Tag - Hiking

Hiking Bukit Gasing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog saya. Dah lama rasanya saya tak berkongsi mengenai aktiviti aktif saya khususnya aktiviti mendaki. Cerita kali ini bukanlah mengenai pendakian sehebat mendaki Gunung Kinabalu tetapi cerita mengenai mendaki Bukit Gasing yang terletak di kawasan Petaling Jaya. Bagi mereka yang mengemari aktiviti mendaki dan hiking, Bukit Gasing ni sememangnya menjadi lokasi wajib untuk training ataupun melepaskan rindu dengan suasana hutan dan udara segar. Bukit Gasing ni sangat terkenal dan boleh dikatakan “sibuk” pada hujung minggu dan hari cuti umum.

Saya dan beberapa teman hiking kali ini juga berhajat untuk mencuba sendiri Bukit Gasing secara santai bagi melihat sendiri cabaran dan suasana mendaki Bukit Gasing. Teruskan membaca.

Bukit Gasing

Entrance Bukit Gasing

Sebenarnya terdapat banyak entrance yang boleh digunakan untuk mendaki Bukit Gasing ni, namun begitu entrance yang paling terkenal dan menjadi signature Bukit Gasing adalah melalui pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Pendaki boleh meletakkan kenderaan pada kawasan parkir yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk namun begitu ianya sangat terhad. Jadi tak hairanlah orang yang nak mendaki Bukit Gasing ni akan tiba seawal jam 6 pagi bagi mendapatkan parkir kereta. Kita boleh juga meletakkan kereta ditepi kiri kanan jalan tetapi kalau nasib tak baik kereta akan disaman oleh MBPJ. Jadi berhati-hatilah ye. Read More

26,682 total views, 124 views today

Bukit Kota Damansara Community Forest (KDCF)

Mendaki bukit adalah salah satu aktiviti riadah yang wajib dicuba walaupun sekali. Biasanya kita dengar orang mendaki bukit di luar kawasan bandar seperti di Hulu Selangor, Broga dan macam-macam lagi. Tapi siapa sangka rupanya terdapat satu lokasi unik untuk mendaki bukit yang terletak di Kota Damansara. Nama kawasan ini adalah Kota Damansara Community Forest. Seperti namanya, kawasan ini memang dijaga dan dipelihara oleh penduduk setempat. Oleh itu, trail untuk mendaki ke puncak telahpun dilabelkan dengan jelas bagi memudahkan pengguna. Selain sesuai untuk pendaki, nampaknya kawasan ni juga menjadi pilihan bagi penunggang basikal. Trailnya luas dan selamat untuk digunakan bagi sesiapa pun.

Bermula dengan perancangan awal, akhirnya berjaya juga saya dan seorang lagi kawan yang dah banyak kali menawan bukit Kota Damasara ini memulakan pendakian. Kami mula mendaki sekitar jam 7pagi dan ketika ini saya boleh katakan jumlah pendaki masih belum ramai lagi. Terdapat 2 pintu masuk iaitu berhampiran dengan sekolah dan satu lagi adalah berhampiran dengan taman permainan. Kedua-dua pintu masuk ini masih membawa pendaki ke puncak yang sama.

Bukit Kota Damansara Community Forest

Bersedia untuk mendaki

Bukit Kota Damansara Community Forest

Peta perjalanan ke puncak

Trail sepanjang pendaki boleh saya katakan bercampur dengan level senang dan susah. Namun begitu ianya tidaklah terlalu susah sehingga sukar untuk melepasi rintangan. Ada masa saya melalui jalan yang landai dan ada masa ianya berbukit. Keseluruhan perjalanan ke puncak adalah sejauh 2.3KM dan mengambil masa lebih kurang 1jam lebih bergantung kepada stamina seseorang. Trail pendakian ini boleh dikatakan selamat kerana ianya telah disediakan untuk orang awam beserta label dan panduan disepanjang pendakian. Bayangkanlah, saya tersempak dengan sekeluarga yang turut mendaki yang terdiri dari ayah, mak dan anak 3 hingga 4 orang yang rata-rata berumur sekitar 4 hingga 5 tahun. Dah rasa macam family outing saja. Read More

8,490 total views, 2 views today