Tag - Food

Salmon Bowl di Kurin NU Sentral

Bagi yang sedang mengambil makanan sihat seperti saya, pasti biasanya ada masalah nak mencari makanan ketika lunch hour lebih-lebih lagi dengan jadual harian kita yang padat. Baru-baru ni saya mencuba menu makanan sihat di NU Sentral iaitu Kurin. Saya tertarik dengan menu sihat Kurin dan mengetahui tentang Kurin melalui Instagram. Kat sini semua menunya berasaskan makanan jepun yang telah difusionkan kepada menu sihat dan yang penting sedap. Sebelum saya kongsikan apakah menu utama yang dijual kat sini, jom kita pusing-pusing dulu tengok cara nak order dan menu-menu sampingan lain yang dijual kat sini.

Restoran Kurin ni terletak di tingkat 5 dan berdekatan dengan GSC. Restoran Kurin ni biasanya akan penuh ketika waktu makan tengahari ketika hari bekerja. Jadi kalau nak datang, trylah datang weekend. Menu sampingan ataupun packed food kat sini pun boleh tahan menarik. Pilihan makanan seperti Grilled Salmon, Soba, Salmon Sandwich dan beberapa lagi menu lain merupakan pilihan ideal bagi mereka yang tak banyak masa nak makan tengahari dan inginkan sesuatu yang cepat dan mudah.

Kurin NU Sentral

Restoran Kurin di NU Sentral

Kurin NU Sentral

Diantara menu sampingan yang lain

Read More

901 total views, no views today

Nikmati Churros sebenar di Street Churros

Oleh kerana Churros agak terkenal kebelakangan ini, mungkin dah ramai yang pernah makan churros di restoran ataupun cafe-cafe tempatan. Tetapi jangan cakap anda dah betul-betul makan churros paling sedap selagi tak merasai churros di Street Churros. Kalau nak tahu, syarikat pengeluar Street Churros ni sebenarnya berasal dari Korea dan ianya sangat terkenal di Korea sehinggalah dibuka negara-negara lain seperti di Malaysia. Cawangan terkini Street Churros dan merupakan cawangan ke 6 baru saja dibuka di Empire Shopping, Subang Jaya.

Street Churros Empire Subang Jaya

Street Churros Empire Subang Jaya

Saya sendiri berkesempatan ke cawangan Empire untuk merasa sendiri churros yang dikatakan sungguh sedap ni. Kalau nak tahu macam mana rasanya, teruskan membaca.

Street Churros Empire Subang Jaya

Churros disediakan panas-panas

Churros pada mulanya berasal dari Amerika Latin dan menjadi makanan minum petang dan ada juga yang menyediakan churros untuk sarapan pagi, cicah dengan coklat panas ataupun dihidangkan dengan kopi. Kesemua churros di Street Churros disediakan selepas pesanan dibuat dan kita akan dapat pesanan ketika di dalam waktu panas-panas dan sedang sedap dimakan. Menurut pihak Street Churros, bagi memastikan kesedapan setiap churros yang dihasilkan mereka menggunakan minyak yang berkualiti dan air purify untuk mengadun bahan-bahan churros.

Churros kat sini semuanya sangat berseri-seri dan nampak menyelerakan. Ianya kelihatan digoreng supaya tidak terlalu hangit ataupun kurang masak. Sekali pandang memang ianya begitu nampak sempurna disediakan. Selain itu, yang uniknya churros kat sini berbentuk seperti U terbalik yang berbentuk seperti ladam kaki kuda yang membawa maksud “good luck” di dalam bahasa Spain. Tengoklah logo Street Churros kan menggunakan simbol yang sama. Lepas ni dari jauh je nampak simbol ni kita dah boleh cam ianya adalah logo Street Churros dan terus terasa lapar.

