Tag - Ipoh

Port Festival 2015

Hujung-hujung tahun ni terasa macam banyak pula event yang dianjurkan bukan saja di sekitar Kuala Lumpur, tapi juga di seluruh Malaysia. Percaya atau tidak, hampir setiap negeri menganjurkan event dan karnival masing-masing sempena cuti sekolah hujung tahun ni. Kebetulan ketika berada di Ipoh, saya terperasan satu event lokal iaitu Port Festival 2015 yang diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh. Ini memang sudah cantik sebab saya sendiri memang sangat menyokong event lokal.

Dengan lokasi yang sangat strategik, memang mustahil untuk tidak terperasan event ni bila pusing-pusing di bandaraya Ipoh. Apa yang saya nampak Port Festival ini merupakan gabungan satu lagi event iaitu Lokal Fellow yang lebih memfokuskan kepada penjualan jenama pakaian lokal ala-ala Tempatan Fest. Manakala Port Festival ini sendiri sebenarnya adalah bertujuan menonjolkan industri kreatif dan hasil anak seni orang Ipoh. PORT itu sendiri membawa maksud People Of Remarkable Talents.

Port Festival 2015

Di Dataran Bandaraya Ipoh

Port Festival 2015

Booth MyNegeri

Port Festival 2015

Pameran motor vintage

Port Festival 2015

Pintu masuk Port Festival

Read More

2,817 total views, 4 views today

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Lenggong adalah salah sebuah daerah di Perak yang sangat terkenal dengan ikan pekasamnya. Namun begitu, Lenggong juga amat terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap termasuklah hidangan istimewa ikan bakar. Bagi sesiapa yang pernah sampai ke Lenggong, pastikan tidak terlepas menjamu selera di Restoran Tasik Raban yang menghidangkan makanan lauk pauk yang sedap seperti ikan bakar lenggong.

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Bagi warga Ipoh pula, sudah tidak perlu ke Lenggong lagi untuk melepaskan rindu kerana sekarang sudah ada Restoran Ikan Bakar Lenggong yang telah dibuka di Silibin. Saya dimaklumkan, pemilik restoran ini merupakan adik beradik kepada Restoran Tasik Raban dan oleh itu mereka masih mengekalkan resepi dan rasa yang sama. Lokasi Restoran Ikan Bakar Lenggong ini adalah bersebelahan dengan Kedai 1Malaysia.

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Pelbagai menu masakan kampung

Read More

4,113 total views, 4 views today

Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja

Alhamdullilah, bila sebut pasal makanan di Ipoh ni memang banyak tempat makan yang sedap-sedap. Dalam tempoh beberapa hari je memang tak sempat nak singgah semua tempat. Kali ni saya telah diperlawa untuk menjamu selera di restoran Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja yang terletak di Lorong Sungai Choh, Ipoh. Dengar kata restoran ni sangat terkenal dengan Mee Udangnya dan pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Saya dengar nama kedai pun dah rasa tak sabar sangat nak merasai sendiri Mee Udang kat sini. Jom ikut saya masuk dalam kedai.

Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja

Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja

Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja

Pernah muncul di dalam Jalan-Jalan Cari Makan TV3

Restoran Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja ni menawarkan pelbagai jenis udang dan ketam. Dari Udang Harimau, Udang Galah, Ketam Nipah, King Crap sehinggalah kepada Lobsters boleh dipilih di sini. Pelanggan boleh memilih sendiri saiz ketam atau udang sebelum dimasak. Menunya pula tidak terhad kepada beberapa pilihan saja malahan mereka boleh memasak apa saja kombinasi makanan mengikut citarasa pengunjung. Nak campur Udang dengan Ketam dengan Lobster dalam satu hidanganpun boleh.

Semasa kunjung saya restoran ini, pengusaha restoran bersungguh menunjukkan pilihan hidupan laut yang segar termasuklah King Crap yang dikeluarkan dari peti ais di dalam dapur. Semua ketam dan udang kat sini memang nampak sangat segar dan bersaiz besar.  Read More

7,323 total views, 18 views today

Coffee King, Kopi Paling Trending di Ipoh

Nama Coffee King tiba-tiba naik dan sangat viral di laman sosial lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan tahun ini. Jenama Coffee King mungkin sangat asing bagi kita semua, tetapi jenama ini sangat terkenal di Ipoh. Baru sahaja beroperasi pada tahun ini, Coffee King menawarkan pilihan minuman kopi yang sangat sedap pada harga yang sangat murah hasil dari anak muda tempatan. Tak kurang juga yang membandingkan kesedapan Coffee King dengan Starbucks.

