Tag - Event

Upin & Ipin dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia

Tahniah diucapkan kepada Les’ Copaque Production kerana watak animasi nombor 1 negara iaitu Upin & Ipin dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Pelantikan sebagai duta ni merupakan salah satu penghargaan besar buat Upin & Ipin yang juga merupakan Duta Unicef Malaysia. Saya sendiri berpeluang menyertai dan terlibat di dalam majlis pelantikan yang penuh bersejarah ini yang diadakan di Saloma Bistro. Acara utama pada hari tersebut sebenarnya merupakan Majlis Rumah Terbuka namun pihak MOTAC turut  mengambil kesempatan yang ada bagi mengumumkan berita pelantikan ini.

Maskot Upin & Ipin tampil di dalam dewan Saloma Bistro dengan berbaju melayu sambil diiringi oleh pasukan kompang mendendangkan lagu tema Upin & Ipin. Sambil perlahan-lahan menari mengikuti irama lagu, maskot Upin & Ipin diarak menaiki pentas utama. Majlis pelantikan disempurnakan YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan).

Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia

Upin dan Ipin ketika masuk ke dalam dewan

Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia

Gimik Pelancaran

Read More

1,251 total views, 7 views today

Jakel Barulah Raya 2017

Alhamdullilah, nampaknya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya. Sekarang ni mesti ramai yang tengah sibuk dengan persiapan raya seperti baju raya dan persiapan rumah. Promosi Raya boleh dikatakan dilangsungkan tiap-tiap minggu dengan tawaran yang menarik dengan design terkini dan harga yang murah. Jakel juga tidak terlepas untuk mempromosikan pakaian raya mereka dengan barisan ikon serta Duta Raya mereka tahun ni.

Slogan raya tahun ni adalah “Jakel Barulah Raya” dan menampilkan Duta Raya seperti Aaron Aziz. Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, & Lara Alana dan Upin Ipin. Aaron Aziz sendiri merupakan Duta Raya Jakel terawal iaitu selama 6 tahun manakala terdapat juga beberapa wajah baru yang ditampilkan Jakel pada tahun ini iaitu Ayda Jebat, Hairul Azreen, Hanis Zalikha bersama anak mereka Yusof Iskandar, Janna Nick dan Harith Iskander.

Baju Raya Jakel 2017

Diantara barisan duta Jakel

Baju Raya Jakel 2017

Suasana ketika majlis pelancaran

Saya sendiri dijemput bersama duta-duta Raya Jakel ni dipentas utama ketika majlis bersama media diadakan tempoh hari. Suasananya memang meriah walaupun dilangsungkan ketika minggu pertama bulan Ramadhan. Menurut Pengarah Urusan Jakel, Datuk Haji Mohamed Faroz, pada tahun Jakel menawarkan promosi serendah 85% pada setiap minggu sehingga hari raya nanti. Fashion yang ditawarkan pada tahun ini lebih up to date dan mengikut citarasa terkini.

Baju Raya Jakel 2017

Bacaan Doa

Read More

856 total views, 5 views today

Coway Run 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Kali ni saya sungguh excited nak berkongsi pengalaman berkaitan dengan acara larian yang terbaru saya sertai iaitu Coway Run 2017. Ini adalah larian ke 2 yang saya sertai selepas Spongebob Run 2017 pada bulan lepas. Apa yang membuatkan saya excited adalah kerana Coway Run ni pertama kali dianjurkan dan seperti mana yang kita tahu, jenama Coway ni sendiri adalah berasal dari Korea. Medalnya juga agak unik dan cantik serta dicipta berdasarkan dari bentuk titisan air. Semenjak beberapa bulan sebelum larian ni bermula lagi, pihak penganjur dah mula promote larian ni di media sosial dengan macam-macam pendekatan untuk create hype Coway Run 2017.

Kali ni saya sertai larian sejauh 10KM namun terdapat juga pilihan jarak untuk 5KM. Coway Run ni diadakan di The Starling Mall iaitu sebuah shopping mall baru di Damansara. Di antara kit larian yang diberikan adalah beg, tshirt, bib, tuala serta beberapa alat untuk rambut (Takde kaitan dengan larian).

