Tag - Indonesia

Pisang Goreng Madu Bu Nanik

Salah satu makanan viral dan wajib dicuba sekiranya berkunjung ke Jakarta adalah Pisang Goreng Madu Bu Nanik. Setiap kali saya ke Jakarta, pasti saya akan cuba cari masa untuk membeli pisang goreng ni di kedainya ataupun kalau tak sempat saya akan order melalui GrabFood. Kenapa viral dan apakah yang sedap sangat dengan Pisang Goreng Madu Bu Nanik ni? Adakah ianya lebih sedap dari Pisang Goreng Cheese? Kalau nak tahu teruskan membaca.

Kedai Pisang Goreng Madu Bu Nanik terletak di Tanjung Duren Raya No. 67 dan sudah beroperasi semenjak tahun 2007. Pisang Goreng Madu ini menjadi salah satu makanan wajib makan bukan sahaja bagi pelancong yang datang ke Jakarta tapi juga bagi penduduk tempatan.

Pisang Goreng Madu Bu Nanik

Pisang Goreng Madu Bu Nanik

Pisang Goreng Madu Bu Nanik

Ada juga macam-macam makanan dijual di sini

Keunikan Pisang Goreng Madu Bu Nanik adalah pada keseluruhan rupa dan rasanya. Berbeza dengan pisang goreng biasa, Pisang Goreng Madu Bu Nanik berbentuk bulat kerana ianya digoreng menggunakan acuan berbentuk bulat. Pisang yang diguanakan adalah jenis pisang raja. Setiap satunya mengandungi rasa pisang yang banyak dan digoreng sekata dalam minyak panas. Berdasarkan perkongsian dari pekerja di sini, Pisang Goreng Bu Nanik digoreng sebanyak 3 kali pada minyak yang berbeza mengikut kepanasan. Proses pertama adalah menggoreng pada minyak yang kurang panas sehingga ianya masak sedikit dan kemudiannya dipindahkan ke kuali ke dua dengan minyak yang sederhana panas dan terakhir sekali digoreng dengan minyak yang panas. Proses gorengan ini membuatkan setiap Pisang Goreng Madu Bu Nanik masak sekata di bahagian dalam dan ranggup di bahagian luar. Read More

 2,409 total views

The Lodge Maribaya Bandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama rasanya saya tak bercuti-cuti dan melancong. Alang-alang saya berada di Bandung untuk Tahura Trail Run 2018, jadi saya luangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan menikmati keindahan alam di Bandung. Tak jauh dari Taman Hutan Raya Bandung, The Lodge Maribaya Bandung ni terletak di Jalan Maribaya, Bandung Barat. Saya memilih untuk ke sini kerana tempatnya yang sungguh cantik dan orang kata sungguh “Instagramable”. Saya ke sini menaiki kereta sewa kerana lokasinya yang agak dalam menyebabkan tiada perkhidmatan Grab ataupun Uber.

Tak sangka saya rasa sungguh bertuah pada hari tu sebab keadaan di sini tidak terlalu sesak dan ramai orang. Saya dimaklumkan The Lodge Maribaya Bandung ini kebiasaanya sesak pada hari minggu dan cuti. Nasib baiklah saya datang pada hari Isnin.

The Lodge Maribaya Bandung

Kaunter pembelian tiket

The Lodge Maribaya Bandung

TIket masuk berupa akses kad

Tiket Masuk The Lodge Maribaya

Tiket masuk tidaklah terlalu mahal, hanyalah 20 ribu rupiah (~RM5) seorang pada hari biasa, 25 ribu rupiah (~RM7) seorang pada hujung minggu dan 35 ribu rupiah (~RM10) pada hari cuti umum. Jadi kalau nak datang tu memang kena rancang betul-betul supaya dapatkan harga termurah sekali. Tapi kalau nak difikirkan apalah beza sangat RM5 dan RM10 tu kan? Kalau nak tahu kenapa, teruskan baca sehingga habis artikel ini.

Saya menerima tiket berupa akses kad yang hanya digunakan sekali sahaja untuk masuk dipintu utama The Lodge Bandung ni. Ohya sebelum saya terlupa, drone tidak dibenarkan digunakan di kawasan ni. Amaran ini jelas dipaparkan dipintu masuk utama. Read More

 27,944 total views

Keunikan Sate di Tesate

Kali ni saya nak bawa anda semua ke Jakarta untuk merasai Sate Indonesia yang unik dan sedap. Kalau biasanya kita makan Sate kat Malaysia tapi Sate di Indonesia ni sangat unik dan banyak jenis pilihan. Tak percaya? Kalau berpeluang ke Jakarta lepas ni apa kata cuba rasa sendiri sate di restoran Tesate. Tesate ni sebenarnya ada banyak cawangan dan agak terkenal di Indonesia. Cawangan yang saya pergi ni adalah di Plaza Senayan, Jakarta.

