Tag - Holiday

Apa yang dijual di 7 Eleven di Jepun?

Bila bercuti ke Jepun salah satu “destinasi” wajib singgah adalah di 7 Eleven. Bunyi macam kelakar je pulakkan? Tapi saya sendiri yang dah beberapa kali ke Jepun pasti takkan terlepas ke 7 Eleven ataupun convenience store yang lain seperti Family Mart dan Lawson. Convenience Store di Jepun amat penting sebab rata-rata masyarakat Jepun sangat sibuk dan harus bergerak dengan cepat dan pantas. Jadi mereka hanya ada masa yang pendek untuk dapatkan apa yang mereka perlukan setiap hari ketika ke tempat kerja ataupun ketika pulang. Pendek kata macam-macam yang dijual kat sini dan convenience store ni sangat banyak dan lokasinya tak jauh di antara satu sama lain.

Sebelum saya kongsikan apa yang ada dijual di 7 Eleven, mari saya bagitahu apakah perbezaan di antara 7 Eleven, Lawson dan Family Mart. Basically, ketiga-tiga convenience store ni adalah diantara yang terkenal di Jepun tetapi 7 Eleven lebih terkenal dengan menjual produk yang berjenama dan berkualiti. Lawson pula terkenal dengan makanan manisan seperti Roll Cake dan sebagainya manakala Family Mart dikenali sebagai lokasi makanan panas seperti sosej dan sebagainya.

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Pelbagai makanan ringan dijual

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Mee dalam cawan, bukan semuanya halal

Apa yang dijual di 7Eleven Jepun

Banyaknya aiskrim pelik-pelik

Di dalam 7 Eleven, boleh dikatakan 60% barangan yang dijual adalah makanan. Sama seperti di Malaysia makan segera seperti “Mee Cup” memang banyak tetapi kebanyakannya tak halal. Selain tu mereka juga menjual pelbagai jenis roti, minuman, aiskrim dan keropok. Segment yang biasanya saya paling suka dan termenung lama fikir apa nak beli adalah ruangan minuman. Kat sini banyak sangat pilihan air yang sedap-sedap seperti kopi dan jus buah-buahan. Dulu sebelum Calpis masuk Malaysia saya dah minum dulu masa kat Jepun. Memang jatuh cinta pandang pertama. Kebanyakkan minuman insyaAllah Halal kecuali yang pelik-pelik.

Secara puratanya minuman di 7 Evelen bermula dari harga 100 yen hingga 500 yen. Walaupun di Jepun terdapat banyak vending machine yang menjual minuman, tapi bukan semua jenis minuman yang dijual di vending machine ada dijual di 7 Eleven.  Read More

2,135 total views, 4 views today

The Straits Hotel & Suites, Melaka

Cuti sekolah dah tak lama lagi dan pasti ramai yang dah mula merancang percutian sekeluarga. Sekiranya merancang untuk ke Melaka, salah satu hotel yang sangat berbaloi untuk bercuti adalah The Straits Hotel & Suites. Ini adalah kerana lokasinya yang terletak ditengah-tengah bandaraya Melaka dan berhampiran dengan semua tarikan utama Melaka seperti Melaka Alive ataupun Asam Pedas Tetel.

The Straits Hotel & Suites

Lobby hotel yang luas

The Straits Hotel & Suites

Proses check in

Selain tu, The Straits Hotel & Suites juga adalah sebuah hotel baru di Melaka. Jadi semuanya nampak sangat cantik dan selesa. Jom tengok apa yang ada kat dalam hotel ni.

Sebenarnya Straits Hotel & Suites Melaka ni sangat dekat dengan tempat menarik di Melaka. Jalan kakipun dah boleh sampai.

  • Dataran Pahlawan – 350m berjalan kaki
  • Mahkota Parade – 600m berjalan kaki
  • A’Famosa – 850m berjalan kaki
  • St. Paul Church – 1km berjalan kaki
  • The Stadthuys – 1.3km berjalan kaki
  • Jonker’s Street – 1.6km berjalan kaki

Straits Hotel & Suites ni merupakan hotel dengan bangunan yang tinggi. Walaupun bukan hotel tertinggi di kawasan tersebut, tapi dari jauh dah boleh nampak mercu bangunan ni. Hotel ini mempunyai kawasan parking di dalam bangunan. Walau bagaimanapun, hotel ini berkongsi parking dengan hotel yang lain. Jadi sebelum parking tu kenalah tengok betul-betul nama hotel.

