Tag - RTM

Rakaman RTM1 Menu Kita Walla bersama Brian Masterchef

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Bagi pembaca setia blog MohdZarin.com pasti dah tahu yang mana saya juga adalah pengemar makanan. Walaupun masih banyak menu dan makanan yang saya tak cover, tapi alhamudullilah saya diberi peluang untuk menjadi blogger jemputan dalam rancangan terbitan RTM1 iaitu Menu Kita Walla. Sebenarnya, rakaman ni telah lama pun diadakan dan baru-baru ini saja saya dimaklumkan tentang tarikh tayangan episod yang saya terlibat. Rancangan ini disiarkan di RTM1 setiap hari Sabtu jam 10.30pagi dan dihoskan oleh selebriti chef, Brian MasterChef.

Menu Kita Walla RTM1

Diantara pilihan makanan laut

Menu Kita Walla RTM1

Pilihan sos istimewa

Read More

 7,888 total views

Burgerbyte – Menu Kita

Alhamdullilah,

Belum habis baca lagi entri ni dah terasa kenyang tengok gambar-gambar Burgerbyte ni. Bukan apa, lately saya dapat banyak jemputan untuk review makanan sampai lepas makan, makan lagi. Tapi review makan kali ni berbeza sikit sebab selain berpeluang review restoran makanan burger tempatan yang terkenal ni, saya juga sebenarnya berpeluang menyaksikan rakaman video bersama blogger Shakiddo untuk rancangan Menu Kita. Sebenarnya rancangan ni adalah terbitan RTM dan dijangkakan ditayangkan di RTM1 pada bulan Ramadhan nanti.

Burgerbyte Damansara Perdana

Burgerbyte Damansara Perdana

Rancangan Menu Kita ni adalah rancangan makan-makan yang pertama kali menampilkan blogger untuk salah satu segmennya. Rancangan ni dihoskan oleh Brian Masterchef. Sama-samalah kita tunggu siarannya nanti di kaca TV.

Burgerbyte Damansara Perdana

Burgerbyte – Grilled with Soul

Burgerbyte

Chef Nasir bersama Brian

Cawangan BurgerByte yang saya kunjungi ni adalah di Damansara Perdana yang dimiliki oleh Zizan Razak. BurgerByte ni sebenarnya adalah perniagaan francais yang telah mempunyai lebih dari 12 cawangan seluruh Malaysia. Apa yang menarik minat saya dengan Burgetbyte ni adalah mereka menghasil pelbagai jenis burger yang kreatif dan tak jemu untuk kita makan. Susah nak jumpa burger yang biasa-biasa kat sini. Semuanya burger luar biasa. Resepi istimewa ni adalah idea dan citarasa oleh Chef Nasir yang merupakan diantara pengusaha awal perniagaan Burgerbyte. Read More

 7,010 total views