Coway Run 2017

Race Kit Coway Run 2017

Coway Run 2017

Saya berada di sini seawal jam 6.30pagi

Coway Run 2017

Senaman panas badan

Macam biasalah kalau join larian, seawal jam 6 pagi lagi dah kena datang dan mulakan dengan senaman ringan serta taklimat oleh pihak penganjur. Boleh tahan ramai juga peserta untuk Coway Run ni dan kebanyakkanya memakai baju biru Coway. Memang tiada masalah parking kerana peserta boleh parking dikeliling kawasan kedai di sini ataupun di dalam Starling Mall  Mall ni sendiri.  Tak kurang juga yang begitu bersemangat untuk larian ni sehingga training bersungguh-sungguh sebelum memulakan larian. Berbeza dengan fun run yang biasa, Coway Run ni juga ada menawarkan hadiah kepada pemenang bagi kategori lelaki dan perempuan. Saya memang takkan menanglah sebab nak join ni pun suka-suka. Read More

761 total views, 3 views today

Konsert Jom Tonton 2017

Konsert Jom Tonton ni merupakan anjuran MediaPrima yang julung-julung kalinya dianjurkan sempena dengan sambutan ulang tahun pertama Tonton. Konsert ni diadakan di perkarangan eCurve dan dibarisi oleh artis terkemuka tanahair. Walaupun lokasi di perkarangan eCurve tu tidaklah sebesar mana, namun ianya berjaya memuatkan pentas konsert Tonton dan beberapa booth penaja. Lokasi konsert ni saya rasa unik kerana eCurve seperti yang kita tahu sentiasa ramai orang lebih-lebih lagi pada malam minggu. Sesuai dengan target audiencenya, Konsert Jom Tonton 2017 ni juga mempromosikan pelbagai pakej menarik bagi langganan tahunan perkhidmatan Tonton.

Konsert Jom Tonton 2017

Pembukaan Konsert Jom Tonton 2017

Konsert Jom Tonton 2017

Persembahan oleh Kaka

Read More

694 total views, 3 views today

Lisa Surihani sebagai Duta Unicef Malaysia

Lisa Surihani iaitu personaliti terkenal tanahair baru-baru ni diangkat menjadi Duta UNICEF Malaysia. Lisa yang merupakan seorang ibu dan sangat sukakan kanak-kanak sangat bersesuaian untuk memikul tanggungjawab ini. Menurut wakil UNICEF Malaysia, pemilihan Lisa Surihani sebagai Duta UNICEF adalah kerana mereka melihat Lisa sebagai ikon dan public figure yang sangat ideal untuk mempertahankan hak kanak-kanak. Lisa bukan saja bijak, petah bercakap tetapi Lisa juga diantara personaliti yang sentiasa membawa imej yang baik dan sopan.

Lisa yang sedang hamil anak ke dua ketika majlis pelancaran tempoh hari, turut berkongsi pendapatnya mengenai kesedaran di kalangan masyarakat di dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk kanak-kanak.

Lisa Surihani sebagai Duta UNICEF Malaysia

Lisa ketika sesi soal jawab media

Lisa Surihani sebagai Duta UNICEF Malaysia

Lisa berkongsi pendapat mengenai hak kanak-kanak

Lisa diikat sebagai Duta UNICEF Malaysia untuk tempoh 2 tahun tetapi Lisa sendiri berharap ianya adalah untuk jangka masa yang panjang. Sebelum ini Lisa dilihat aktif menyertai kempen-kempen serta memberi ceramah berkaitan kesedaran dan pelindungan kanak-kanak. Dengan pelantikkannya sebagai Duta UNICEF Malaysia, bakal memberi Lisa lebih peluang untuk lebih aktif dan berkongsi suara mengenai hak kanak-kanak. Read More

1,475 total views, 5 views today

SpongeBob Run Malaysia 2017

Ini sebenarnya adalah kali pertama saya sertai Fun Run dan apa-apa jenis run yang pernah dianjurkan. Tak tau kenapa, tapi SpongeBob Run ni sangat menarik perhatian saya semenjak ianya diwar-warkan beberapa bulan yang lepas. Dengan harga pendaftaran sebanyak RM95 pada mulanya saya rasa ianya agak mahal. Yela, dah la first time masuk Fun Run dah kena bayar sebanyak tu. Tapi selepas saya lihat sendiri Race Kit yang ditawarkan serta Medal Spongebobnya akhirnya saya takde fikir-fikir lagi. Tambahan pula saya memang nak cuba cari pengalaman dalam aktiviti macam ni.

