Tag - Magazine

Majalah Libur Lancar Blog O’ Rama

Majalah Libur terbitan Kumpulan Media Karangkraf merupakan majalah pelancongan No. 1 Malaysia yang sentiasa memberi maklumat berkaitan dengan lokasi pelancongan baik dalam negara ataupun luar negara. Bersempena dengan ulang tahun yang ke 12, Majalah Libur telahpun melancarkan satu kolum baru yang diberi nama “Blog O’ Rama”.

Kolum khas ini adalah untuk memperkenalkan penulis-penulis blog tempatan yang menulis mengenai pelancongan, informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan menarik dan apa-apa yang berkaitan dengan “Libur”.

blogorama03

Travel Blog Pilihan Libur 2015

blogorama00

Majalah Libur Karangkraf

blogorama04

Method pendaftaran seperti travel card

blogorama06

Suasana ketika acara

Saya rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput oleh editor Majalah Libur untuk menjadi sebahagian dari kumpulan blogger pertama yang akan menyumbangkan artikel di dalam majalah ini. Pada sesi pelancaran “Blog O’ Rama” tempoh hari di Starbucks Kota Kemuning, editor Majalah Libur iaitu saudara Meor turut menggalakkan lebih ramai lagi blogger menulis mengenai topik pelancongan kerana ianya sangat menarik untuk dikongsi dan sentiasa mempunyai pembaca.

Read More

 5,660 total views