Tag - Mitsui

Mitsui Outlet Park Makuhari

Bagi sesiapa yang pernah sampai dan membeli belah di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, ada sesuatu yang anda patut tahu mengenai Mitsui Outlet Park. Sebenarnya Mitsui Outlet Park merupakan rangkaian premium outlet terkemuka yang berasal dari Jepun. Di Jepun sahaja ada sekurang-kurangnya 12 cawangan Mitsui Outlet Park.

Saya berpeluang melawat cawangan Mitsui Outlet Park Makuhari. Jom kita tengok apa yang berbeza dengan di Sepang.

Mitsui Outlet Park Makuhari

Cawangan Mitsui Outlet Park di Jepun

Mitsui Outlet Park Makuhari

Sangat berhampiran dengan station

Mitsui Outlet Park Makuhari boleh dikatakan yang paling mudah dikunjungi kerana ianya sangat hampir dengan train station iaitu Kaihin-Makuhari Station. Tak sampai 5 minit berjalan kaki saja dah boleh sampai. Selain itu juga, Mitsui Outlet Park Makuhari ini terkenal kerana paling hampir dengan Disneyland Tokyo. Sememangnya salah satu lokasi wajib sekiranya merancang untuk bercuti ke Disneyland.

Apa yang saya boleh nampak di sini adalah kawasannya yang  sangat luas dan tenang. Setiap kedai amat mudah dicari walaupun pada kawasan yang luas. Diantara jenama terkenal yang dijual di sini adalah seperti New Balance, Adidas, Casio, Coach dan banyak lagi.

Mitsui Outlet Park Makuhari

SALE

Mitsui Outlet Park Makuhari

Beberapa kedai

Mitsui Outlet Park Makuhari

Jualan murah di mana-mana

Read More

 8,205 total views

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Pasti ramai yang dah pergi ke Mitsui Outlet Park yang terletak berhampiran dengan airport di KLIA. Mitsui ni bukan saja berhampiran dengan KLIA, tapi ianya merupakan diantara tarikan terbaru apabila berkunjung ke Sepang. Peluang untuk shopping dengan harga murah ini juga amat sesuai bagi sesiapa yang akan menaiki flight di KLIA2 kerana lokasinya yang begitu hampir. Tak perlu takut terlepas flight kerana pelbagai kemudahan disediakan di sini.

Selepas ni dah tak perlu pergi ke JPO lagi untuk dapatkan barangan season lepas dengan harga murah. Perjalanan dari Shah Alam ke Mitsui Outlet Park tak lebih dari 1 jam saja.

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Peta Mitsui Outlet Park di Jepun

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Rekaan dalaman di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Peta di dalam Mitsui

Mitsui Outlet Park sebenarnya berasal dari Jepun. Mitsui merupakan rangkaian premium outlet yang terkemuka di Jepun. Bagi sesiapa yang pernah melancong ke Jepun, pasti pernah singgah ke Mitsui Outlet Park kerana di Jepun mereka mempunyai 12 cawangan di bandar-bandar utama. Saya sendiri pernah berkesempatan mencuci mata di Mitsui Outlet Park Makuhari. Tak sangka sekarang Mitsui dah berada di Malaysia.

Read More

 17,890 total views