SpongeBob Run ni dianjurkan di Setia City Park iaitu berdekatan dengan Setia City Mall dan terdapat 2 pilihan larian iaitu sejauh 3Km dan 5KM. Sebenarnya saya rasa saya boleh lari 5KM tapi oleh kerana ini adalah first time jadi saya ambik 3KM saja dulu.

SpongeBob Run Malaysia 2017

SpongeBob Run Malaysia 2017

SpongeBob Run Malaysia 2017

Suasana di Setia City Park pada jam 7pagi

Seawal jam 6.30 pagi lagi Setia City Park telah dipenuhi dengan ribuan peserta larian yang memakai pakaian warna kuning terang. Baju ni adalah di antara Race Kit yang diberikan selain beg, bib larian, bantal SpongeBob dan beberapa kupon Sunway Lagoon. Oleh kerana saya join larian 3KM jadi bib saya adalah berwarna pink iaitu design watak Patrick manakala yang lari sejauh 5KM memakai bib berwarna kuning iaitu watak SpongeBob. Suasana masa ni nampak sangat meriah sebab larian ni disertai oleh pelbagai peringkat umur dan bangsa. Read More

1,337 total views, 5 views today

Lego Star Wars Day Legoland Malaysia

Kepada peminat Star Wars ini adalah masa yang amat sesuai untuk berkunjung ke Legoland Malaysia. Bersempena dengan Star Wars Day, Legoland Malaysia menganjurkan bulan Star Wars pada sepanjang bulan Mei dengan pelbagai aktiviti menarik buat peminat sejati Star Wars dan Lego. Bermula dari 7 & 8 Mei 2016, Star Wars Special Parade telah diadakan dengan dibarisi oleh lebih dari 90 karakter Star Wars dari 501st Legion seperti Stormtroopers, Darth Vader dan banyak lagi.

Perarakan yang bermula dari luar pintu masuk Legoland Malaysia ini bermula seawal jam 9pagi dan kemudiannya berarak masuk dan berhenti beberapa check point di dalam Legoland sebelum berakhir di Star Wars Miniland. Memang ramai betul orang menanti kemunculan watak-watak Star Wars ini dari awal lagi. Saya sendiri sangat excited sebab tak pernah melihat parade seperti ini dari jarak dekat.

Lego Star Wars Day Legoland

Lego Star Wars Day Legoland

Lego Star Wars Day Legoland

Star Wars Parade bermula

Lego Star Wars Day Legoland

Lebih 90 watak Star Wars berkumpul

Lego Star Wars Day Legoland

Diantara pemakai kostum kanak-kanak

Read More

2,206 total views, 2 views today

Foodies Fest 2016 Encorp Strand Mall

Hampir setahun yang lalu di lokasi yang sama iaitu di Encorp Strand Mall pernah berlangsungnya satu festival makanan iaitu Food Hunter Feastival. Tapi pada tahun ni pula, festival makanan yang terbaru iaitu Foodies Fest 2016 pula dianjurkan oleh penganjur yang berbeza. Lokasi Encorp Strand Mall ni bagi saya memang sesuai diadakan festival makanan macam ni sebab kawasannya yang selesa dan banyak kemudahan asas.

Walaupun Foodies Fest ni diadakan di kawasan luar, tetapi ianya terselamat dari risiko hujan dan panas kerana ianya ditutup dengan kawasan berbumbung. Kalau terasa panas sangat sebab cuaca sekarang ni, bolehlah rehat kat dalam Encorp Strand Mall yang sejuk. Jom kita tengok apa yang menarik terdapat di Foodies Fest 2016.

Foodies Fest 2016

Encorp Strand Mall

Foodies Fest 2016

Abang Food Truck

Foodies Fest 2016

Abang tengah bakar kambing

Apa yang menarik?