Street Churros Empire Subang Jaya

Street Churros : RM5.90

Street Churros Empire Subang Jaya

Testur Churros yang cantik dan rangup diluar

Ok, kali ni dah sampai masanya untuk proses makan. Saya mulakan dengan Street Churros yang menjadi makanan signature kat sini. Rasanya rangup diluar tetapi sangat lembut di dalam. Seperti yang saya gambarkan, ianya memang dimasak dengan sempurna. Adunan tepungnya saja dan betul-betul cukup rasa. Terdapat 3 pilihan perasa iaitu Cinnamon, Chocolate dan Cheese. Sebenarnya makan begitu saja pun dah sedap, tapi kalau nak tambah sedap lagi kita boleh dip dengan pilihan dips yang disediakan seperti Chocolate, Cream Cheese, Blueberry dan Butterscotch. 

Selain dari Street Churros, kat sini juga ada pilihan Stick Churros iaitu churros di dalam beberapa bentuk batang pendek yang boleh dicampur 2 perasa di dalam 1 set. Maknanya bolehlah merasa lebih dari 1 perasa yang juga boleh dicicah dengan dips.

Street Churros Empire Subang Jaya

Stick Churros : RM9.90

Yang seterusnya adalah pilihan  Filling Churros yang sangat menggoda. Ianya adalah churros panjang yang mengandungi filling krim seperti Chocolate, Cream Cheese atau Custard. Memang sangat mengujakan bila makan Filling Churros ni sebab ianya sangat sedap. Tak pernah saya menikmati Churros sesedap ni. Ini adalah salah satu favourite saya kat Street Churros.

Street Churros Empire Subang Jaya

Filling Churros : RM7.90

Street Churros Empire Subang Jaya

Tengoklah cream filling churros yang melimpah keluar

Yang seterusnya adalah pilihan  Filling Churros yang sangat menggoda. Ianya adalah churros panjang yang mengandungi filling krim seperti Chocolate, Cream Cheese atau Custard. Memang sangat mengujakan bila makan Filling Churros ni sebab ianya sangat sedap. Tak pernah saya menikmati Churros sesedap ni. Ini adalah salah satu favourite saya kat Street Churros.

Tak cukup dengan itu, Street Churros beri pilihan lain pula kepada peminat aiskrim. Kali ni pilihan menu Churros bersama Aiskrim yang dipanggil Ice Cream Churros. Memang nikmat betul Churros yang panas-panas dimakan bersama aiskrim yang sejuk. Kombinasi luar biasa yang terus melekat kat dalam mulut. Terdapat 3 pilihan perasa iaitu Choco-choco, Choco-berry dan Mango.

Street Churros Empire Subang Jaya

Ice Cream Churros : RM7.90

Bagi menambah variasi, Street Churros juga menyediakan menu Churros Fries yang mempunyai perasa yang unik. Ianya bukan Fries biasa-biasa tetapi mempunyai perasa yang sedap iaitu perasa Sour Cream, Tomato dan Seaweed. Memang sedap betul Churros Fries perasa Seaweed ni sehingga menjilat jari.

Street Churros Empire Subang Jaya

Churros Fries

Pilihan minuman kat Street Churros ni juga tak kurang meriahnya. Dari pilihan Coffee, Latte, Ice Chocolate, Grean Tea, Milk Tea hinggalah kepada Shake mempunyai rasa yang sedap. Semua minuman sejuk dihidangkan di dalam cawan plastik berserta pemegang cawan yang cantik. Tapi favorite saya adalah Shake perasa O’My Coconut yang mempunyai rasa seperti Coconut Shake Klebang. Ianya mempunyai rasa air kelapa yang segar berserta campuran aiskrim vanila dan penambah perasa iaitu caramel.

Street Churros Empire Subang Jaya

Minuman Sejuk di Street Churros

Street Churros Empire Subang Jaya

Shake O’my Coconut : RM9.90

Jadi apa lagi, jom kita ke Street Churros sekarang!

