Tag - iPhone

Produk Apple paling buruk 2015

Kali ni saya nak kongsikan beberapa produk Apple 2015 yang sebenarnya bukan sahaja buruk dari segi design tetapi juga dari segi fungsi dan tujuan kenapa ianya direka sebegitu. Produk yang saya senaraikan ini juga sebenarnya akan menjadi lebih baik sekiranya direka pada cara yang berbeza dan memikirkan secara keseluruhan tujuan dan memudahkan penggunaan.

MacBook

Jangan salah faham kerana MacBook 2015 ini sebenarnya amat cantik dengan pilihan warna Gold yang amat menawan. MacBook juga merupakan jawapan kepada MacBook Air yang agak terlalu mempunyai spesifikasi rendah untuk sesetengah pengguna. Namun begitu, “teknologi” baru yang cuba diperkenalkan iaitu USB-C seolah-olah memakan diri. Dengan hanya 1 USB port, pengguna MacBook 2015 bukan sahaja terhad untuk menggunakan peranti USB lain seperti thumbdrive ataupun portable hardisk, tetapi mempunyai masalah besar sekiranya ingin mencaj MacBook pada masa yang sama.

Macbook 2015

Thinner-MacBook Read More

1,381 total views, 2 views today

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Meskipun iPhone 5s telah lama berada di pasaran dan kini kita setiap hari dikemas kini dengan gambar terbaru iPhone 6 namun, kali saya ingin berkongsi sesuatu yang sedikit berbeza mengenai iPhone 5s. Ini bukanlah review teknikal mendalam mengenai iPhone 5s tetapi ianya lebih kepada penggunaan bijak dan keperluan sebagai seorang blogger. Topik ini saya ketengahkan diantara lain bagi menyahut cabaran oleh kumpulan blog terkenal DenaiHati di dalam peraduan iPhone 5s bagi entry blog yang terbaik.

iphone02

Rupa sisi iPhone 5s

iphone05

Kamera iPhone 5s tidak pernah mengecewakan

Seperti sedia maklum, saya sangat selesa dan sudah sebati dengan eko sistem iOS. Menggunakan iPhone 5s sebagai telefon harian umpama membawa kereta Ferrari di lebuh raya. iPhone 5s sememangnya memudahkan seseorang blogger di dalam mengemas kini blog masing-masing. Dengan menggunakan aplikasi “Blogger” ataupun “WordPress“, seseorang blogger boleh meng-edit blog dengan mudah dan pantas tanpa mengira masa dan tempat.

Kamera pada iPhone 5s juga merupakan diantara kamera yang paling mudah digunakan dan menghasilkan gambar yang cantik. Saya sangat suka shortcut pada menu hadapan untuk mengambil gambar. Ianya sangat cepat dan membolehkan kita mengambil gambar secara pantas untuk pengisian pada blog. Walaupun ianya hanya dilengkapi dengan 8MP namun kualiti gambarnya mampu mengalahkan kamera yang mempunyai MegaPixel yang lebih tinggi. Read More

3,764 total views, 2 views today