Tag - Animation

Ultraman Ribut II

Siapa yang pernah tengok episod Upin & Ipin : Ultraman Ribut tahun lepas? Kalau siapa yang pernah tengok, mesti tahu episod istimewa terbitan Les’ Copaque Production dengan kerjasama Tsuburaya ini adalah salah satu episod yang paling popular tahun lepas. Mana taknya, Ultraman Ribut merupakan satu-satunya Ultraman dari Malaysia sama seperti Ultra Force dari USA ataupun Ultraman Great dari Australia. Kiranya, setiap watak Ultraman ni memang unik dan hanya dihasilkan dengan kebenaran Tsuburaya.

ultraman01 ultraman02

Ultraman Ribut adalah Ultraman Malaysia yang dihasilkan bersama-sama dalam siri Upin & Ipin. Pada musim yang lepas, siri Ultraman Ribut menyaksikan bagaimana Ultraman Ribut menentang 2 raksasa sekali gus. Episod ini telah ditonton lebih 30 juta penonton di YouTube dan tak sangka akan ada Ultraman Ribut II.  Read More

7,492 total views, 5 views today

DaDuDiDo Musim 2

Pada tahun lepas, Les’ Copaque Production telahpun menyiarkan animasi pendek yang bertajuk “DaDuDiDo” di saluran YouTube Les’ Copaque (http://youtube.com/lescopaque). Animasi berdurasi 1 minit ini telahpun ditonton oleh berpuluh ribu peminat animasi bukan sahaja dari Malaysia. Animasi ini diterbitkan dan disiar secara eksklusif hanya di saluran YouTube Les’ Copaque.

DaDuDiDo

Pada tahun ini, Les’ Copaque Production sekali lagi menerbitkan musim ke 2 “DaDuDiDo” yang juga disiarkan diplatform yang sama. Episod baru kali ini masih mengekalkan 4 watak utama iaitu Da, Du, Di dan Do di dalam dunia fantasi mereka. Terdapat 6 episod secara keseluruhan dan akan mula disiarkan bermula pada 1 Mei 2015. Read More

2,231 total views, 1 views today

Animasi Puteri Limau dari Les’ Copaque

“Puteri” merupakan animasi terbaru dari Les’ Copaque Production yang bakal ditayangkan di TV3 tak lama lagi. Sesiapa yang melihat poster “Puteri” ataupun yang sudah menonton trailer “Puteri” pasti tak sabar nak menonton animasi ni di kaca TV nanti. Sebenarnya “Puteri” dah lama di dalam perancangan produksi tetapi terpaksa mengambil masa yang akan lama untuk menyiapkan walaupun ianya animasi pendek. Design watak “Puteri” serta rekaan pakaian sering diubah-ubah sehinggalah mendapat rupa yang diingini. Dari segi visual, team Les’ Copaque sememangnya telah melakukan kajian yang sungguh mendalam dan teliti. Siapa yang perasan, mesti dapat menilai keperincian pada rekaan watak, pakaian, latar belakang dan aksesori yang dipakai pada setiap watak. Dari segi teknologinya pula, banyak teknologi baru yang diserap di dalam “Puteri” seperti cloth simulation, hair, particle, water dan banyak lagi.

puter02

puter01

Ada juga beberapa orang yang merasakan ianya seperti animasi “Frozen” dari Disney. Bagi saya, hampir kesemua animasi dari Disney adalah berkaitan dengan puteri-puteri mereka. Apa salahnya kali ni, kita pula yang mengeluarkan puteri versi timur. Lagipun, animasi “Puteri” telah mula dihasilkan sebelum cerita Frozen ditayangkan lagi.

“Puteri” akan mula ditayangkan di TV3 bermula pada 23 November nanti pada jam 6 petang. Suka saya ingatkan ianya adalah animasi pendek yang hampir sama seperti Upin & Ipin. Ianya pasti akan membuatkan penonton rasa tak puas dan tak sabar nak menunggu sambungannya nanti. Teruskan untuk mengikuti perkembangan lanjut melalui Facebook Puteri http://facebook.com/puterilimau.official dan laman web rasmi http://puterilimau.com. Read More

8,749 total views, no views today