Tag - Mister Donut

Mister Donut dari Jepun

Kali ni saya masih nak bercerita tentang makanan yang berasal dari Jepun yang kini dah berada di Malaysia. Ianya bukanlah Sushi ataupun Ramen tetapi ianya adalah Mister Donut dari Jepun. ¬†Mister Donut mula ditubuhkan pada tahun 1956 di Amerika dan kini berpusat di Jepun dan mempunyai 1,300 cawangan di seluruh dunia. Jenama Mister Donut ni sebenarnya dah setanding dengan Dunkin’ Donuts dan menjadi salah satu makanan wajib kalau melancong ke Jepun.

Di Malaysia sebenarnya dah ada beberapa cawangan Mister Donut, tapi baru-baru ni saya berkesempatan untuk mencuba cawangan Mister Donut di AEON Mall Shah Alam.

Mister Donut from Japan

Mister Donut di AEON Mall Shah Alam

Mister Donut from Japan

MugMister Donut

Mister Donut ni terletak di Japan Street dan berdekatan dengan Sushi King. Apa yang menarik dan uniknya di Mister Donut ni adalah mereka mempunyai macam-macam jenis dan rupa donut. Diantara yang famous kat sini adalah donut jenis Pon De Ring yang berbentuk macam kuih gelang sikit. Pon De Ring ni ada macam-macam perasa seperti Coklat, Green Tea dan macam-macam lagi. Pertama kali saya makan Pon De Ring ni ada perasaan yang berbeza sikit, sebab rasanya tak macam donut biasa. Ianya mempunyai rasa kenyal-kenyal tapi sangat lembut.

Harga untuk sebiji donut Pon De Ring ni adalah RM2.50 tetapi lebih murah sekiranya membeli secara set.

Mister Donut from Japan

Diantara pilihan Mister Donut

Read More

2,212 total views, no views today