Tag - BestFM

Kemuncak Jelajah Pentas BestFM

BestFM merupakan siaran radio dari Johor dan sangat terkenal bukan saja di selatan tanahair malahan sehinggalah ke Kuala Lumpur. BestFM sebenarnya merupakan radio nombor 1 dalam kategori tempoh masa mendengar paling lama. Dengan kata lain, bila dah start dengar BestFM di saluran 104.1 memang dah taknak tukar siaran radio yang lain.

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Haiza dan Zairi

BestFM : Terbaik Untuk Harimu

Haiza berinteraksi dengan pengunjung

Saya sendiri sebenarnya peminat setia BestFM dan pernah sertai konsert Cita Citata Live @ Johor Bahru anjuran bersama BestFM. Bila waktu nak ke office tu, saya akan dengar Best Pagi bersama Aizairi iaitu gabungan Haiza dan Zairi manakala waktu petang balik kerja pula saya akan dengar suara Azieqa iaitu gabungan suara Azhar dan Ieqa. BestFM selalunya memutarkan lagu-lagu terkini disamping lagu-lagu retro dan 90an yang memang layan habis. Selain itu, kelainan radio BestFM adalah kerana penyampai radionya yang mempunyai gaya penyampaian dan suara sejati seorang penyampai radio. Mereka mempunyai lenggok suara dan attitude ketika sedang bercakap dan bukannya sekadar berbual kosong. Read More

1,399 total views, 3 views today

Mini Konsert Cita Citata Live in Johor Bahru

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dangdut yang sedang popular dengan lagu “Sakitnya Tuh Di Sini”. Cita Citata penyanyi dari Bandung, Indonesia bukan sahaja terkenal di Indonesia malahan mempunyai ramai peminat di Malaysia. Mini Konsert Cita Citata telahpun diadakan di tempat letak kereta Plaza Angsana, Johor Bahru bersempena dengan promosi album terbarunya. Saya berpeluang menonton konsert ini di Johor walaupun konsert ini turut diadakan di Menara KL.

Saya bukan sahaja meminati lagu “Sakitnya Tuh Di Sini”, malahan saya dan wife juga merupakan peminat setia BestFM. Kebetulan, BestFM adalah radio rasmi bagi mini konsert Cita Citata. Jadi peluang untuk melihat dari dekat penyampai BestFM memang saya tak lepaskan.

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Tiket Konsert Cita Citata

Mini Konsert Cita Citata Johor Bahru

Azhar dan Ieqa dari BestFM

Read More

6,994 total views, 1 views today