Tag - DisneySea

Apa yang ada di DisneySea Tokyo?

Sebelum saya bercuti ke Tokyo lagi saya dah berazam untuk menjejakkan kaki ke DisneySea Tokyo. Ramai yang keliru dan tak tau nak pilih di antara DisneySea Tokyo dan Disneyland Tokyo. Apa yang pasti DisneySea bukanlah Water Theme Park seperti Sunway Lagoon.

Walaupun kedua-dua themepark berdekatan di antara satu sama lain, janganlah kita memilih salah satu diantara dua themepark ni. Sebab utama kerana dua-dua theme park ni menawarkan pengalaman baru yang menarik dan keunikan yang berbeza. DisneySea misalnya hanya ada di Tokyo dan tidak ada di negara-negara lain yang mempunyai Disneyland. Pengisian dan ride di dalam kedua-dua themepark ini satu pun takde yang sama.

Oleh sebab itulah ramai yang datang ke Tokyo pasti akan membeli sekurang-kurangnya 2 day pass untuk masuk ke dua-dua theme park ini pada 2 hari berturut-turut. Sekali lagi saya ingatkan, silalah datang awal dan elakkan musim cuti di Jepun sekiranya berhajat ke sini. Sekiranya tidak, kita hanya akan membuang masa dengan beratur selama 1 hingga 2 untuk satu ride.

DisneySea Tokyo

Train ke DisneySea Tokyo

DisneySea Tokyo

View dari dalam Train sebelum sampai ke DisneySea Tokyo

DisneySea Tokyo

Globe di pintu masuk DisneySea Tokyo

Tak susah untuk pergi ke DisneySea Tokyo walaupun hotel kita jauh dari kawasan Maihama. Selepas berhenti di station terdekat iaitu station JR Maihama, kita hanya perlu jalan kaki untuk ke pintu masuk. Dihadapan pintu masuk DisneySea terdapat sebiji globe (bumi) besar seakan-akan di Universal Studio dan dari semasa ke semasa terdapat beberapa watak Disney seperti Mickey Mouse ataupun Minnie Mouse akan menyambut di pintu masuk dan memberi peluang untuk bergambar. Read More

3,816 total views, 2 views today