Cawangan Street Churros

Empire Shopping Gallery

LK02A, Lower Ground Floor, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, SS16 47500,
Subang Jaya, Selangor,
Tel : 03-56121055

MyTOWN
Lot No. B1.046, Basement 1 Floor, MyTown Shopping Centre 6,
Jalan Cochrane, Seksyen 90, Taman Maluri,
Cheras, 55100, Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099

Berjaya Times Square

Lot LG-36, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square,
No. 1 Jalan Imbi, 55100,
Kuala Lumpur
Tel : 0321106210

Sky Avenue
Lot No. T2-12, Level T2 Sky Avenue,
Genting Highland Resorts,
69000, Genting Highland,
Pahang Darul Makmur
Tel : 03-61013110

IOI City Mall
LG-66A, Lower Ground Floor IOI City Mall
62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel :  03-89592110

One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama City Centre, Bandar Utama,
47800, Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-76810710

Facebook : http://facebook.com/streetchurrosmy
Instagram : http://instagram.com/streetchurrosmy
Laman Web : http://streetchurros.com.my

817 total views, no views today

Keunikan Sate di Tesate

Kali ni saya nak bawa anda semua ke Jakarta untuk merasai Sate Indonesia yang unik dan sedap. Kalau biasanya kita makan Sate kat Malaysia tapi Sate di Indonesia ni sangat unik dan banyak jenis pilihan. Tak percaya? Kalau berpeluang ke Jakarta lepas ni apa kata cuba rasa sendiri sate di restoran Tesate. Tesate ni sebenarnya ada banyak cawangan dan agak terkenal di Indonesia. Cawangan yang saya pergi ni adalah di Plaza Senayan, Jakarta.

Suasana di dalam restoran Tesate ni sangat selesa dan cantik. Dibeberapa sudut di dalam restoran terdapat dekorasi berunsurkan budaya Indonesia serta ruang dapur membakar sate boleh dilihat dari ruang makan kerana ianya ditutupi dengan cermin kaca.

menu sate di tesate

Tesate

menu sate di tesate

Talapia bakar

menu sate di tesate

Ikan

Sebelum kita tengok apa menu sate kat sini, jom kita tengok dulu apa makanan lain yang ada kat sini. Walaupun kat sini menjual sate sebagai makanan utama, tetapi kita masih boleh mencuba menu Indonesia yang lain seperti Ayam Penyet, Gado-Gado, Tahu Sumedang, Kerapu Bakar dan macam-macam lagi. Bagi sesiapa yang peminat makanan Indonesia pasti dah tahu dengan nama-nama makanan kat sini. Semuanya nampak sedap-sedap, sampai taktau nak order yang mana. Read More

873 total views, no views today

Mini Bazaar Ramadhan di FamilyMart

FamilyMart iaitu salah satu convenient store terkenal yang berasal dari Jepun baru saja dibuka pada awal tahun 2017 dan kini telah mempunyai beberapa cawangan sekitar Kuala Lumpur termasuk yang terbaru iaitu di NU Sentral. FamilyMart ni sangat popular kerana ianya menawarkan makanan segera seperti Bento yang berkhasiat dan sedap. Bersesuaian dengan cara hidup di Jepun yang sibuk dan memerlukan segalanya cepat dan pantas, FamilyMart merupakan salah satu pilihan mereka.

Sempena bulan Ramadhan kali ini, nampaknya FamilyMart Malaysia juga turut menyediakan dan menawarkan makanan bagi mereka yang tak sempat untuk berbuka puasa. Cawangan di NU Sentral adalah salah satu cawangan yang saya lihat begitu sesuai dan strategik kerana lokasinya yang terletak dipintu masuk Monorail.

FamilyMart Malaysia

Banner di FamilyMart NU Sentral

FamilyMart Malaysia

Ruang makan di luar FamilyMart NU Sentral

Read More

1,504 total views, no views today

Gaffe & Co di The Garage KL

Peminat cafe hipster pasti dah pernah dengar nama cafe The Garage KL yang terletak di jalang Ampang. The Garage KL ni sebenarnya adalah gabungan beberapa kedai dan bengkel di bawah satu bumbung. Kat sini memang ada bengkel kereta, kedai motor dan macam-macam lagi termasuklah sebuah cafe hipster yang dipanggil Gaffe & Co. Berkonsepkan ala-ala kontena, cafe Gaffe & Co ni sangat unik dan terletak betul-betul di tepi jalan utama.

