Tag - Majalah Libur

Majalah BackPackerz khas buat Kaki Travel

Bagi sesiapa yang tahu, saya sebenarnya pengikut sejati Majalah Libur yang telahpun ditamatkan pengeluarannya pada tahun lalu. Bagai tumbuh hilang berganti, kini saya telah temui satu lagi majalah travel yang boleh dijadikan rujukan iaitu majalah BackPackerz. Walaupun nama majalah ini seolah-olah khusus bagi backpacker tetapi sebenarnya majalah ini merangkumi semua yang berkaitan dengan travel dan pelancongan.

Tambah istimewa lagi, majalah Backpackerz ni baru saja muncul dengan keluaran edisi pertama di pasaran pada bulan Januari 2016. Jadi kepada kaki travel memang rugi kalau tak mula beli dan jadikan sebahagian dari koleksi majalah.

Majalah BackPackerz

Majalah BackPackerz ketika di MITA 2016

Majalah BackPackerz

Cover depan Majalah BackPackerz isu 1

Majalah BackPackerz

Rupa di dalam Majalah BackPackerz

Read More

4,398 total views, no views today

Majalah Libur : Badger Bandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini saya adalah salah seorang dari blogger Blog O’ Rama Majalah Libur. Kisah mengenai blog saya telah dipaparkan di dalam Majalah Libur keluaran Feb 2015. Kali ini saya nak berkongsi mengenai satu artikel hasil penulisan saya yang telah disiarkan di Majalah Libur pada isu keluaran yang sama.

Artikel ini bertajuk “Badger Bandung – Tawar Keunikan Tersendiri” dan saya juga pernah kongsikan artikel yang sama di blog saya pada Dec 2014. Artikel sepanjang 1 muka surat ini menggunakan ayat dan pengisian saya sendiri. Semua gambar merupakan gambar asal dari blog saya.

Majalah Libur

Badger Bandung

Read More

846 total views, no views today

MohdZarin.com di Majalah Libur

Tak sangka hasil dari perjumpaan dengan Majalah Libur tempoh hari sempena pelancaran Blog O’ Rama, memberi peluang blog saya ini dipaparkan di dalam Majalah Libur keluaran Feb 2015. Ini sebenarnya kali pertama blog saya ditulis dan dipaparkan di dalam media cetak. Memang rasa sangat bangga kerana usaha saya selama ini membuahkan hasil dan dihargai. Sekurang-kurangnya saya bukan sahaja makan angin sesuka hati, tapi dapat pula berkongsi pengalaman dengan pembaca Majalah Libur.

Majalah Libur Karangkraf

Majalah Libur Karangkraf keluaran Feb 2015

Read More

2,526 total views, no views today

Majalah Libur Lancar Blog O’ Rama

Majalah Libur terbitan Kumpulan Media Karangkraf merupakan majalah pelancongan No. 1 Malaysia yang sentiasa memberi maklumat berkaitan dengan lokasi pelancongan baik dalam negara ataupun luar negara. Bersempena dengan ulang tahun yang ke 12, Majalah Libur telahpun melancarkan satu kolum baru yang diberi nama “Blog O’ Rama”.

Kolum khas ini adalah untuk memperkenalkan penulis-penulis blog tempatan yang menulis mengenai pelancongan, informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan menarik dan apa-apa yang berkaitan dengan “Libur”.

blogorama03

Travel Blog Pilihan Libur 2015

blogorama00

Majalah Libur Karangkraf

blogorama04

Method pendaftaran seperti travel card

blogorama06

Suasana ketika acara

Saya rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput oleh editor Majalah Libur untuk menjadi sebahagian dari kumpulan blogger pertama yang akan menyumbangkan artikel di dalam majalah ini. Pada sesi pelancaran “Blog O’ Rama” tempoh hari di Starbucks Kota Kemuning, editor Majalah Libur iaitu saudara Meor turut menggalakkan lebih ramai lagi blogger menulis mengenai topik pelancongan kerana ianya sangat menarik untuk dikongsi dan sentiasa mempunyai pembaca.

Read More

2,377 total views, no views today