Tag - Buffet Ramadhan

Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Sempena dengan bulan Ramadhan kali ini saya berpeluang berbuka puasa dengan hidangan istimewa di Hotel Grand Dorsett Subang. Walaupun pertama kali saya berbuka puasa di sini, namun saya terus berhajat akan menjejakkan kali sekali lagi di sini kerana menu berbuka puasanya yang menarik dan sedap. Nak tahu apakah menu yang sedap sangat dan berjaya menambat hati saya? Teruskan membaca review Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang.

Terletak di Subang, Selangor lokasi hotel ini mudah untuk dicari. Terdapat ruang parkir di bahagian luar hotel memudahkan sesiapa sahaja yang berbuka puasa di sini. Sebenarnya terdapat 2 ruang makan untuk berbuka puasa di Hotel Grand Dorsett Subang namun untuk sesi iftar kali ini, saya akan berkongsikan pengalaman berbuka puasa di ruangan Terazza Brasserie yang bertemakan Citarasa Ramadan.

Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang

Citarasa Ramadhan di Hotel Grand Dorsett Subang

Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang

Kambing Panggang

Bufet Ramadhan Hotel Grand Dorsett Subang

Kambing Panggang yang telah masak

Apa kata saya terus mulakan dengan hidangan menu utama yang dinanti-nanti ramai orang iaitu Kambing Panggang. Macam tak sahkan kalau berbuka puasa takde kambing panggang, rasa macam tak lengkap pula. Tapi yang membezakan kambing panggang di sini dengan bufet Ramadhan yang lain adalah ianya disediakan dengan rempah khas yang sedap. Memang terasa aroma dan rempah ketika menikmati isi kambing panggang di sini. Ianya boleh dimakan bersama Nasi Briyani Kambing ataupun Ayam serta boleh juga dijamu bersama Nasi Arab. Semua hidangan ini beserta beberapa hidangan lain seperti pita kebab, sate, char kuew tiao merupakan sebahagian dari menu utama yang disediakan stall bahagian luar.

Di sini semua menunya dimasak secara live bagi memastikan makanan yang disediakan sedap dan sesuai dimakan panas-panas selepas ianya baru disediakan. Read More

 8,392 total views

Bufet Ramadhan Warisan Tradisi di SACC

Berbuka puasa di SACC ataupun Pusat Konvensyen Shah Alam sememangnya dinanti-nantikan saya setiap tahun ketika mencari lokasi berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan-kawan. SACC bukan sahaja menjanjikan hidangan berbuka puasa yang menyelerakan, bahkan ruang makan yang selesa serta beberapa kemudahan lain yang memuaskan. Kalau tak takkan la saya berbuka puasa hampir setiap tahun kat sini.

Terletak ditengah-tengah pusat bandar Shah Alam, lokasi SACC amat mudah dicari lebih-lebih lagi ianya berhampiran dengan PKNS dan SACC Mall yang menjadi tumpuan ramai setiap kali musim perayaan. Sekiranya berbuka puasa di sini, tak payah pening-pening untuk cari parkir kerana ruang parkir yang disediakan di bawah bangungan SACC sangat luas dan mudah. Selain itu juga, kita juga boleh membayar Zakat Fitrah dikaunter yang disediakan sementara menunggu waktu berbuka puasa. Mudahkan? Jom, kita tengok pula apakah menu-menu menarik Bufet Ramadhan SACC pada tahun ini.

Bufet Ramadhan SACC

Suasana di dalam dewan makan SACC

Bufet Ramadhan SACC

Bersama Chef SACC

Menggunakan tema “Warisan Tradisi”, menu bufet Ramadhan pada tahun ini membawakan 100 jenis sajian dan juadah warisan serta masakan kampung asli. Menurut Chef Eksekutif SACC, Jamili Napaih dan Sous Chef, Rizal Nahar, kebanyakkan makanan tradisional ditempat lain telah dikomersilkan dan diubah. Namun ianya berbeza dengan masakan di SACC yang masih mengekalkan rasa keaslian dan resepi makanan tradisi.

Diantara masakan asli yang menjadi hidangan istimewa adalah Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam, Ayam Masak Seroja, Singgang Kepala Ikan, Sambal Udang Terung Pipit dan banyak lagi. Namun begitu, menu utama yang menjadi tumpuan setiap tahun adalah Kambing Kebuli yang menjadi trademark hidangan di SACC. Saya sendiri memang meminati hidangan kambing kebuli  di SACC ini kerana daging kambingannya yang disediakan begitu lembut dan berempah.  Read More

 13,088 total views

Give Away #2 Voucher Berbuka Puasa di SACC

Buffet Ramadhan SACC

Kambing Kebuli

Ingin berbuka puasa di SACC secara PERCUMA? Ikuti langkah-langkah di bawah untuk berpeluang memenangi 2 voucher berbuka puasa di SACC.

1. Tinggalkan komen di blog MohdZarin.com pada entry “Nikmat Iftar di SACC” (https://mohdzarin.com/blog/nikmat-iftar-di-sacc/ ). Bagitahu kenapa anda nak berbuka di SACC,

2. LIKE dan tinggalkan komen di Facebook SACC https://www.facebook.com/SACCofficialnew  dengan ayat “Saya telah menyertai peraduan di blog MohdZarin.com

3. Copy paste keseluruhan ayat di sini dan sharekan di Facebook anda.

Tarikh tutup adalah pada 3 Julai 2015. Saya akan memilih 5 pemenang dengan hadiah sepasang voucher berbuka puasa di SACC.

*Voucher tidak boleh ditukar dengan wang

Read More

 3,350 total views