Kushige iaitu sejenis makanan jepun berkonsepkan gorengan. Pelbagai pilihan Kushiage seperti udang, daging berkeju, salmon, durian mochi dan banyak lagi ditempatkan di kaunter khas.

Secara keseluruhannya, saya rasa Sushi King kat sini tidaklah terlalu besar tapi sederhana saja. Ketika saya makan malam kat sini, sekejap je keseluruhan meja dah penuh.

Advertisements
Sushi King AEON Mall Shah Alam

Kaunter Kushiage

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Diantara pilihan Kushige

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Keadaan di dalam Sushi King

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Sushi di Conveyor

Seperti di beberapa cawangan yang lain, semua order boleh dibuat menggunakan sistem ipad. Kalau sesiapa yang biasa makan di Sushi King mesti dah biasa menggunakan sistem ni. Semua makanan haruslah diorder melalui sistem walaupun nak order Green Tea saja sekalipun. Kebiasaannya saya akan makan apa yang ada di conveyor dan akan order beberapa menu istimewa sebagai tambahan.

Diantara yang menjadi favorite saya adalah unagi, tuna mayo, salmon skins, yakiniku, sashimi dan tore karage serta banyak lagi menu lain yang namanya saya tak hafal.

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Order menggunakan ipad

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Di dalam ni ada ayam goreng

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Udang ni sedap

Status Halal

Sebenar ramai yang tanya saya mengenai status halal Sushi King lebih-lebih lagi ianya tidak disenaraikan di laman web JAKIM. Memang benar, buat masa sekarang ni Sushi King tiada status Halal lagi tetapi pihak Sushi King sendiri sedang berusaha memohon status Halal kepada Jakim. Kemungkinan besar, Sushi King akan mendapat status Halal JAKIM sekitar Jun 2016. Sushi King melalui laman web mereka juga memaklumkan tiada penggunaan bahan terlarang seperti pork dan arak serta bahan mentah mereka seperti daging dan ayam adalah dari pengedar yang Halal.

Bukan mudah untuk mendapat status Halal di Malaysia lebih-lebih lagi prosedur yang harus dilalui. Sushi King sangat mementingkan status Halal lebih-lebih lagi hampir 50% pelanggan tetap mereka adalah terdiri dari masyarakat Muslim.

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Cara mengepit sushi udang

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Nampak sedap tak

sushi

“Kami telah memohon status Halal dari JAKIM pada minggu lepas dan kemungkinan besar Sushi King akan mendapat status Halal sekitar bulan Jun atau Julai tahun ini selepas membuka cawangan pertama Sushi King di Malaysia pada 21 tahun yang lepas. – Sushi King Malaysia”
Sushi King AEON Mall Shah Alam

Tuna Mayo

Sushi King AEON Mall Shah Alam

Salmon goreng (Bahagian pipi)

Tahniah kepada Sushi King Malaysia dengan pembukaan cawangan ke 100 nya di AEON Mall Shah Alam.

p/s : Sesiapa nak belanja makan Sushi King kat sini bolehlah roger anytime..

copyright

 9,082 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.