Tag - Merdeka

Logo Hari Kebangsaan 2015 berserta maksud

Hari Kebangsaan pada tahun ini bertemakan Malaysia #sehatisejiwa. Ini adalah logo Hari Kebangsaan 2015 berserta maksudnya:

logomerdekaLogo ini menggambarkan bentuk hati di mana semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dapat bersatu tanpa mengira warna kulit dan fahaman. Bentuk hati juga menggambarkan rakyat Malaysia yang telah sekian lama hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Bulan adalah pelengkap bagi menggambarkan agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Bentuk peta di kiri dan kanak menggambarkan penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah satu negara – Malaysia. Garisan dokongan berwarna merah di bawah bentuk hati menggambarkan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani. Warna yang dipilih juga ada pada Jalur Gemilang kebangsaan rakyat Malaysia. Read More

4,759 total views, no views today

Tarikan Baru Hari Kebangsaan 2015

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. Bermula pada tahun ini, kita sudah tidak menyebut sambutan tahun ke berapa tetapi menyebut sebagai sambutan Hari Kebangsaan ataupun 31 Ogos. Begitulah kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada hari ini di Putrajaya. Selain itu juga, sambutan hari kemerdekaan pada kali ini juga akan menggunakan slogan Malaysia #sehatisejiwa.
Sehatisejiwa

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2014

Diantara kelainan lain yang bakal di bawa pada tahun ini ialah penganjuran Bufet Hari Kebangsaan serta penampilan khas malim gunung pada perarakan Hari Kebangsaan. Sekiranya sebelum ini pihak -pihak hotel begitu giat mempromosikan Bufet Ramadhan, Datuk Seri berpendapat sekiranya dirangka dengan baik Bufet Hari Kebangsaan juga pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pihak hotel boleh menawarkan pelbagai menu serta dekorasi hotel yang bersesuaian dengan Hari Kebangsaan. Pekerja hotel juga boleh memakai pakaian menggunakan jalur gemilang seperti yang pernah dibuat oleh Sudirman. Untuk peringkat pertama ini, beberapa hotel-hotel terpilih di seluruh negara bakal memulakan bufet mereka pada 28 Ogos sehingga 16 September. Read More

1,925 total views, 1 views today

[Gambar] Kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 baru sahaja selesai berlangsung dengan meriahnya dan gilang gemilang. Saya secara tak langsung telah melibatkan diri dengan aktiviti persembahan pada tahun ini. Banyak kenangan manis serta dugaan yang telah ditempuhi sepanjang melibatkan diri. Walaupun sangat penat, tetapi hasilnya sangat memuaskan dan berbaloi. Saya kongsikan beberapa gambar-gambar menarik disepanjang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57. InsyaAllah saya akan kongsikan cerita-cerita menarik disebalik tabir dan persiapan Hari Kemerdekaan pada post yang akan datang.

IMG_6938

Peserta tarian sebagai acara pembukaan

IMG_7825

Upin & Ipin sebagai salah satu keunikkan tahun ini

IMG_7466

Perbarisan oleh Tentera

IMG_7288

Guru pembimbing yang membantu pelajar menari dan membuat persembahan

 

Read More

3,882 total views, 1 views today

Persiapan Persembahan Pembukaan Hari Merdeka ke 57

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Saya rasa sungguh bertuah kerana dapat menyaksikan persiapan awal persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal diadakan pada 31 Ogos nanti. Sesi latihan untuk slot persembahan ini sebenarnya telah melibatkan hampir 2,000 pelajar sekitar Selangor dan 2,000 pelajar sekitar Kuala Lumpur. Sebelum ini  mereka telah berlatih secara berasingan di Stadium Panasonic Shah Alam dan Stadium Hoki selama seminggu. Baru semalam mereka disatukan di Stadium Putra Bukit Jalil untuk latihan bersama.

IMG_0035

Aksi gerakan oleh Pelajar

IMG_0053

Berehat pun kena dalam keadaan formasi

IMG_9987

Bersedia menerima arahan

Read More

2,575 total views, no views today