Tag - Japan Foods

Ramen Halal Ayam-Ya dari Jepun kini di KLIA2

Semasa saya melancong ke Jepun dulu, saya masih teringat perasaan nak mencari makanan Halal lebih-lebih lagi makanan Jepun seperti Ramen. Ramen ni asalnya dimasak menggunakan bahan-bahan tidak halal sebagai penyedap rasa kuah ramen. Sebab itulah susah nak jumpa ramen halal kerana bukan mudah untuk menukar resepi sedia ada kepada versi halal bagi mengekalkan rasa ramen yang sedap.

Restoran Ayam-Ya merupakan sebuah restoran ramen yang berasal dari Kyoto dan memperkenalkan Ramen Jepun yang halal. Kita tidak perlu ke Jepun untuk merasa sendiri ramen ini kerana sekarang restoran Ayam-Ya ini telahpun dibuka di KLIA2. Jom ikut saya menjamu selera Ramen Ayam-Ya yang terletak di medan selera RASA Food Area KLIA2.

Ayam-Ya Ramen

Ayam-Ya Ramen di KLIA2

Ayam-Ya Ramen

Diantara menu ramen

Terletak di sudut makanan Jepun, Ayam-Ya terus menjadi sasaran saya sebaik saja menjejakkan kaki di medan selera RASA. Walaupun nampak macam ada banyak pilihan ramen kat sini, tapi sebenarnya ada 2 pilihan saja yang telah divariasikan. Terdapat 2 pilihan diantara perisa “biasa” (Tori-Paitan Shoyu Ramen) ataupun pedas (Spicy Tori-Paitan Shoyu Ramen) yang mana setiap pilihan diberi pula pilihan lain seperti ramen biasa, ramen telur, ramen ayam, ramen telutr+ayam. Fahamkan? Read More

6,040 total views, 9 views today