Tag - Putrajaya

Keajaiban di Magic Of The Night 2015

Baru-baru ini Putrajaya telah diterangi dengan cahaya dan lampu-lampu dari bot-bot berhias sempena dengan acara Magic Of The Night 2015. Acara ini sememangnya dinantikan bukan saja oleh penduduk sekitar Putrajaya malahan dari negeri lain juga lebih-lebih lagi ianya pernah dianjurkan sebelum ini. Acara ini dianjurkan sepenuhnya oleh Ministry of Tourism and Culture Malaysia (MOTAC) dan dibantu oleh rakan penaja lain seperti Tourism Malaysia, Perbadanan Putrajaya, GayaTravel dan beberapa agensi yang lain.

Magic Of The Night 2015

Marina Putrajaya

Ini adalah kali pertama saya berada di acara Magic Of The Night dan ini adalah pengalaman sebenar saya. Sebelum ni, saya hanya melihat gambar-gambar saja tetapi kali ni saya datang dengan perancangan dan sasaran tertentu. Teruskan membaca.

Magic Of The Night 2015

Salah satu persembahan pada waktu petang

Magic Of The Night 2015 telah berlangsung di Marina Putrajaya selama 4 hari iaitu dari 28 – 31 Mei 2015 bermula pada jam 5 petang sehingga 11 malam. Selain berhajat untuk melihat bot-bot berhias, saya juga menyertai peraduan fotografi dan selfie yang juga turut dianjurkan oleh pihak penganjur. Manalah tahu ada rezeki.

Awalpun Magic Of The Night bermula seawal 5 petang, tetapi keajaiban sebenar hanya bermula sekitar jam 9 malam. Pada waktu petangnya, acara seperti persembahan busker dan penjualan makanan menjadi aktiviti utama. Setiap malam acara ini dirasmikan oleh VVIP yang berbeza. Dengan bertemakan Malam Keajaiban, beberapa watak dari animasi antarabangsa seperti Frozen, Snow White dan Mermaid diguna pakai oleh pihak penganjur. Watak-watak ini memakai pakaian ala cosplay dan menarik minat pengunjung untuk bergambar.

Magic Of The Night 2015

Peserta berpakaian seperti Frozen

Magic Of The Night 2015

Persembahan tarian

Read More

 2,910 total views

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Kebanyakkan orang memang sangat excited sempena acara Putrajaya International Hot Air Balloon semenjak ianya diiklankan di TV dan Radio. Mana taknya , walaupun dah 7 tahun dianjurkan ada saja elemen baru yang ditambah setiap kali penganjurannya. Pada tahun ini, saya dengar event ini berubah kepada lebih hipster dari sebelum ini. Apa yang hipster sangat tu? Jom ikut saya pusing-pusing kat Putrajaya kejap.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Pass Media

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Orang beratur untuk membeli tiket

Read More

 7,582 total views

Karnival Upin & Ipin 2014

KARNIVALUI_01-1024x1024

Karnival Upin & Ipin 2014 tiba lagi dan kali ini ianya bakal membawa 1,000 macam kelainan dan keunikannya yang tersendiri. Lokasi di PICC, Putrajaya sebenarnya telah dipilih untuk Karnival Upin & Ipin tahun 2013 tetapi oleh kerana kesuntukan masa  dari segi kelulusan dan sebagainya, akhirnya lokasi ini dipinda pada November 2014. Pejam celik, pejam celik… tengok-tengok hanya kurang lagi sebulan karnival ini akan berlangsung. Menjadi sebagai salah seorang diantara orang belakang tabir Karnival Upin & Ipin semenjak tahun pertama penganjuran iaitu sekitar tahun 2010, saya dapat melihat banyak perubahan dan pembaikan pada setiap tahun.

1496231_10152190453964750_422804538_o

Gambar dari Facebook Upin & Ipin

Read More

 13,285 total views