Suasana di dalam restoran Tesate ni sangat selesa dan cantik. Dibeberapa sudut di dalam restoran terdapat dekorasi berunsurkan budaya Indonesia serta ruang dapur membakar sate boleh dilihat dari ruang makan kerana ianya ditutupi dengan cermin kaca.

menu sate di tesate

Tesate

menu sate di tesate

Talapia bakar

menu sate di tesate

Ikan

Sebelum kita tengok apa menu sate kat sini, jom kita tengok dulu apa makanan lain yang ada kat sini. Walaupun kat sini menjual sate sebagai makanan utama, tetapi kita masih boleh mencuba menu Indonesia yang lain seperti Ayam Penyet, Gado-Gado, Tahu Sumedang, Kerapu Bakar dan macam-macam lagi. Bagi sesiapa yang peminat makanan Indonesia pasti dah tahu dengan nama-nama makanan kat sini. Semuanya nampak sedap-sedap, sampai taktau nak order yang mana. Read More

 8,816 total views

Roti Bakar dan Pisang Cheese Eddy

Pisang Goreng Cheese mungkin dah terlalu banyak dan viral di Malaysia. Tapi tahu tak, sebenarnya menu pisang cheese adalah berasal dari Indonesia yang telah diubah suai. Kalau sesiapa yang pernah ke Indonesia, pasti dah tahu macam mana mereka begitu fanatik dengan cheese. Kalau boleh semua jenis masakan, mereka akan masukkan cheese. Tak kurang juga dengan menu istimewa  Roti Bakar dan Pisang Cheese di kedai Roti Bakar Eddy yang melimpah dengan cheese. Saya berpeluang merasainya sendiri di Roti Bakar Eddy yang terletak di Jakarta.

Roti Bakar Eddy

Roti Bakar Eddy di Taman Mini Indah Indonesia

Roti Bakar Eddy

Di antara menu Roti Bakar Eddy

Roti Bakar Eddy

Teh Botol minuman wajib di Jakarta

Saya dimaklumkan, kedai Roti Bakar Eddy ni terdapat beberapa cawangan di Jakarta. Susah saya nak sebut dan ceritakan mengenai satu-satu cawangan yang ada, tapi bolehlah cuba google dulu sebelum datang ke Jakarta.  Read More

 6,148 total views

Hotel Santika TMII

Sekiranya berkunjung ke Jakarta, semestinya inginkan pilihan hotel yang terbaik. Salah satu cawangan hotel yang terkenal di Jakarta adalah Hotel Santika yang mempunyai beberapa cawangan di Jakarta termasuklah di Jakarta Timur. Yang menariknya dengan Hotel Santika di Jakarta Timur adalah kerana ianya terletak berhampiran dengan Taman Mini Indonesia Indah sehingga ianya dikenali sebagai Hotel Santika TMII. 

Berbeza dengan Jakarta Central yang lebih padat dan “macet”, suasana di Jakarta Timur lebih tenang dan tidak sibuk. Seolah-olah berada di pinggir bandar, suasana di hotel ini dirasakan amat sesuai untuk berehat dan lari dari kesibukan kota.

Hotel Santika TMII

Hotel Santika TMII

Hotel Santika TMII

Pintu masuk Hotel Santika TMII

Hotel Santika TMII

Rekaan landscape sekitar Hotel Santika TMII

Sekali pandang, Hotel Santika ini kelihatan seperti hotel lama mungkin kerana reka bentuk luarannya. Dengan rekabina yang klasik dan eksklusif saya tak sangka hotel semewah ini adalah hotel bertaraf 3 bintang. Kawasan sekitar hotel ini juga amat menyenangkan. Terdapat shopping mall dan kedai makan berhampiran seperti JCO Donut ataupun kedai ikan bakar.  Read More

 3,006 total views

Belanja di Rumah Mode Bandung

Selain Bandung  terkenal dengan makan yang best-best, bandung juga terkenal sebagai syurga bagi yang suka membeli-belah. Semasa saya bercuti-cuti ke Bandung tempoh hari, saya sebenarnya sudah dibawa ke merata tempat shopping seperti Rumah Tas, Cihampelas dan banyak lagi. Namun, dalam banyak-banyak tu Rumah Mode merupakan diantara tempat shopping yang paling menarik dan unik. Jom ikut saya jalan-jalan.

Rumah Mode Bandung

Signage di Rumah Mode.

Rumah Mode Bandung

Rekaan landskap di Rumah Mode Bandung

Read More

 15,149 total views

Tangkuban Perahu Bandung

Semasa saya bercuti di Bandung tempoh hari, salah satu destinasi yang wajib singgah adalah di Tangkuban Perahu yang terletak lebih kurang 20km dari Kota Bandung. Tangkuban Perahu ini sebenarnya adalah Gunung Berapi yang dikatakan masih aktif lagi. Ianya dipanggil Tangkuban Perahu kerana rupa gunung ini yang kelihatan seperti Perahu yang terbalik atau ditelangkup sekiranya lihat dari jauh.

