Tag - Photography

Disebalik tabir muzik video Buai Laju-Laju

Siapa yang dah tengok filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal? Salah satu lagu OST dalam filem ini adalah lagu nyanyian Ernie Zakri iaitu Buai Laju-Laju. Lagu ini merupakan sebahagian dari filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal yang mengisahkan tentang watak Bawang Merah dan Bawang Putih. Kalau nak tahu selain menyanyikan lagu Buai Laju-Laju, Ernie jugalah melakonkan suara bagi kedua-dua watak ni. Hebat dan berbakatkan Ernie Zakri ni! Saya secara tak langsung terlibat dengan penghasilan muzik video Buai Laju-Laju sebagai production manager. Rakaman muzik video ni agak rumit sedikit kerana ianya melibatkan green screen dan ini juga merupakan pertama kali saya bekerjasama bersama Ernie Zakri di dalam sesebuah penggambaran.

Jom saya kongsikan pengalaman saya bersama team produksi ketika pengambaran muzik video Buai Laju-Laju.

Ernie Zakri Buai Laju-Laju

Ernie ketika proses makeup

Ernie Zakri Buai Laju-Laju

Storyboard proses awal

Oleh kerana muzik video Buai Laju-Laju ini keseluruhannya di rakam berlatarkan green screen, jadi perancangan awal sangat penting. Story board dilukis dan semua shots yang terlibat disusun terlebih dahulu. Proses pre-planning sangat penting bagi memastikan shots yang dirakam boleh digunakan di post-editing nanti. Selain itu juga, Story board ini juga digunakan bagi merancang proses effects yang akan dimasukkan kemudian. Menurut Ernie, ini adalah pengalaman pertama Ernie terlibat dengan penggambaran di green screen. Jadi Ernie sendiri harus banyak membayangkan dan berlakon seorang diri ketika pengambaran ini dilakukan. Read More

 4,209 total views

Bukit Kota Damansara Community Forest (KDCF)

Mendaki bukit adalah salah satu aktiviti riadah yang wajib dicuba walaupun sekali. Biasanya kita dengar orang mendaki bukit di luar kawasan bandar seperti di Hulu Selangor, Broga dan macam-macam lagi. Tapi siapa sangka rupanya terdapat satu lokasi unik untuk mendaki bukit yang terletak di Kota Damansara. Nama kawasan ini adalah Kota Damansara Community Forest. Seperti namanya, kawasan ini memang dijaga dan dipelihara oleh penduduk setempat. Oleh itu, trail untuk mendaki ke puncak telahpun dilabelkan dengan jelas bagi memudahkan pengguna. Selain sesuai untuk pendaki, nampaknya kawasan ni juga menjadi pilihan bagi penunggang basikal. Trailnya luas dan selamat untuk digunakan bagi sesiapa pun.

Bermula dengan perancangan awal, akhirnya berjaya juga saya dan seorang lagi kawan yang dah banyak kali menawan bukit Kota Damasara ini memulakan pendakian. Kami mula mendaki sekitar jam 7pagi dan ketika ini saya boleh katakan jumlah pendaki masih belum ramai lagi. Terdapat 2 pintu masuk iaitu berhampiran dengan sekolah dan satu lagi adalah berhampiran dengan taman permainan. Kedua-dua pintu masuk ini masih membawa pendaki ke puncak yang sama.

Bukit Kota Damansara Community Forest

Bersedia untuk mendaki

Bukit Kota Damansara Community Forest

Peta perjalanan ke puncak

Trail sepanjang pendaki boleh saya katakan bercampur dengan level senang dan susah. Namun begitu ianya tidaklah terlalu susah sehingga sukar untuk melepasi rintangan. Ada masa saya melalui jalan yang landai dan ada masa ianya berbukit. Keseluruhan perjalanan ke puncak adalah sejauh 2.3KM dan mengambil masa lebih kurang 1jam lebih bergantung kepada stamina seseorang. Trail pendakian ini boleh dikatakan selamat kerana ianya telah disediakan untuk orang awam beserta label dan panduan disepanjang pendakian. Bayangkanlah, saya tersempak dengan sekeluarga yang turut mendaki yang terdiri dari ayah, mak dan anak 3 hingga 4 orang yang rata-rata berumur sekitar 4 hingga 5 tahun. Dah rasa macam family outing saja. Read More

 11,213 total views

Rahsia Madu Kelulut

Bagi sesiapa yang tak tahu, saya adalah salah seorang penggemar madu lebah. Saya biasanya akan cuba macam-macam jenis madu samada yang murah ataupun mahal. Tapi oleh kerana madu ni kebanyakkannya lebih mahal dari murah, jadi saya takdelah selalu sangat minum madu. Madu ni dah tentulah banyak khasiatnya untuk badan kita dan boleh mencegah pelbagai jenis penyakit jika diamalkan selalu.

