Tag - Raptai

Persiapan Persembahan Pembukaan Hari Merdeka ke 57

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Saya rasa sungguh bertuah kerana dapat menyaksikan persiapan awal persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal diadakan pada 31 Ogos nanti. Sesi latihan untuk slot persembahan ini sebenarnya telah melibatkan hampir 2,000 pelajar sekitar Selangor dan 2,000 pelajar sekitar Kuala Lumpur. Sebelum ini  mereka telah berlatih secara berasingan di Stadium Panasonic Shah Alam dan Stadium Hoki selama seminggu. Baru semalam mereka disatukan di Stadium Putra Bukit Jalil untuk latihan bersama.

IMG_0035

Aksi gerakan oleh Pelajar

IMG_0053

Berehat pun kena dalam keadaan formasi

IMG_9987

Bersedia menerima arahan

Read More

 4,476 total views