Tag - KLIA2

Ramen Halal Ayam-Ya dari Jepun kini di KLIA2

Semasa saya melancong ke Jepun dulu, saya masih teringat perasaan nak mencari makanan Halal lebih-lebih lagi makanan Jepun seperti Ramen. Ramen ni asalnya dimasak menggunakan bahan-bahan tidak halal sebagai penyedap rasa kuah ramen. Sebab itulah susah nak jumpa ramen halal kerana bukan mudah untuk menukar resepi sedia ada kepada versi halal bagi mengekalkan rasa ramen yang sedap.

Restoran Ayam-Ya merupakan sebuah restoran ramen yang berasal dari Kyoto dan memperkenalkan Ramen Jepun yang halal. Kita tidak perlu ke Jepun untuk merasa sendiri ramen ini kerana sekarang restoran Ayam-Ya ini telahpun dibuka di KLIA2. Jom ikut saya menjamu selera Ramen Ayam-Ya yang terletak di medan selera RASA Food Area KLIA2.

Ayam-Ya Ramen

Ayam-Ya Ramen di KLIA2

Ayam-Ya Ramen

Diantara menu ramen

Terletak di sudut makanan Jepun, Ayam-Ya terus menjadi sasaran saya sebaik saja menjejakkan kaki di medan selera RASA. Walaupun nampak macam ada banyak pilihan ramen kat sini, tapi sebenarnya ada 2 pilihan saja yang telah divariasikan. Terdapat 2 pilihan diantara perisa “biasa” (Tori-Paitan Shoyu Ramen) ataupun pedas (Spicy Tori-Paitan Shoyu Ramen) yang mana setiap pilihan diberi pula pilihan lain seperti ramen biasa, ramen telur, ramen ayam, ramen telutr+ayam. Fahamkan? Read More

5,506 total views, 3 views today

Sekitar KLIA2

IMG_8597

Pengunjung boleh melihat kawasan terminal dari luar Mall

Sudah pasti buat masa sekarang, ramai yang sudah menjejakkan kaki di KLIA2 kerana menaiki penerbangan AirAsia ataupun sebab mengambil kawan-kawan yang pulang bercuti. Apa pun sebabnya, tak salah rasanya kalau ingin datang ke KLIA2 sekadar suka-suka ataupun membeli belah. Ini adalah kerana KLIA2 kini amat berbeza dengan LCCT sebelum ini. KLIA2 terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu Mall dan Terminal. Di dalam Mall, anda boleh bershopping apa saja seperti di dalam Shopping Mall sebenar. Iya, bila saya cakap apa saja memang saya maksudkan apa saja. Dari pakaian harian, makanan, koleksi barang kemas hinggalah kepada barangan basah seperti ikan dan ayam. Konsep Mall ini sememangnya bertujuan mendekatkan pengunjung dengan KLIA2 tak kira sebab dan waktu.

Di bahagian terminal pula, ianya didesign dengan cantik dan tersusun. Saiz terminalnya yang luas dan besar amat selesa dan menyenangkan. Walaupun AirAsia masih menggunakan konsep tambang murah namun perkhidmatan sebegini amatlah memudahkan. Mana tahu pada masa akan datang AirAsia akan menaikkan tambang mereka? Sapa tahukan.

IMG_8551

Rekaan yang futuristik

IMG_8556

Bukan senang nak tengok view macam ni

IMG_8397

Air Asia kini di KLIA2

IMG_8416

Kini penumpang tidak perlu berjalan jauh di luar terminal

 Oleh kerana KLIA2 masih baru, pihak pengurusan KLIA2 telah menempatkan pembantu arah jalan yang memegang signage “ASK ME” hampir disetiap ceruk dan lorong. Jangan risau kalau tak tahu mana nak tuju sebab pembantu-pembantu ini sangat ramai. Mengikut pengalaman saya, mereka ni sangat helpful namun ada juga yang memberitahu saya, dorang pun tak tahu direction. Well, semuanya bergantung kepada nasib masing-masing. Bagi saya oleh kerana signage yang besar-besar dan simple agak mudah mencari direction.

Lagi satu yang saya suka adalah estimation perjalanan jalan kaki. Oleh kerana KLIA2 ini sangat besar, di setiap signage penting ada information berkaitan estimation sekiranya berjalan kaki ke arah tempat yang dituju dari lokasi kita berdiri. Ini sangat penting untuk mengelakkan terlepas flight dan sebagainya. Sekiranya terlalu jauh, di beberapa kawasan perkhidmatan buggy turut disediakan. Read More

8,406 total views, 1 views today