Tag - Hari Raya

Suasana Aidilfitri 2015

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,

Alhamdullilah, setelah sebulan berpuasa akhirnya kita menyambut hari raya. Tahun ni sambutan hari raya saya dan keluarga serba sederhana tapi saya bersyukur kerana dapat beraya di kedua-dua belah keluarga. Pada pagi raya saya dan Zarith telah beraya di rumah parents saya di Taman Melati.

Hari Raya 2015

Lontong

Hari Raya 2015

Kek

Rasanya dah beberapa tahun saya tak berpeluang berpagi raya di sini. Macam biasalah, pada pagi raya apa yang saya amat nantikan adalah masakah Mama saya. Kalau sedara mara terdekat mesti dah kenal sangat dengan kesedapan Lontong Mama yang lengkap dengan sambal kacang dan sambal sotong.

Kalau siapa yang makan Lontong ni mesti takkan cukup makan semangkuk. Barulah orang Johor macamtu. Saya kira-kira ada hampir 10 hidangan di pagi raya ni termasuklah, ayam masak merah, rendang daging, acar, dalca, kari kambing dan nasi briyani.

Hari Raya 2015

Pelbagai juadah

Hari Raya 2015

Nasi Briyani dan lain-lain

Saya tambah 2 pinggan rasanya. Maklumlah setahun sekali je dapat rasa semua jenis masakan ni. Lepas kenyang, macam biasalah bermaaf-maafan di pagi raya. Rasa tahun ini lah diantara tahun yang cukup adik beradik semua berkumpul di pagi raya. Biasanya mesti ada kurang sorang. Read More

1,683 total views, 1 views today

Iklan Raya TM 2015 #pakcikmisteri

Pada setiap tahun, antara video yang kita nantikan adalah video ataupun iklan Hari Raya oleh syarikat seperti TM ataupun Petronas. Video Iklan Raya sering mendapat perhatian kerana pada masa inilah orang lebih ramai menonton TV dan iklan-iklan ketika hari raya. Syarikat-syarikat besar pula mengambil peluang ini untuk menjenamakan syarikat mereka dengan iklan-iklan raya.

Ada iklan raya yang betul-betul berjaya dan sangat menyentuh hati penonton. Tapi dah lama rasaya kita tidak disajikan dengan video iklan seperti itu. TM juga tidak ketinggalan melancarkan video iklan raya mereka. Dengan tajuk #pakcikmisteri konsep iklan raya TM 2015 kali ini sungguh berbeza.

tm08 tm09 tm07Dengan menggunakan watak seorang gadis, topik dan subjek yang diketengahkan amat mudah. Secara ringkasnya, iklan ini mengisahkan seorang gadis yang ingin membalas budi dan jasa baik seorang pakcik yang tidak dikenali kerana membantunya meminjamkan wang pada waktu malam dia kehilangan beg duit. Siapa sangka, rupanya pakcik yang membantunya pun serba kekurangan namun masih sudi membantu. Read More

5,125 total views, 1 views today