Coffee King

Coffee King di Meru

Terdapat 2 cawangan Coffee King di Ipoh iaitu di Taman Cempaka dan yang terbaru di Meru. Walaupun gerai Coffee King ini mula dibuka pada jam 4 petang, namun pengunjung sudah mula beratur panjang sebelum gerai dibuka lagi. Ini adalah fenomena biasa di gerai Coffee King.

Coffee King

Jenama baru

Coffee King

Orang mula beratur walaupun gerai belum dibuka

Terdapat 6 pilihan kopi iaitu Ice Coffee, Ice Black Coffee, Ice Cocoa,  Ice Tea, Ice Green Tea dan Ice Lime Tea. Kesemua perisa ini dijual dengan harga RM5 sahaja. Saya nampak mereka menggunakan gula perang dan susu sejat bagi mendapatkan rasa kopi yang unik. Walaupun beratur panjang, tapi proses pembeliannya sangat cepat. Read More

37,897 total views, 9 views today

Plan B di Ipoh

Kepada sesiapa yang suka jalan-jalan cari makan pasti pernah dengar mengenai “Plan B”. Kedai makan Plan B ala-ala kopitiam ni sudahpun mempunyai cawangan di Kuala Lumpur seperti di One Utama dan Publica. Namun begitu cawangan mereka di Ipoh ini sering menjadi tumpuan pelancong dan orang Perak sendiri kerana keunikan dekorasi di dalam kedai dan kawasan persekitaran. Selain menawarkan makanan ala western dan pelbagai pilihan kopi, Plan B menjadi pilihan tempat untuk bersantai bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

planb06

Selamat datang ke Plan B

planb02

Suasana di dalam Plan B

planb01

Menu Plan B

Plan B terletak di tengah-tengah bandar Ipoh iaitu di Jalan Panglima. Mencari Plan B tidaklah begitu sukar kerana kawasan kedainya yang besar dan sentiasa memaparkan signboard “Plan B” tidak kira dari arah mana anda datang. Dekorasi di dalam kedai Plan B sungguh santai dan banyak menggunakan elemen-elemen barat serta pokok hijau sebagai trademark mereka. Setiap ruangan di dalam kedai menggunakan pelbagai jenis meja dan susunan bagi memberi pilihan kepada pelanggan samada ingin makan secara dua orang, kumpulan ataupun untuk sesuatu majlis. Lampu downlight kuning dan dinding berkaca pula menaikkan mood eksklusif ketika berada di dalamnya.

planb03

Rekaan di dalam Plan B

planb04

Suasana makan di luar

Read More

13,015 total views, 3 views today

Nasi Vanggey Original Ipoh

Kalau sesiapa yang datang ke Ipoh pasti tak sah kalau tak pekena Nasi Vanggey. Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina ataupun India. Nasi Vanggey juga dulu terkenal dengan panggilan Nasi Ganja dikalangan orang Melayu. Walaupun sekarang sudah terdapat banyak cawangan Nasi Vanggey, tetapi Nasi Vanggey original adalah yang terletak di Jalan Yang Kalsom, iaitu sebuah Kedai Kopi peniaga cina iaitu Yong Suan. Nasi Vanggey dijual di bahagian hadapan kedai kopi, manakala pemilik kedai kopi ini pula hanya menjual air minuman sahaja. Siapa sangka kedai yang kelihatan seperti kedai makanan cina ini, rupanya menjual nasi yang menjadi ketagihan ramai orang.

nasi02

Kedai Nasi Vanggey Original

nasi01

Zarith pun kena beratur

Perniagaan Nasi Vanggey ini tidak putus-putus diserbu pelanggan yang ingin mencuba keenakan nasi ini. Walaupun ramai orang, tetapi layanan mereka sangat cepat dan membuatkan kita terasa beratur sekejap saja. Nasi Vanggey di sini dijual sekitar RM6 untuk set ayam dan terdapat beberapa pilihan lauk lain seperti ikan dan daging. Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada sambal karinya yang sedap dan pekat. Kalau siapa yang tak tahan, mungkin boleh sakit perut dibuatnya. Ayamnya pula berwarna merah dan penuh dengan rempah ratus yang unik.

nasi03

Satu-satunya yang menjual nasi vanggey original

Read More

25,037 total views, 28 views today

Wedding Dr. Dana & Syahir

Tahniah kepada pengantin baru Dr Dana & Syahir yang baru saja melangsungkan perkahwinan beberapa hari yang lepas di Ipoh. Kalau nak tahu, Dana ni adalah sedara kepada Zarith. Kiranya masa kecik-kecik dulu dorang adik-beradiklah yang selalu main tepi longkang sama-sama dan kayuh basikal pergi kedai. Itu cerita mereka masa kecik-kecik dulu.

