Tag - Media

Konsert Jom Tonton 2017

Konsert Jom Tonton ni merupakan anjuran MediaPrima yang julung-julung kalinya dianjurkan sempena dengan sambutan ulang tahun pertama Tonton. Konsert ni diadakan di perkarangan eCurve dan dibarisi oleh artis terkemuka tanahair. Walaupun lokasi di perkarangan eCurve tu tidaklah sebesar mana, namun ianya berjaya memuatkan pentas konsert Tonton dan beberapa booth penaja. Lokasi konsert ni saya rasa unik kerana eCurve seperti yang kita tahu sentiasa ramai orang lebih-lebih lagi pada malam minggu. Sesuai dengan target audiencenya, Konsert Jom Tonton 2017 ni juga mempromosikan pelbagai pakej menarik bagi langganan tahunan perkhidmatan Tonton.

Konsert Jom Tonton 2017

Pembukaan Konsert Jom Tonton 2017

Konsert Jom Tonton 2017

Persembahan oleh Kaka

Read More

1,242 total views, 2 views today

Majalah Libur Lancar Blog O’ Rama

Majalah Libur terbitan Kumpulan Media Karangkraf merupakan majalah pelancongan No. 1 Malaysia yang sentiasa memberi maklumat berkaitan dengan lokasi pelancongan baik dalam negara ataupun luar negara. Bersempena dengan ulang tahun yang ke 12, Majalah Libur telahpun melancarkan satu kolum baru yang diberi nama “Blog O’ Rama”.

Kolum khas ini adalah untuk memperkenalkan penulis-penulis blog tempatan yang menulis mengenai pelancongan, informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan menarik dan apa-apa yang berkaitan dengan “Libur”.

blogorama03

Travel Blog Pilihan Libur 2015

blogorama00

Majalah Libur Karangkraf

blogorama04

Method pendaftaran seperti travel card

blogorama06

Suasana ketika acara

Saya rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput oleh editor Majalah Libur untuk menjadi sebahagian dari kumpulan blogger pertama yang akan menyumbangkan artikel di dalam majalah ini. Pada sesi pelancaran “Blog O’ Rama” tempoh hari di Starbucks Kota Kemuning, editor Majalah Libur iaitu saudara Meor turut menggalakkan lebih ramai lagi blogger menulis mengenai topik pelancongan kerana ianya sangat menarik untuk dikongsi dan sentiasa mempunyai pembaca.

Read More

2,802 total views, 1 views today

Perginya Seniman Mustapha Maarof

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un

Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang seniman negara iaitu Datuk Mustapha Maarof yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 8.40pagi akibat jangkitan paru-paru. Allahyarham sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Allahyarham Mustapha Maarof

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Dikebumikan disebelah pusara Allahyarhamah Roseyatimah

mustafa03 Read More

2,515 total views, no views today

Upin & Ipin dilantik sebagai duta “Japan Halal Expo 2014”

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Saya melaporkan secara terkini dari Makuhari Messe, Jepun sempena dengan acara “Japan Halal Expo 2014”. Pada tanggal 26 Nov 2014, sejarah baru animasi Malaysia tercipta apabila watak Upin & Ipin diangkat menjadi duta bagi acara ini. Hampir tak percaya bila pertama kali dapat berita ni tapi inilah yang berlaku.
Seperti yang kita tahu, negara Jepun kaya dengan dunia animasi mereka sendiri dan agak sukar untuk menyelitkan nama Upin & Ipin di dalam industri mereka. Mungkin melalui skop makanan halal, nama Upin & Ipin perlahan-lahan mula disebut di sini.

MZ_japan02

MZ_japan06 Japan Halal Expo 2014

Pemilihan Upin & Ipin sebagai duta sebenarnya merupakan satu peluang keemasan yang jarang-jarang boleh diperolehi. Secara kebetulan pihak penganjur sememangnya ingin mencari satu ikon kartun yang terkenal dikalangan masyarakat Islam di Asia untuk dijadikan sebagai duta. Tambahan pula, acara “Japan Halal Expo 2014” ini merupakan penganjuran kali pertama dan sememangnya memerlukan daya tarikan yang kuat.

Read More

4,441 total views, 1 views today

[Review] Teater Di Bawah Lindungan Kaabah

Membaca tajuk teater “Di Bawah Lindungan Kaabah” sahaja sudah membuatkan bulu roma berdiri dan ditambahkan pula dengan barisan pelakon-pelakon teater yang berbakat besar ianya memberi gambaran awal sebuah teater yang penuh dengan lakonan emosi dan penghayatan mendalam. Begitulah, first impression saya bila tahu teater ini akan dipentaskan di Istana Budaya. Saya sungguh bertuah kerana mendapat jemputan pada malam pertama pementasan oleh CTRA Production, selaku penerbit teater ini. Samada anda ingat atau tidak, sebenarnya CTRA Production adalah syarikat yang sama yang pernah menghasilkan Teater Upin & Ipin The Musical 2 tahun lalu.

IMG_5341

Zarith bersama standee pelakon wanita 

IMG_5344-2

Saya pula bersama pelakon lelaki 

Berbeza dengan teater “Bahayanya Wanita” dan “Teater Upin & Ipin The Musical“, teater ini sememangnya mengaplikasikan pembawakan teater dan pementasan sebenar. Diadaptasikan dari karya asal novel Prof. Dr. Hamka yang berasal dari Indonesia, teater “Di Bawah Lindungan Kaabah” sudahpun mempunyai peminatnya sendiri yang tidak sabar untuk menyaksikan karya ini di dalam bentuk teater. Keseluruhan teater ini menceritakan mengenai kesucian cinta oleh seorang lelaki dan wanita yang masing-masing takut untuk meluahkan perasan kerana pelbagai dugaan dan halangan.

IMG_5998

Zahid membuka tirai teater

IMG_5818

Lakonan Adi Putra digemari ramai

Read More

3,862 total views, no views today

Dari Disneyland ke Utusan

Mesti ramai yang ingat tentang percutian saya dan Zarith ke Disneyland Hong Kong pada hujung tahun lepas. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, pakej percutian yang saya dah ambil tu adalah pakej dari Poto Travel bersama Utusan Malaysia. Jadi cerita mengenai percutian tempoh hari tu telahpun ditulis dan dikeluarkan ke dalam Utusan Malaysia sisipan Mega. Jadi dipendekkan cerita adalah muka saya dan Zarith bersama ahli kumpulan A. Bangga juga la nak cakap muka keluar paper ni~!
 Muka depan Utusan Mega Read More

2,790 total views, no views today