Tag - Kids

[Di Sebalik Tabir] Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57

Walaupun kita dah beberapa hari menyambut 31 Ogos, namun saya masih terasa lagi semangat Merdeka. Saya rasa kebanyakkan dari peserta persembahan Hari Merdeka pasti mempunyai perasaan yang sama. Ini adalah kerana semuanya telah bertungkus lumus selama lebih kurang 3 bulan untuk pelbagai jenis latihan dan perancangan. Alhamdullilah, semuanya telah selesai dengan jayanya. Saya masih teringat detik-detik persembahan Hari Merdeka dan apa yang berlaku di belakang pentas utama. Calltime pukul 3 – 4 pagi sudah terasa biasa kerana sudah hampir seminggu saya melaluinya. Saya dan krew Les’ Copaque kebanyakkannya tidur di hotel sekitar Dataran Merdeka untuk menjimatkan masa dan mengelak jem. Kebanyakkan petugas seperti cikgu, pelajar, polis dan pegawai kerajaan juga bermalam di sekitar hotel di Dataran Merdeka.

Sebelum jam 6 pagi lagi seorang demi seorang peserta mengambil posisi masing-masing. Tepat jam 6.30 pagi tiada lagi pelajar yang boleh bergerak dan semuanya harus sudah berada ditempat yang telah ditetapkan. Walaupun siaran langsung hanya bermula pada jam 8 pagi tetapi persediaan awal dan latihan pagi harus dimulakan. Saya kagum dengan pelajar-pelajar yang menyertai persembahan kerana mereka harus lebih awal berada di sekolah masing-masing iaitu sekitar jam 3 pagi sekiranya mereka datang ke Dataran menaiki bas sekolah.

merdeka01

Pelajar mula memenuhi Dataran Merdeka pada awal pagi

merdeka06

Petugas JPAM bersiap sedia

merdeka05

Diantara barisan cikgu-cikgu

merdeka04

Peserta dengan pakaian masing-masing

merdeka03

[Kiri] Hafiz [Kanan] Ah Wei

merdeka02

Suasana di dalam khemah

Petugas-petugas lain juga harus berada di Dataran Merdeka sekitar waktu 6 pagi walaupun tidak memerlukan latihan awal pagi. Jalan-jalan utama ditutup seawal jam 6 dan untuk memang agak mustahil untuk masuk ke kawasan Dataran Merdeka selepas waktu itu selain menggunakan pengangkutan awam. Di dalam khemah Les’ Copaque juga, kami mengadakan briefing setiap hari bagi mengemaskini semula dan memperbaiki kekurangan pada fasa raptai. Yang hairannya, perasaan pada hari merdeka tidaklah begitu nervous. Mungkin kerana kami semua telah melalui raptai penuh pada beberapa hari sebelumnya dan sudah faham mengenai jadual acara. Pada hari tersebut, kami lebih banyak menghabiskan sesi pagi dengan bergambar dengan menikmati keindahan sekeliling. Tak sangka, begitu ramai orang yang datang pada awal pagi untuk menyaksikan perarakan Merdeka. Saya dan kebanyakkan peserta yang sedang berada di belakang pentas tidak dapat langsung menonton apa yang sedang berlaku dan hanya menonton TV Besar di Dataran bagi mengetahui perkembangan. Read More

11,435 total views, 1 views today

[Gambar] Kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 baru sahaja selesai berlangsung dengan meriahnya dan gilang gemilang. Saya secara tak langsung telah melibatkan diri dengan aktiviti persembahan pada tahun ini. Banyak kenangan manis serta dugaan yang telah ditempuhi sepanjang melibatkan diri. Walaupun sangat penat, tetapi hasilnya sangat memuaskan dan berbaloi. Saya kongsikan beberapa gambar-gambar menarik disepanjang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57. InsyaAllah saya akan kongsikan cerita-cerita menarik disebalik tabir dan persiapan Hari Kemerdekaan pada post yang akan datang.

IMG_6938

Peserta tarian sebagai acara pembukaan

IMG_7825

Upin & Ipin sebagai salah satu keunikkan tahun ini

IMG_7466

Perbarisan oleh Tentera

IMG_7288

Guru pembimbing yang membantu pelajar menari dan membuat persembahan

 

Read More

3,698 total views, 1 views today