Tag - Johor Bahru

Lego Star Wars Day Legoland Malaysia

Kepada peminat Star Wars ini adalah masa yang amat sesuai untuk berkunjung ke Legoland Malaysia. Bersempena dengan Star Wars Day, Legoland Malaysia menganjurkan bulan Star Wars pada sepanjang bulan Mei dengan pelbagai aktiviti menarik buat peminat sejati Star Wars dan Lego. Bermula dari 7 & 8 Mei 2016, Star Wars Special Parade telah diadakan dengan dibarisi oleh lebih dari 90 karakter Star Wars dari 501st Legion seperti Stormtroopers, Darth Vader dan banyak lagi.

Perarakan yang bermula dari luar pintu masuk Legoland Malaysia ini bermula seawal jam 9pagi dan kemudiannya berarak masuk dan berhenti beberapa check point di dalam Legoland sebelum berakhir di Star Wars Miniland. Memang ramai betul orang menanti kemunculan watak-watak Star Wars ini dari awal lagi. Saya sendiri sangat excited sebab tak pernah melihat parade seperti ini dari jarak dekat.

Lego Star Wars Day Legoland

Lego Star Wars Day Legoland

Lego Star Wars Day Legoland

Star Wars Parade bermula

Lego Star Wars Day Legoland

Lebih 90 watak Star Wars berkumpul

Lego Star Wars Day Legoland

Diantara pemakai kostum kanak-kanak

Read More

 4,419 total views

Review DoubleTree By Hilton Johor Bahru

Saya memang suka bercuti-cuti ke Johor Bahru dan rasa tak sabar nak merasai pengalaman baru di setiap hotel yang saya duduk. Pada awalnya saya susah nak memilih hotel yang sesuai di bandaraya Johor Bahru sebab terlalu banyak sangat hotel dan bimbang jarak di antara tempat-tempat menarik di JB terlalu jauh dengan hotel. Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan hotel baru di Johor Bahru iaitu DoubleTree by Hilton yang terletak betul-betul di tengah-tengah JB.  Lokasinya sangat strategik dan hanya walking distance saja dengan Komtar JBCC dan City Square. Hotel DoubleTree by Hilton juga penginapan yang sesuai sekiranya untuk bercuti ke Singapore.

DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Ruang masuk ke hotel

Apa lagi yang menarik kat sini? Ikuti pengalaman 3 hari 2 malam saya di DoubleTree by Hilton Johor Bahru.

DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Ruang lobi hotel

Saya dimaklumkan hotel ini baru saja dibuka pada tahun 2014 dan bertaraf 4 Bintang. Lokasinya sangat stategik dan memudahkan semua perkara ketika bercuti ke sini. Ruang lobby dan check-innya sungguh luas dan amat selesa. Proses check-in dilakukan dengan cepat dan ditambahkan pula kemesraan petugas di sini. Sebaik sahaja proses check-in selesai, saya diberikan cookies panas yang dibuat khas untuk semua pelanggan DoubleTree by Hilton.

Ye, cookies besar ini memang betul-betul tengah panas ketika sampai ke tangan saya. Ini adalah trademark DoubleTree by Hilton yang ingin menyambut tetamu mereka dengan “warm welcome”. Read More

 8,565 total views

Review Hotel Jen Puteri Harbour

Apabila bercuti ke Johor, pada kebiasaannya saya akan memilih untuk menginap di hotel sekitar bandaraya Johor Bahru. Tetapi kali ni saya inginkan kelainan dan cuba mencari keunikan di kawasan Nusajaya iaitu di Puteri Harbour. Di kawasan ini sangat terkenal dengan Sanrio Hello Kitty Town dan The Little Big Planet Club. Kalau saya nak bawa keluarga menonton Hello Kitty, takkanlah saya perlu duduk hotel di JB.

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Hotel Jen Puteri Harbour bersebelahan dengan Hello Kitty Town

Saya diperkenalkan dengan Hotel Jen Puteri Harbour yang dikatakan bukan saja berhampiran dengan 2 taman tema antarabangsa ini, malahan menawarkan pengalaman yang berbeza. Mari ikuti pengalaman sebenar saya bermalam di Hotel Jen.

 

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Kawasan Puteri Harbour

Hotel Jen Puteri Harbour Review

Suasana di belakang Hotel Jen

Read More

 7,993 total views

Republic Of Big

Bukan orang kurus dan slim saja boleh bergaya. Orang yang berbadan besar dan comel pun sekarang ni dah boleh bergaya. Semasa saya jalan-jalan di Johor Bahru minggu lalu, saya sempat singgah di butik Republic Of Big ataupun ROB. Kat sini dorang menawarkan baju-baju yang bersaiz dari S hinggalah kepada XXXXXXL. Ha, kiralah ada berapa X tu. Teruskan membaca review saya mengenai ROB.

Republic Of Big (ROB)

Butik Republic Of Big (ROB) di Johor Bahru

Read More

 35,147 total views