Salah satu jenis madu yang sejak kebelakangan ni diperkatakan adalah Madu Kelulut. Apa beza Madu Kelulut dengan madu-madu yang lain seperti Madu Asli, Madu Tualang, Madu Propolis dan macam-macam lagi? Untuk mengetahuinya sendiri, saya ke Ladang Mini Kelulut yang terletak MAEPS Serdang untuk melihat sendiri Madu Kelulut.

Rahsia Madu Kelulut

Ladang Mini Kelulut di MAEPS

Rahsia Madu Kelulut

Salah satu pokok yang ditanam di sini

Rahsia Madu Kelulut

Pernah dengar pokok Dukung Anak?

Ladang Mini Kelulut ini dibuka kepada orang awam setiap hari. Sebelum boleh sampai ke rumah lebah Madu Kelulut, saya mencuci mata dengan melihat taman mini yang mempamerkan pelbagai jenis pokok di sepanjang perjalanan. Pokok-pokok kat sini kebanyakkannya sangat unik dan rare. Ada yang kali terakhir saya tengok di kampung dan ada juga yang tak pernah tengok. Read More

 34,927 total views

Review “Everyday Messenger” Beg dari Peak Design

Bagi seseorang yang gemar melancong dan pada masa yang sama gemar mengambil gambar, saya amat mementingkan beg yang harus saya bawa. Walaupun sekarang ni dah banyak pilihan beg untuk kamera tetapi beg yang saya ada selalunya tak pernah mencukupi. Ini adalah kerana di lema seorang photo traveller adalah untuk mempunyai lebih dari satu beg kamera untuk pelbagai situasi ataupun keadaan. Sebagai contoh, beg kamera untuk melancong yang memuatkan 1 body kamera dan 2 lens ataupun beg kamera yang memuatkan 1 compact kamera dan 1 ipad adalah berbeza.

Sebelum ini saya sering menukar-nukar beg mengikut kepada keperluan. Tetapi tak sangka beg rekaan Peak Design hasil projek Kick Starter merubah segalanya. Ianya bukan sekadar beg, tetapi ianya boleh diubah dan disesuaikan dengan keperlukan harian. Pendek kata, samada kita mahu memenuhkan beg dengan semua peralatan kamera ataupun sekadar untuk membawa peralatan asas disamping sedikit barangan peribadi yang lain; beg ini ada jawapannya.

The Everyday Messenger Peak Design

The Everyday Messenger Peak Design

The Everyday Messenger Peak Design

Klip besi bermagnet

Siapa yang pernah mengikuti Kick Starter projek pasti sudah memahami konsep perniagaan mereka. Bermula dari idea dan konsep, Peak Design “menjual” idea beg “The Everyday Messenger” ini secara online tanpa sebelum menghasilkannya secara serious. Tak sangka, beg ini mendapat sambutan luar biasa sehingga memenangi beberapa anugerah. Read More

 3,069 total views

Bahtera Merdeka Tarikan Unik di Melaka Alive

Saya memang tak pernah jemu untuk datang ke Bandar Bersejarah Melaka kerana keunikannya dan ada saja tarikan menarik sepanjang tahun. Selain boleh melepaskan rindu pada Asam Pedas Tetel Melaka dan Kuih Keria Antarabangsa, salah satu lagi aktiviti yang wajib dilakukan adalah menonton persembahan Bahtera Merdeka di Melaka Alive.  Dulunya Melaka Alive ini kenali sebagai Melaka Light & Sound yang terletak di Banda Hilir. Lokasinya sangat strategik kerana ianya terletak betul-betul di pusat bandar dan berhampiran dengan A Famosa.

Persembahan Bahtera Merdeka ini merupakan satu-satunya persembahan berkaitan sejarah Melaka yang dipersembahkan dengan begitu unik sekali dan tidak membosankan. Ianya merupakan persembahan teater musikal yang menggunakan teknologi projection, animasi, cahaya dan motion.

Melaka Alive

Persembahan Bahtera Merdeka yang begitu bertenaga

Melaka Alive

Babak persiapan dan bersilat

Lupakan kisah sejarah yang membosankan kerana Bahtera Merdeka dipersembahkan dengan begitu bertenaga sekali. Diantaranya terdapat gerak tari dan pergerakan lakonan yang mengasyikkan. Segmen penceritaan semula penubuhan Melaka yang melibatkan watak sang Kancil digubah semula menjadi begitu abstrak dan sungguh unik. Namun begitu, watak utama dalam Bahtera Merdeka adalah Panglima Awang yang menjadi watak penting semasa penaklukan Portugis di Melaka. Read More

 4,113 total views

The Swagger Salon – Lansi

Sebelum saya ke Penang beberapa bulan lepas, saya dah buat checklist untuk semua tempat yang wajib saya pergi termasuklah salah satu kedai pakaian jenama lokal yang sangat rare iaitu Lansi. Ha, jenama Lansi ni sebenarnya yang dihasilkan oleh The Swagger Salon. Kalau sebut Lansi, mesti terus teringat dialog filem melayu “Lu Langi, Lu Mati”. Kalau nak tahu, jenama ni memang berasal dari Penang dan butiknya juga hanya terdapat di Penang. Apa kata, ikut saya masuk dalam butik ni dan tengok apa ada kat dalam The Swagger Salon ni.