Dari pilihan kambing bakar, nancho, teppanyaki, aiskrim gulung, kek sehinggalah kepada churros semuanya merupakan diantara menu-menu yang hanya boleh didapatkan di festival makanan sahaja. Terdapat beberapa booth yang menjual kambing bakar seperti Kambing Grill, Spoon Steak House dan The Door Kitchen by Luth Kitchen namun setiap booth ini menawarkan citarasa yang berbeza sehingga susah nak decide yang mana satu patut dibeli.

Selain tu, menu yang menarik perhatian saya adalah minuman Cikedut by Saripol yang sungguh berwarna-warni. Sebenarnya Cikedut ni adalah puding berwarna yang disedut dengan straw. Rasanya tak manis tapi memang sedap sangat. Read More

2,811 total views, 1 views today

Animax Carnival Malaysia 2016

Istimewa buat semua peminat kartun Jepun ataupun anime, acara khusus buat peminat anime baru saja dianjurkan oleh Animax Asia iaitu Animax Carnival Malaysia 2016. Acara ni sebenarnya merupakan penganjuran kali ke 5 selepas mendapat sambutan luar biasa pada tahun-tahun sebelumnya. Kali ini Animax Carnival diadakan di Sunway Pyramid Convention Center pada 26 & 27 Mac 2016. Apa yang berbeza dengan acara anime yang lain, tiket masuk ke Animax Carnival adalah percuma. Mari kita lihat apa yang bestnya Animax Carnival ni.

Animax Carnival Malaysia 2016

Animax Carnival Malaysia 2016

Menurut pihak penganjur, pelbagai lapisan pengunjung termasuklah peminat anime, cosplay, muzik dan merchandise bakal dihiburkan dengan macam-macam aktiviti menarik kat sini. Pentas utama misalnya dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis jemputan dari Jepun yang terkenal dengan lagu soundtrack anime seperti GARNiDELiA, Angela dan Yanaginagi. Sebenarnya saya pun tak kenal sangat mereka, tapi saya yakin peminat anime pasti sangat mengenali mereka.

Animax Carnival Malaysia 2016

Suasana di dalam dewan

Animax Carnival Malaysia 2016

GARNiDELia di pentas utama

Animax Carnival Malaysia 2016

Booth oo-Kun

Di dalam dewan utama selain terdapat pentas persembahan, di sini juga terdapat beberapa booth penaja dan seperti Sony, oo-Kun, Samurai Ramen, Oishi dan banyak lagi. Pendek kata semua booth-booth kat sini ada kaitan dengan anime. Kalau rajin, ada juga aktiviti yang diadakan di setiap booth yang membolehkan pengunjung memenangi hadiah cenderamata eksklusif. Read More

2,544 total views, 1 views today

Summit Malaysia Social Media Week 2016

Malaysia Social Media Week adalah acara tahunan yang wajib dihadiri bagi semua pengiat media sosial samada untuk syarikat ataupun individu. MSMW tahun ni seperti biasa memfokuskan kepada isu-isu semasa berkaitan dengan media sosial di dalam sesi talk dan summit mereka. Sudah 2 tahun berturut-turut saya menyertai sesi summit MSMW2016 dan ini adalah sebab mengapa saya akan teruskan lagi pada tahun ini.

summit

Isu Media Sosial

Meskipun kita adalah pengguna harian media sosial seperti Facebook ataupun Instagram, namun teknologi media sosial ini sentiasa berkembang setiap hari. Ada saja info dan teknik-teknik terkini yang boleh diguna pakai yang dikongsikan oleh barisan speaker yang hebat. Kemahiran di dalam media sosial bukanlah sesuatu yang harus dipelajari pada sesuatu masa saja kerana teknologi ini tidak akan berhenti berkembang.

Pada tahun lepas saya mendengar talk dari @klubbkidd yang berkongsi idea bagaimana dia menggunakan twitter sebagai platform asas media sosialnya. Menurut @klubbkidd, tiada “Media Social Expert” kerana perkembangan media sosial terlalu laju dan cepat. Kita kena hari-hari belajar sesuatu yang baru.

MSMW2016

Sesi bersama Tun Dr. Mahathir ketika MSMW2015

MSMW2016

Bersama Klubbkidd

Read More

1,314 total views, 2 views today