 

Kawasan lobby hotel sangat luas dan selesa. Semasa kunjungan saya, saya tengok ramai juga orang yang menginap di sini bersiap sedia untuk check in. Satu bas penuh orang turun dengan bag masing-masing. Selain dari kawasan yang strategik, harga bilik Straits Hotel & Suite ni sangat berpatutan. Walaupun biliknya luas dan cantik, tapi harganya tidaklah terlalu mahal. Harga bilik di sini bermula dari harga *RM188 sehinggalah *RM268.

The Straits Hotel & Suites

Diantara hotel tertinggi

Read More

5,586 total views, 3 views today

Ippin Halal Teppanyaki Ebisu

Bila bercuti ke Jepun, salah satu concern orang ramai adalah berkaitan dengan makanan halal. Sebenarnya, di Jepun ada banyak lokasi makanan halal lebih-lebih lagi dalam setahun dua ini kerana negara Jepun sangat mementingkan keperluan halal pelancong Islam. Dari Japan Halal Expo sehinggalah beberapa kemudahan lain seperti surau dan masjid ianya memang amat memudahkan bagi pelancong Islam ke Jepun.

Kalau berkesempatan ke Tokyo, bolehlah berkunjung ke Ippin Halal Teppanyaki yang terletak di Ebisu. Restoran halal ini berkonsepkan watak kembar terkenal Malaysia iaitu Upin & Ipin. Sebagai duta halal di Jepun, watak Upin & Ipin sememangnya sinonim dengan produk makanan halal. Nama Ippin digunakan bagi mengantikan Upin & Ipin kerana Ippin bermaksud sangat baik bagi masyarakat Jepun.

Ippin Restaurant Ebisu

Restoran Halal Ippin di Ebisu

Ippin Restaurant Ebisu

Saya di pintu masuk

Ippin Teppanyaki terletak di kawasan Shibuya dan train station yang paling hampir adalah Ebisu Station. Lokasinya agak sukar untuk dicari kerana kita harus berjalan ke dalam kawasan perumahan sedikit. Pastikan rujuk pada peta atau google map sebelum ke sini. Read More

3,452 total views, 3 views today

SkyCab dan SkyBridge Langkawi

Macam-macam aktiviti yang harus dilakukan bila bercuti ke Langkawi. Sebelum sampai ke sini lagi saya dah berazam nak naik cable car ataupun SkyCab di Langkawi sebab dengar kata ianya merupakan diantara tarikan utama kat sini. Langkawi SkyCab ini terletak di lokasi yang sama dengan Art In Paradise Langkawi iaitu di Oriental Village.

Banyak sebenarnya yang ada di sini termasuklah Langkawi SkyBridge, SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata. Tak susah nak cari lokasi ni sebab kalau di Langkawi ni pusing-pusing akan sampai kat area tu juga.

Langkawi SkyCab

Papan tanda arah nak ke mana

Langkawi SkyCab

Banyak kedai-kedai di sini

Langkawi SkyCab

Nak main ni pun boleh

Suasana di dalam Oriental Village ni sangat santai. Kalau nak duduk-duduk je kat dalam ni sampai tengok gelagat orang pun dah cukup terhibur. Untuk ke kaunter tiket SkyCab, kita haruslah berjalan kaki sedikit ke dalam selama 5 minit. Jangan risau, takde lah jauh sangat. Boleh lagi mencuci mata sebab macam-macam dijual kat sini. Read More

18,287 total views, 12 views today

The Kahaani Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah banyak kali saya bercuti di Melaka dan tak pernah lagi saya menginap di hotel seperti The Kahaani. The Kahaani ni sebenarnya bukanlah hotel biasa tetapi ianya lebih berkonsepkan villa mewah yang mempunyai 6 bilik sahaja. Saya dimaklumkan, dahulu The Kahaani ini merupakan penginapan VVIP namun setelah ianya diambil alih oleh syarikat swasta ianya mula dibuka kepada orang awam.