Jom kita tengok apa yang menarik ada kat sini.

Tangkuban Perahu

Gunung Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu

Kawasan parking Tangkuban Perahu

Read More

 10,169 total views,  1 views today

Tahu Susu Lembang Bandung

Siapa pernah terfikir “Tahu” pun boleh jadi salah satu makanan unik di Bandung. Di Indonesia secara amnya, selain Nasi Padang, Tahu juga menjadi diantara makanan utama. Tahu ni dijual ditepi-tepi jalan dan kalau di Malaysia ni dah umpama Pisang Goreng.

Salah satu produksi Tahu yang terkenal di Bandung adalah Tahu Susu Lembang. Mula-mula saya agak sceptical dengan Tahu Susu ni sebab takkan lah sedap sangat sampai begitu terkenal. Lagipun Tahu je kan… Selepas berpuluh kali dipromote, saya pun singgah ke Tahu Susu Lembang untuk mencuba sendiri Tahu Susu ni.

Tahu Susu Lembang

Inilah lokasi Tahu Susu Lembang

Read More

 6,910 total views

Perjalanan ke Trans 7 Jakarta

Salam Jumaat. Terima kasih kepada pembaca setia blog saya yang hari-hari klik refresh untuk lihat kalau ada updates terkini. Hari ni saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya semasa berada di Jakarta pada beberapa minggu yang lepas. Tujuan saya ke Jakarta kali ini adalah untuk menguruskan Asyiela Putri iaitu pelakon suara Upin & Ipin untuk salah satu program talkshow di sana. Program talkshow ini adalah bertajuk “Hitam Putih” yang disiarkan di Trans 7 dan merupakan salah satu program talkshow yang sangat terkenal. Walaupun animasi Upin & Ipin disiarkan di MNC TV tapi ianya tidak menghalang stesen TV lain untuk menjemput suara di sebalik Upin & Ipin sebagai tetamu istimewa mereka.

jakarta01

Suasana di dalam Garuda

jakarta02

Makanan di dalam flight

Setelah beberapa minggu berbincang dengan pihak produksi Trans TV, akhirnya saya pun terbang ke Jakarta dengan menaiki penerbangan Garuda. Walaupun sudah beberapa kali saya ke Jakarta, tetapi inilah pertama kali saya menaiki penerbangan Garuda. Pendapat peribadi saya, perkhidmatan Garuda agak baik dan memuaskan. Saya boleh dikatakan terus menyukai Garuda dan insyaAllah kalau saya akan ke Jakarta lagi saya akan memilih Garuda. Tempoh penerbangan ke Jakarta dari KLIA adalah lebih kurang 2 jam. Oleh kerana perbezaan masa di Jakarta adalah lewat 1 jam, jadi bila sampai je di Jakarta terasa seolah-olah baru 1 jam je masa berlalu. Seperti biasa, Jakarta terkenal dengan macetnya. Kalau bukan macet bukanlah Jakarta.

jakarta20

Macet

jakarta05

Suasana di kaki lima Jakarta

jakarta06

Pelajar di Jakarta

jakarta07

Suasana macet ditambah pula ada polisi

Read More

 8,857 total views

Masakan Padang Sederhana, Jakarta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nampaknya ramai pembaca blog setia saya lebih gemarkan blog post mengenai makanan. Siapa yang tak suka makankan? Kali ni saya nak bagi anda semua rasa lapar dengan menonton gambar-gambar terbaru dari masakan padang yang sangat istimewa. Baru-baru ni saya berpeluang ke Jakarta atas urusan kerja yang saya akan kongsikan pada post yang berbeza nanti. Saya berkesempatan menjamu selera di salah sebuah cawagan masakan Padang yang terkenal iaitu Restoran Sederhana. Walaupun namanya Sederhana, tapi makanan di sini semuanya sedap-sedap belaka.

sederhana01

Restoran Sederhana Masakan Padang

sederhana06

Pelbagai lauk masakan padang

sederhana11

Kesemua pilihan lauk dihidang tanpa perlu membuat pesanan

Siapa yang tak pernah makan di restoran makanan padang pasti akan berasa pelik dengan cara di sini. Setiap pelanggan yang duduk di meja makan, akan dihidangkan dengan semua pilihan makanan yang ada tanpa perlu membuat pesanan makanan. Semua makanan ini dihidangkan di dalam piring-piring yang ditindih di antara satu sama lain. Kadang-kadang tu, belum start makan lagi dah rasa banyak betul pilihan lauk yang diberi. Jangan risau kerana mereka hanya akan kira piring makan yang telah dijamah sahaja.  Read More

 7,163 total views