The Swagger Salon Lansi

The Swagger Salon di Penang

The Swagger Salon Lansi

Rupa di dalam kedai The Swagger Salon

Read More

 5,418 total views

Corona Del Mar : A Night In Spain

“A Night In Spain”, begitulah tema makan malam yang diadakan di Corona Del Mar yang terletak di Kota Damansara. Sebenarnya makan malam ni adalah jemputan untuk para blogger dari seorang rakan blogger yang saya tak pernah jumpa iaitu Rayyan. Maka pada malam tersebut, berkumpullah bersama blogger-blogger kental yang kebanyakkannya sudah mengenali diantara satu sama lain. Saya ni kan blogger baru, jadi saya memang tak kenal sesiapa masa tu. Tapi nasib baik ada Sally, blogger yang saya baru kenal.

Tiada aktiviti khusus pada malam tersebut selain aktiviti makan. Setahu saya, Corona Del Mar ini dah lama beroperasi di Kota Damasara tetapi kali ini mereka nak menjemput blogger untuk merasai sendiri menu makanan mereka. Jom saya belanja tengok gambar makanan.

Corona Del Mar

A Night In Spain

Corona Del Mar

Suasana di dalam Corona Del Mar yang penuh dengan blogger

Read More

 3,774 total views

Jom Jalan-Jalan Jepun – Odaiba

Assalamualaikum dan Salam dari Jepun.

Kali ni saya nak sambung semula Jalan-Jalan Jepun saya dan kali ni saya nak fokus kepada satu destinasi di Tokyo yang dipanggil Odaiba. Odaiba ni memang dah siap-siap dalam checklist saya sebelum sampai ke Jepun sebab di sinilah terletaknya patung Gundam bersaiz sebenar. Saya memang sangat excited sebab saya tak pernah tengok patung Gundam sebesar dan sedekat macam ni. Saya menaiki train untuk ke sana.

Gundam Statue Odaiba

Menaiki Train ke Odaiba

Read More

 11,978 total views

Tema Tadika Mesra

Assalamualaikum dan selamat kembali ke sekolah bagi adik-adik semua. Sempena memberi semangat kepada adik-adik yang baru memulakan sesi persekolahan tahun ni, saya dan beberapa team Les’ Copaque bersepakat memakai baju TADIKA MESRA ke office. Baju Tadika Mesra ni actually adalah salah satu baju krew semasa Karnival Upin & Ipin 2013 (Fuh~ Nasib muat lagi).

Kalau nak tahu, dipoket setiap baju ni ada tertulis nama masing-masing. Memang sama macam dalam cerita Upin & Ipin. Bukan semua staff Les’ Copaque ada baju ni sebab bukan semua yang bertugas semasa karnival tahun tu.

tadika06 Read More

 5,458 total views

WordPress Master Class anjuran Akademi DenaiHati

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak berkongsi pengalaman peribadi semasa menyertai WordPress Master Class anjuran Akademi DenaiHati. Sebenarnya, kelas ni dah lama saya daftar tetapi di atas sebab-sebab tertentu saya tangguhkan sehinggalah kepada hari ini. Kelas ni terbahagi kepada dua iaitu WordPress Essentials dan WordPress Master Class.

Kelas Essentials adalah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak membuat blog, manakala Master Class pula adalah untuk mereka yang sudahpun menggunakan WordPress.

masterclass_denaihati02

Penerangan terperinci oleh saudara Eizil

masterclass_denaihati03

Belajar mengenai kemas kini blog

Kelas Master ni hanya terdiri dari beberapa orang pelajar saja untuk sesi tersebut iaitu dari CahayaDiana.com, Hafiz.my dan saya sendiri MohdZarin.com. Saya beruntung kerana berpeluang belajar bersama cikgu blogger hebat iaitu saudara Hadihaizil yang juga membuat blog iaitu Eizil.com.

Sepanjang lebih kurang 7 jam di dalam Master Class ni banyak perkara baru yang telah diajar yang mana selama ini sebagai blogger biasa mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai isu-isu keselamatan mahupun ciri-ciri kemaskini untuk blog. Read More

 5,078 total views