Saya sendiri yang pertama kali sampai di Gaffe & Co ni rasa sangat teruja dengan konsep interiornya yang cantik dan sangat details. Di setiap sudut cafe dihiasi dengan pelbagai koleksi peribadi seperti kamera lama ataupun barangan koleksi Star Wars. Ramai juga artis tempatan yang dah berkunjung ke sini dan meninggalkan testimoni di sudut khas.

Gaffe & Co The Garage KL

Landmark The Garage KL

Gaffe & Co The Garage KL

Beberapa hiasan dalaman Gaffe & Co The Garage KL

Gaffe & Co The Garage KL

Ruang di dalam Gaffe & Co

Terdapat beberapa ruang makan di Gaffe & Co samada ingin bersantai di luar ataupun di dalam bilik VIP tertutup. Suasana seperti di dalam kontena yang besar memang sangat terasa lebih-lebih lagi setiap struktur binaan cafe ini diperbuat menggunakan material dari badan kontena dan besi. Read More

1,426 total views, no views today

Sate Ikan Tuna di Satay Station

Bila pertama kali saya mendapat jemputan pelancaran Sate Ikan apa yang saya terbayang dalam kepala adalah Sate Ikan macam kita makan time sekolah dulu. Bentuknya bulat-bulat diperbuat dari tepung dan rasa ikan. Memang sedap dicicah dengan sos keropok ketika tu. Tapi tu waktu dulu di mana sate ikan sangat murah dan mudah didapati. Sate Ikan kali ni lebih hebat kerana ianya diperbuat dari isi ikan tuna segar. Jom ikut saya menyaksikan kemeriahan di sebalik majlis pelancaran Sate Ikan di Satay Station sekali gus berkongsi tentang keunikan rasa Sate Ikan Tuna.

Sate Ikan Tuna Satay Station

Perasmian oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Sate Ikan Tuna Satay Station

Satey Ikan Tuna merupakan menu terkini di Satay Station

Majlis pelancaran Sate Ikan Tuna ni telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di cawnagan Satay Station di Ampang. Menurut YB, Sate Ikan Tuna ni merupakan salah satu inovasi terkini anak tempatan di dalam menghasilkan Sate Ikan yang berkualiti tinggi. Sate ini menggunakan 100% dari ikan tuna sirip kuning yang bukan saja lazat tetapi kaya dengan khasiat Omega 3. Selain tu juga, tuna sangat tinggi dengan vitamin dan rendah kalori berbanding dengan sate ayam dan daging. Sate Ikan Tuna memang sangat sesuai bagi mereka yang mementing kesihatan dan diet sihat. Read More

1,488 total views, no views today

Mee Bandung Batu Pahat

Saya ni memang suka makan segala jenis Mee, baik Mee Goreng, Mee Hailam mahupun Mee Bandung. Bercakap pasal Mee Bandung, favorite nombor satu saya adalah Mee Bandung Batu Pahat yang dijual di Batu Pahat, Johor. Bagi sesiapa yang tak tahu, perbezaan Mee Bandung Batu Pahat dengan Mee Bandung biasa adalah cara masakannya yang mengunakan ramuan berbeza. Mee Bandung Batu Pahat akan menggunakan udang kering dan kacang tanah manakala Mee Bandung biasa lebih kepada menggunakan sos tomato dan cili sahaja.

Mee Bandung Batu Pahat

Lokasi Mee Bandung Batu Pahat

Mee Bandung Batu Pahat

Timun berserta sos tomato

Read More

2,363 total views, 2 views today

IndoMee Pedas Mampus

Siapa kata ramen Samyang tu pegas gila? Sebenarnya ada lagi yang lebih pedas dari Samyang. Jom ikut saya ke Jakarta untuk mencari Indomee yang dikatakan pedas gila.