The Kahaani Melaka

Saya bersama Zarith di The Kahaani Melaka

Saya ucapkan terima kasih kepada Majalah Libur kerana memberi peluang kepada saya untuk bermalam secara mewah di The Kahanni. Jom ikut saya bersiar-siar di dalam hotel ini.

The Kahaani Melaka

Kawasan ruang tamu di lobby yang luas

The Kahaani Melaka

Swimming Pool pun ada

Read More

2,386 total views, 1 views today

Murtabak Cheese Majid Kampung Kurnia

Salah satu menu yang saya sering cari-cari bila datang ke Johor adalah Murtabak. Kalau dulu saya pernah kongsikan kesedapan Murtabak Singapore Zam Zam, tetapi kali ni saya nak kongsikan satu lagi menu murtabak yang sangat terkenal di Johor iaitu Murtabak Cheese Majid Kampung Kurnia. Murtabak ni sangat terkenal sehingga ramai blogger dan media pernah menulis dan berkongsi mengenainya. Murtabak Cheese Majid ni juga pernah muncul di dalam rancangan “Best In The World”.
Jom ikut saya ke Kampung Kurnia di Johor Bahru untuk melihat dengan lebih dekat cara-cara pembuatan Murtabak Cheese Majid.

Majid Murtabak Special No 1

Majid Murtabak Special No 1

Majid Murtabak Special No 1

Harga baru semenjak 1 Mei 2015

Murtabak Cheese Majid ataupun Murtabak Majid Special No 1 ni telah pun beroperasi lebih dari 40 tahun dan merupakan perniagaan warisan tradisi. Pada awalnya Murtabak Majid berasal dari Muar, Johor tetapi turut dijual di Singapura. Oleh sebab itulah, murtabak ini ada persamaan dengan murtabak singapura. Walaupun telah lama menjual murtabak, tetapi resepi Murtabak Cheese hanya diperkenalkan semenjak 5 tahun yang lepas. Memandangkan cheese sangat terkenal dan sering dimasukkan di dalam apa juga jenis makanan, Murtabak Cheese Majid menjadi diantara makanan yang trending di Johor sekarang. Read More

16,484 total views, 6 views today

Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari (Part 2)

Akhirnya hari yang ditunggu iaitu Japan Halal Expo 2014 telahpun tiba. Acara ni berlangsung di Makuhari Messe iaitu sebuah pusat konvensyen yang terkemuka di Jepun. Makuhari Messe ni sangat terkenal sehingga acara-acara besar seperti Japan Auto Show dan konsert-konsert juga kebiasaannya diadakan di sini. Japan Halal Expo ni sebenarnya adalah penganjuran tahun pertama dan ianya tidak pernah dianjurkan sebelum ni. Di sini, lebih dari 100 syarikat dari pelbagai negara mempromosikan produk halal masing-masing dari produk makanan hinggalah kepada produk kesihatan.

View_of_Makuhari-Messe_from_Nakase_2-chome_crossing

Makuhari Messe (Sumber Google)

halal01

Pintu masuk

halal02

Sesi pendaftaran

Japan Halal Expo ni berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama, acara pelancaran diadakan pada awal pagi di dewan utama dan dihadiri oleh media-media tempatan. Saya kagum menonton acara pelancaran mereka ni sebab semuanya sangat sistematik dan tersusun. Kalau di Malaysia, kebiasaannya media akan menuju ke depan pentas untuk mengambil gambar sesi pelancaran dan sebagainya. Berbeza dengan suasana di Jepun, media tidak dibenarkan berada di hadapan pentas, disebaliknya semua media mengambil video dan gambar dari hujung dewan dengan menggunakan zoom lens.

Tidak cukup dengan itu, semua media dan tetamu dilengkapi dengan alat bantu dengar yang membolehkan kita memilih bahasa apa yang ingin kita dengar ketika acara sedang berlangsung. Alat bantu dengar ini kemudiannya mempunyai fungsi yang membolehkan media merakamkan audio secara terus kepada kamera masing-masing tanpa perlu berjumpa dengan juru audio.

halal07

Suasana pelancaran

halal03

Sedang susun flyer

Read More

6,489 total views, 3 views today

Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari (Part 1)

Alhamdullillah, belum sempat lagi saya habiskan penulisan saya ke Jepun pada beberapa bulan lepas, saya berpeluang ke Jepun sekali lagi tapi kali ini atas urusan kerja. Saya ucapkan terima kasih kerana memberikan peluang ni dan saya pasti pengalaman ke Jepun kali ini merupakan satu lagi pengalaman baru buat saya.

