Tag - DaDuDiDo

DaDuDiDo Musim 2

Pada tahun lepas, Les’ Copaque Production telahpun menyiarkan animasi pendek yang bertajuk “DaDuDiDo” di saluran YouTube Les’ Copaque (http://youtube.com/lescopaque). Animasi berdurasi 1 minit ini telahpun ditonton oleh berpuluh ribu peminat animasi bukan sahaja dari Malaysia. Animasi ini diterbitkan dan disiar secara eksklusif hanya di saluran YouTube Les’ Copaque.

DaDuDiDo

Pada tahun ini, Les’ Copaque Production sekali lagi menerbitkan musim ke 2 “DaDuDiDo” yang juga disiarkan diplatform yang sama. Episod baru kali ini masih mengekalkan 4 watak utama iaitu Da, Du, Di dan Do di dalam dunia fantasi mereka. Terdapat 6 episod secara keseluruhan dan akan mula disiarkan bermula pada 1 Mei 2015. Read More

 5,636 total views