Tag - Lifestyle

SCORE Run Series 2018 Ambassador

Walaupun ada beberapa bulan lagi untuk SCORE RUN Series 2018 akan bermula tetapi debaran menantikan detik flag off semakin terasa. Apa tah lagi SCORE RUN Series 2018 kali ini menawarkan sepasang medal yang cantik yang merupakan versi gabungan dari larian edisi Malam dan Siang. Baru-baru ni SCORE telah mengadakan acara bersama media bagi mengumumkan beberapa informasi penting diantaranya adalah pelantikan Duta ataupun Ambassador bagi SCORE RUN Series 2018. Acara ini telah berlangsung di Runners Cafe di Bukit Jalil. Sebelum kita berkenalan dengan ambassador SCORE RUN Series ni jom kita tengok apa yang menarik di Runners Cafe.

Runners Cafe

Pertama kali saya masuk ke dalam Runners Cafe saya dah boleh nampak banyak dekorasi dalam yang berunsurkan running. Medal dan piala running dijadikan sebagai sebahagian dari elemen penarik disetiap sudut cafe. Medal yang digantung kat sini pun bukan calang-calang tau. Kebanyakkannya adalah dari acara larian terkenal tempatan dan luar negara. Dari medal fun run sehinggalah kepada medal Ultra Run serta Trail Run. Kagum saya tengok medal-medal larian sebanyak ni. Saya dimaklumkan pemilik cafe ni adalah seorang runner yang gemar mengumpul medal larian dan menjadikan cafenya sebagai tempat untuk runner bersantai sambil bertukar-tukar cerita.

SCORE RUN SERIES 2018

Runners Cafe

SCORE RUN SERIES 2018

Diantara medal di Runners Cafe

SCORE RUN SERIES 2018

Baju larian juga dipamerkan di sini

Read More

2,034 total views, 8 views today

Cawangan Baru The Cap City

Bagi yang mengikuti perkembangan fashion topi pasti ternanti-nanti cawangan terbaru “The Cap City” yang baru sahaja dilancarkan pada 20 Disember yang lalu. Cawangan ke 3 ini terletak di bahagian atas tingkat 3 Mid Valley Megamall di Bangsar. Pada hari pertama pembukaannya ramai peminat setia topi berjenama seperti New Era, DC dan Obey telah beratur panjang semata-mata untuk menjadi 30 pelanggan pertama yang berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif dari The Cap City. 

capcity01

Cawangan Baru The Cap City

capcity03

Staff The Cap City yang setia menanti kunjungan anda

capcity06

Topi disusun pada rak kayu agar kelihatan nampak banyak pilihan

Read More

11,148 total views, 5 views today

Majalah Libur Lancar Blog O’ Rama

Majalah Libur terbitan Kumpulan Media Karangkraf merupakan majalah pelancongan No. 1 Malaysia yang sentiasa memberi maklumat berkaitan dengan lokasi pelancongan baik dalam negara ataupun luar negara. Bersempena dengan ulang tahun yang ke 12, Majalah Libur telahpun melancarkan satu kolum baru yang diberi nama “Blog O’ Rama”.

Kolum khas ini adalah untuk memperkenalkan penulis-penulis blog tempatan yang menulis mengenai pelancongan, informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan menarik dan apa-apa yang berkaitan dengan “Libur”.

blogorama03

Travel Blog Pilihan Libur 2015

blogorama00

Majalah Libur Karangkraf

blogorama04

Method pendaftaran seperti travel card

blogorama06

Suasana ketika acara

Saya rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput oleh editor Majalah Libur untuk menjadi sebahagian dari kumpulan blogger pertama yang akan menyumbangkan artikel di dalam majalah ini. Pada sesi pelancaran “Blog O’ Rama” tempoh hari di Starbucks Kota Kemuning, editor Majalah Libur iaitu saudara Meor turut menggalakkan lebih ramai lagi blogger menulis mengenai topik pelancongan kerana ianya sangat menarik untuk dikongsi dan sentiasa mempunyai pembaca.

Read More

3,634 total views, 6 views today