Sebelum saya bercerita lebih panjang, saya sekadar ingin mengingatkan kepada semua pembaca blog saya dan diri saya sendiri agar lebih berwaspada memilih kawan. Kawan gembira memang senang di cari, tapi kawan ketika susah dan sangat susah untuk dicari.

japanhalal_02

Perjalanan di Tokyo ketika waktu malam

japanhalal_04

Ketika menunggu bas

Objektif utama kali ini saya ke Jepun adalah untuk menguruskan acara Japan Halal Expo 2014 dan secara tak langsung mengumpulkan gambar serta video disepanjang acara tersebut. Tambah menarik lagi, watak Upin & Ipin dilantik sebagai duta Japan Halal Expo 2014. Flight saya ke Jepun adalah pada jam 2 petang hari Isnin (24 Nov) iaitu sehari selepas selesainya Karnival Upin & Ipin di PICC, Putrajaya. Perasaan kepenatan dan pening yang teramat sangat bercampur dengan perasaan teruja ketika berada di dalam flight. Belum lagi berada di awan, saya sudah meletapkan mata sebaik sahaja mendapatkan tempat duduk di dalam pesawat.

Setibanya di Haneda Airport sekitar jam 11.30pm, rakan niaga di Jepun dah pun menunggu saya di pintu keluar. Saya dibawa ke hotel dengan menaiki bas transit. Walaupun bas tu nampak macam bas biasa je, tapi tiket bas tu je berharga 1150 Yen iaitu lebih kurang RM33. Perjalanan ke hotel memakan masa lebih kurang 20 minit.

japanhalal_05

Pemandu bas membantu membawa beg ke dalam perut bas

japanhalal_06

Harga tiket bas

Read More

8,467 total views, 2 views today

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 2) – Rombongan Pertama

Seminggu selepas saya pulang ke Malaysia dari Jakarta, saya bersama rombongan pertama iaitu seramai 11 orang terbang ke Jakarta sekali lagi untuk memulakan misi sebenar. Kami bertolak pada hari Khamis yakni sehari lebih awal dari rombongan yang kedua. Sebabnya adalah kami perlu menghadiri majlis perasmian di Rumah Sakit Medika BSD, iaitu salah satu cawangan KPJ di sana.

[well]Tugas rombongan pertama sangat berat lebih-lebih lagi harus membawa 10 kotak besar berisi maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan. Tapi alhamdullilah tiada masalah timbul semasa proses check in dan proses seterusnya. Rupanya dari 11 orang dari rombongan pertama ini ada juga yang tak pernah terbang ke luar negara dan mungkin ada juga yang tidak pernah menaiki kapal terbang. Jadi ini merupakan pengalaman pertama bagi beberapa orang. Seronoknya~[/well]

2,419 total views, no views today

Mickey’s Soundsational Parade

Assalamualaikum semua. Oklah, sekali lagi dan rasanya kali terakhir saya akan update berkaitan trip saya ke Los Angeles bulan lepas. Part ini adalah bahagian yang saya paling suka. Percaya atau tidak, disepanjang 2 hari saya berada di Disneyland Park ni saya dah menyaksikan 3 kali Disney Parade. Setiap hari dorang akan buat parade ni 2 kali je iaitu pada jam 4 petang dan 6.30 petang. Kalau weekdays parade hanya sekali sahaja iaitu sekitar 4 petang.

Parade yang saya tengok ini dipanggil “Mickey’s Sounsational Parade”. Sebenarnya ada banyak parade yang pernah dibuat oleh Disneyland dan setiap paradenya adalah berbeza-beza mengikut musim dan tempat. Macam “Mickey’s Sounsational Parade” ni sebenarnya baru diperkenalkan bulan Mei tahun lepas. Parade-parade yang lain tu kadang-kadang dorang pindahkan ke Disneyland yang lain untuk beri kelainan.

Marching Band sebagai pembuka parade

 Minnie Mouse comel menari di atas float

Mickey & Minnie berada di dalam kumpulan float yang pertama

Aksi Mickey bermain drum secara live Read More

1,011 total views, 2 views today