Tag - Samsung

Samsung Galaxy Note 5 di pasaran Malaysia

Samsung Galaxy Note 5 merupakan diantara smartphone bersaiz phablet yang paling terkenal di dunia. Dengan pelancaran Note 5 baru-baru ini, Samsung mula menjual Galaxy Note 5 di pasaran Malaysia bermula 4 Sept 2015. Beberapa roadshow telah diaturkan oleh Samsung sehingga 9 Sept 2015 dan pelbagai tawaran menarik bagi pembeli terawal Samsung Galaxy Note 5.

Samsung Galaxy Note 5 Malaysia

Samsung Galaxy Note 5 di Sunway Piramid

Samsung Galaxy Note 5

Begitu ramai peminat Samsung beratur untuk menjadi orang pertama yang membeli Note 5

Read More

2,016 total views, 4 views today

Ada apa pada Samsung Galaxy Tab S ?

Walaupun Samsung telah mengumumkan Galaxy Note 4 mereka semalam, namun saya harap masih tidak terlambat untuk berkongsi mengenai salah satu ahli keluarga mereka iaitu Samsung Galaxy Tab S. Sebenarnya, saya selalu membaca mengenai peranti Samsung tetapi tidak pernah betul-betul menggunakan apa-apa peranti Samsung. Samsung seperti yang kita tahu kerap mengemas kini peranti mereka dan kadang-kala kita tidak terkejar dengan teknologi yang mereka bawa. Adik beradik Galaxy Tab pula sungguh banyak berada di pasaran hingga kita pun keliru dan terlupa nama-nama mereka. Namun begitu, kali ini saya ingin kongsikan mengenai Galaxy Tab S yang akan membuatkan anda akan mengingati namanya selepas selesai membaca blog ini.

s04

Samsung Galaxy Tab s

s05

Home button dan fingerprint scanner

Galaxy Tab S didatangkan dalam dua saiz iaitu 8.4-inci dan 10.5-inci. Kedua-dua pasangan saiz ini kerap dibandingkan dengan iPad Mini Retina dan iPad Air kerana skala saiz yang yang hampir sama. Saya tidak pasti apakah maksud “S” pada nama Tab ini tapi saya boleh simpulkan ianya mungkin untuk “Screen” ataupun “Sharp”. Tab ini dilengkapi skrin ber resolusi sangat tinggi iaitu 1600 X 2560 pixel iaitu bersamaan ~359 ppi yang dipanggil teknologi Super AMOLED. Jadi tak hairanlah ramai yang mudah jatuh cinta pandang pertama apabila pertama kali menatapi skrin Galaxy Tab S. Resolusi skrin pada Tab S lebih tinggi dari kebanyakkan TV kita yang berada di rumah (selain TV 4K). Read More

3,189 total views, 4 views today