Tag - Nike

Review Nike Pro Hijab

Apabila NIKE mengumumkan bakal melancarkan NIKE PRO Hijab pada penghujung tahun lalu, pelbagai respon dan feedback dikongsi oleh ahli sukan dan mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Walau bagaimanapun NIKE Malaysia memerlukan beberapa bulan sebelum produk muslimah itu dipasarkan di Malaysia. Akhirnya pada 15 Februari yang lalu, secara rasminya NIKE PRO Hijab telah mula dijual di semua cawangan NIKE seluruh Malaysia. NIKE PRO Hijab terus hangat diperkatakan dan menjadi di antara produk sukan yang dicari-cari pada minggu tersebut. Dengan harga jualan bernilai RM99 adakah NIKE PRO Hijab sesuatu yang anda perlukan? Adakah ianya berbaloi untuk wang anda?

Saya mendapatkan respon dari Triathlete dan Ironman finisher iaitu Hafiza Othman yang sudah menggunakan NIKE PRO Hijab di dalam aktiviti sukannya. Teruskan membaca sekiranya inginkan jawapannya.

nike pro hijab

Hafiza, menggayakan NIKE PRo Hijab

Design / Rekaan

Sekali pandang NIKE PRO Hijab mungkin agak berbeza dari hijab sukan yang lain. Ianya nampak sangat simple dan tak complicated. Ianya boleh terus dipakai tanpa memerlukan aksesori tambahan ataupun pin. Rekaannya dikemaskan dengan logo NIKE pada sebelah kiri hijab bagi memberikan rupa premium. Bahagian hadapannya direka bagi memenuhi lilit muka yang mungkin membuatkan sesetengah orang kelihatan nampak “bulat” sekiranya bentuk muka kurang sesuai.  Tapi jangan risau kerana terdapat 2 saiz yang boleh disesuaikan dengan bentuk muka iaitu saiz XS/S dan M/L. Read More

3,467 total views, 4 views today

Nike Factory Store Genting

Saya merupakan salah seorang peminat jenama NIKE tak kiralah kasut, baju ataupun peralatan sukan. Baru-baru ni saya ke Genting Highland menonton persembahan Ultraman Live in Genting dan Nike Factory Store di Genting menjadi salah satu destinasi wajib saya setiap kali saya ke Genting. Nak tahu kenapa saya suka sangat dengan Nike Factory Store Genting ni? Ini adalah jawapannya.

Nike Factory Store Genting Highland

Diantara baju yang dijual

Nike Factory Store Genting Highland

Jersi yang dijual dengan harga RM49

Kalau bernasib baik, kita dapat jumpa jersi negara-negara ataupun kelab Eropah yang di jual dengan harga RM49 sahaja. Harga semurah RM49 ini, sebenarnya pernah dijual dengan harga asal sekitar RM200++. Ianya dijual dengan harga murah kerana kesemua jersi ini merupakan design musim lepas tapi sebenarnya masih cantik dan tak rugi kalau beli. Bayangkan jersi cetak rompak pun dijual dengan harga RM30 hingga RM50. Inikan pula jersi original! Read More

8,988 total views, 1 views today