Wedding ni telah dilangsungkan di Adonis Bridal di Ipoh, Perak dan diatur serta direka begitu unik sekali kerana menggabungkan beberapa konsep moden dan baru. Pasangan pengantin ini menggabungkan beberapa konsep dari perkahwinan ala masyarakat Cina dan ala-ala Garden Wedding. Dari hiasan lampu kuning menerangi kawasan taman hinggalah kepada live band yang menyanyikan lagu cinta dalam bahasa Inggeris, semuanya merupakan beberapa sentuhan moden yang ingin dicapai. Photobooth dipintu masuk utama tetamu juga dihias dengan cantik dan berseri. Dana & Syahir adalah pasangan yang suka melancong dan mengambil gambar. Jadi tak heranlah, gambar-gambar mereka menghiasi taman dan menjadi sebahagian dari elemen dekorasi.

Tak banyak sangat gambar yang sempat saya ambil kerana hujan yang telah turun semenjak petang lagi. Walaupun hujan, namun aturcara majlis tetap diteruskan seperti yang telah dirancang.

dana01

Adonis Bridal

dana04

Kepingan gambar menjadi salah satu dekorasi

dana06

Syahir & Dana ketika memberi ucapan

Read More

3,375 total views, 3 views today

Mee Kicap Terbaik Ipoh

Mee Kicap ataupun Mee Ipoh sangat terkenal di Ipoh dan telah menjadi sebahagian dari menu wajib sarapan pagi selain dari Nasi Lemak. Mee Kicap yang asalnya dari makanan etnik masyarakat Cina telahpun disesuaikan dengan citarasa Melayu. Seperti namanya, Mee Kicap secara ringkasnya adalah diasaskan dari beberapa jenis cairan kicap dan kuah sup. Walaupun nampak simple, tapi rasanya sangat sedap.

LC2_0664

Lokasi berhampiran dengan Stadium

LC2_0674

Sentiasa penuh

Di Ipoh, saya telah diperkenalkan dengan lokasi Mee Kicap terbaik iaitu berhampiran dengan Stadium. Tak susah nak cari lokasi kedai Mee Kicap ini kerana kedai Mee Kicap ini sentiasa penuh dari awal pagi. Pada kebiasaannya, sesiapa nak yang mencuba makan di sini kenalah datang pada awal pagi. Mee Kicap biasanya dihidangkan bersama sambal serta sup “fishcake”. Bagi pengunjung tetap pula, kadang-kala mereka lebih gemar menukar kuah sup dengan kuah kari bagi menambahkan rasa pedas. Read More

14,517 total views, 13 views today

Dinner at Indulgence, Ipoh

Ok, sekali lagi saya nak berkongsi berkaitan dengan makanan dan kali ni kita pergi makan-makan di Ipoh pulak. Sebenarnya sesi makan-makan kali ni disponsor oleh ahli keluarga Zarith… hehe. Oleh kerana tempat makan kali ni agak eksklusif, saya sendiri pun tak menyangka restoran yang menyerupai seperti banglo lama ni sebenarnya adalah restoran makanan barat bertaraf tinggi.
Pada sesi dinner tu, saya tak sempat nak ambik gambar dari luar restoran sebab terlalu gelap. Jadi saya sediakan beberapa gambar dari google untuk rujukan pembaca blog. Restoran Indulgence ni terletak ditengah-tengah Ipoh dan menggunakan konsep English & Old School. Konsep yang menarik dan sangat unik~
Entrance of Indulgence, Ipoh
( Pic Credit to : http://www.j2kfm.com )
Interior ( Pic Credit to : http://www.j2kfm.com )

Sendiri sendiri memilih menu makanan Salmon Grill sebab ikan Salmon memang makanan favorite saya. Hidangan dan rasa ikan salmonnya memang sedap dengan rencah masakan kebanyakkan berasaskan minyak zaiton. Tapi portion makanannya tidaklah terlalu besar, malahan lebih kecil dari portion biasa. Jadi kalau siapa yang tengah lapar tu mungkin tak kenyang dengan satu pinggan hidangan.
Diantara menu makanan
Makanan yang lain-lain juga tidak kurang sedapnya. Kat sini ada hampir kesemua menu makanan barat seperti spaghetti, lamb, chicken chop dan macam-macam lagi. Terpulang kepada selera masing-masing, sebab kalau tak kena dengan selera mungkin ada yang kata tak sedap.
Saya baru tahu yang kat Indulgence ni kadang-kadang ada wedding Chinese dilakukan. Berdasarkan dari gambar-gambar yang saya jumpa di Google, wedding di sini dihasilkan dengan begitu cantik dan unik. Walaupun tempatnya tak begitu besar, tetapi wedding ala Chinese memang sesuai diadakan di sini secara tertutup.
Zarith & Zarin

Pendek kata, banyak lagi restoran-restoran di Ipoh yang unik dan sedap. Lepas ni kita tengok nak ke mana pulak yer…

p/s : Teringin nak cuba masa western..

1,222 total views, 4 views today