Tag - Car

Bateriku.com bantu ketika bateri “kong”

Kalau dulu kereta tak boleh nak start dan berpunca dari bateri “kong” saya akan call kawan-kawan ataupun ahli keluarga untuk tolong belikan bateri ataupun pinjamkan kereta untuk jump sementara untuk di bawa ke bengkel. Masalahnya adalah bukan semua orang ada jumper dan bukan semua kedai ada jual bateri kereta yang sesuai dengan kereta kita. Kalau pandai pasang bateri tu sendiri dah kira bagus, tapi macam mana pula kalau tak tau pasang?

Baru-baru ni saya berpengalaman mencuba sendiri perkhidmatan Bateriku.com sebagai alternatif untuk masalah bateri kereta “kong” ni. Mula-mula saya menghubungi talian 1-800-22-2324 untuk memberi tahu lokasi saya dan jenis kenderaan yang saya bawa. Proses ni tak makan masa dan mereka akan memberi tahu harga bateri kereta sebelum memulakan perkhidmatan. Harga yang dikenakan adalah harga untuk bateri saja dan perkhidmatan pemasangan dan sebagainya adalah percuma. Rupanya selain kita boleh call, kita juga boleh WhatsApp di talian 012-245 8027 dan akan ada awek cun yang reply whatsapp kita tu.

bateriku.com

Bateriku.com

Bateriku.com

Petugas Bateriku.com

Kurang dari 1 jam, akhirnya petugas Bateriku.com ni sampai dengan van hijau yang tertulis jenama Bateriku.com. Walaupun perkhidmatan mereka belum bermula, tapi saya rasa sangat lega bila nampak van mereka sebab sekurang-kurangnya saya tahu saya berurusan dengan syarikat yang profesional dan bukan scam. Petugas Bateriku.com terus memeriksa keadaan kereta sebelum mula memasangkan bateri untuk memastikan masalah tersebut memang berpunca dari bateri kereta. Bateri yang digunakan adalah jenama Century yang merupakan salah satu jenama yang bagus di dalam jenama bateri kereta. Read More

8,084 total views, no views today

Misi Selamatkan Kereta

Selamat Tahun Baru 2014. Sedang baru saja menyambut hari pertama dalam tahun 2014 ini saya sekadar nak berkongsi dengan satu situasi yang telah berlaku di Pullman Putrajaya. Situasinya di mana sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita termasuk ke dalam longkang besar ketika ingin memasuki kawasan parking berrumput. Benda ni sebenarnya mungkin berlaku kerana pemandu menganggap takde longkang dan terus memandu ke arah dalam longkang.
Tapi takpelah, nasib baik waktu kejadian agak ramai orang berada disekeliling dan bersedia untuk membantu. Dengan bermodalkan tulang empat kerat bersama lebih kurang 7-8 orang awam di situ menolak dan menarik kereta ni keluar dari longkang tersebut termasuklah saya sendiri. Setelah beberapa kali mencuba barulah kereta ni berjaya ditarik ke atas. Walaupun kereta ni kecik je dan nampak macam ringan, tapi oleh kerana longkang ni dalam sangat jadi memang agak susah pada awalnya nak tolak ke atas.
Keadaan kereta selepas termasuk ke dalam longkang

Read More

619 total views, no views today