IndoMee ni dipanggil IndoMee Pedas Mampus (Pedes Mampus) yang dikatakan kepedasannya tahap pedas nak mampus. Warung yang menjual IndoMee ni adalah warung Abang Adek dan ianya terdapat beberapa cawangan di Jakarta. Warung Abang Adek ni memang famous dan tak susah nak cari. IndoMee Pedas Mampus ni merupakan salah satu menu makanan yang ditawarkan kat sini selain pecel lele dan roti bakar. Sudah tentulah saya nak mencuba sendiri IndoMee Pedas Mampus ni.

IndoMee Pedas Mampus

Warung Abang Adek menawarkan IndoMee Pedas Mampus

IndoMee Pedas Mampus

Banyaknya cili padi

Tapi kenapa pedas sangat? Apa yang ada kat dalam IndoMee ni? Read More

1,888 total views, 2 views today

Line Clear Kampung Baru

Kalau dulu mai Penang memang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar. La ni tak yah nak pi jauh-jauh sebab Nasi Kandar Line Clear yang terkenal di Penang dah ada cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Nasi Kandar ni kalau makan memang sedap bagi kuah campur dan banjir. Pergh… memang naik selera makan. Lokasi Line Clear ni tak susah sangat nak cari sebab ianya terletak betul-betul di tepi jalan. Bila dah sampai tu, bolehlah parking kereta di seberang jalan je. Perbezaan utama cawangan Line Clear ni adalah suasananya restorannya yang lebih bersih dan selesa.

Sampai je di depan entrance Line Clear ni dah boleh nampak logo LC Restoran yang cantik dan mural Pulau Penang. Memang sempoi~

Line Clear Kampung Baru

Entrance Line Clear Kampung Baru

Line Clear Kampung Baru

Ruang makan yang luas

Line Clear Kampung Baru

Penuh ketika waktu makan tengahari

Restoran Line Clear ni dibuka setiap hari sampai jam 12am. Suasana kat sini sangat ramai orang lebih-lebih lagi ketika waktu makan dan waktu hujung minggu. Walaupun saya kena beratur panjang, tapi oleh kerana sistemnya cepat saya tak terasapun ketika beratur. Kat sini memang banyak pilihan lauk dan rasa macam nak ambik semua je. Baik ayam goreng, daging hitam ataupun kari kambing semua lauk kat sini memang sedap dan tak rugi kalau makan.

Tengok gambar-gambar ni je pun dah boleh terliur dibuatnya.  Read More

2,043 total views, 2 views today

Nasi Dagang Pak Malau Makanan Wajib di Langkawi

Nasi Dagang Pak Malau merupakan di antara menu makanan yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Pulau Langkawi. Walaupun baru saja beroperasi sekitar 3 tahun yang lalu, Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik sarapan pagi di Langkawi. Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan macam-macam lagi.

Jom kita tengok apa yang menarik di Nasi Dagang Pak Malau.

Nasi Dagang Pak Malau

Kedai Makan Nasi Dagang Pak Malau

Nasi Dagang Pak Malau

Suasana ketika awal pagi

Nasi Dagang Pak Malau

Pilihan masakan ayam

Lokasi strategik Nasi Dagang Pak Malau menjadi satu lagi daya tarikan utama di sini. Terletak di jalan utama menuju ke Makam Mahsuri, setiap pengunjung yang lalu di jalan ini pasti tidak akan terlepas pandang kedai makan Pak Malau yang direka berkonsepkan rumah kampung moden. Tiada yang lagi indah selain dapat melihat sawah padi serta pemandangan kampung ketika sedang menjamu selera di sini. Nasi Dagang Pak Malau ni dibuka seawal jam 8pagi tetapi dengar katanya dalam jam 10-11 pagi kebanyakkan lauk dah habis. Jadi kalau nak datang ke sini, saya memang sarankan datanglah awal. Read More

12,292 total views, 4 views today