Tag - Score

Score Run Series 2018

Walaupun baru masuk bulan Jan pada tahun 2018 tapi saya pasti kebanyakkan runner dah mula beraksi semula dengan mendaftar acara larian kegemaran masing-masing. Saya sendiri dah daftar beberapa acara larian sebab takut penuh dan tak sempat nak masuk. Dalam banyak-banyak larian pada tahun ni, salah satu acara larian yang pasti saya takkan lepaskan adalah SCORE Run Series 2018. Popular dengan tagline CONQUER THE CITY, Score Run pada tahun ni diadakan dalam 2 versi sekali gus iaitu versi malam dan siang. Saya teruja sangat nak join SCORE Run pada tahun ni sebab tahun lepas saya tak sempat masuk dan pada tahun ni nampaknya penganjuran lebih besar diadakan.

SCORE RUN SERIES 2018 SCORE RUN SERIES 2018 NIGHT EDITION

SCORE RUN SERIES 2018 Night Edition ataupun edisi malam ni bakal diadakan pada 5 Mei 2018 di Anjung Floria Putrajaya. Peserta boleh memilih untuk lari sejauh 5KM, 13KM ataupun 21KM. Larian malam ni bagi saya sangat fun sebab kurang rasa panas dan agak lambat untuk penat. Walau bagaimanapun, berlari waktu malam haruslah lebih berhati-hati kerana kekurangan cahaya.  Read More

5,225 total views, 10 views today

SCORE FitMob Festival 2017

Kepada sesiapa yang aktif join aktiviti fitness mesti tahu tentang acara yang dianjurkan oleh SCORE seperti SCORE Run dan banyak lagi. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman sendiri ketika saya menyertai acara SCORE FitMob Festival 2017 yang diadakan di KWC Starxpo Centre. FitMob Festival ni bukanlah seperti acara run tetapi ianya berkonsepkan aktiviti marathon fitness dance seperti Zumba, U-Jam dan banyak lagi. Bayangkanlah dari petang hingga ke malam event ni penuh dengan aktiviti fitness dance yang diketuai oleh instructor hebat-hebat dari luar dan dalam negara. Terdapat 3 jenis aktiviti utama  iaitu Zumba selama 90 minit tanpa henti, U-Jam dan K-Pop Fitness. Sebelum 3 aktiviti ni bermula, sebenarnya pada sesi petangnya ada aktiviti lain seperti Les’ Mills turut diadakan.

Saya sendiri sebenarnya pertama kali join aktiviti Fitness sebesar ini. Tu pun sebab saya join kawan-kawan dari Lola Fitness Studio dan alang-alang saya dah jadi macam team dorang sekali. Lola Fitness Studio adalah sebuah studio fitness di Kota Damansara yang menawarkan workout Jazzercise. Jadi untuk menari dan berZumba ni dorang semua takde masalah.

SCORE FitMob Festival 2017

Saya bersama team Lola Fitness Studio

Pada jam 7pm saya dah sampai kat sini untuk berkumpul bersama team Lola dan mengambil tag masuk. Lokasi eventnya adalah ditingkat atas sekali di Kenanga  Mall yang mana sangat mudah untuk dicari. Ruang parking di tingkat atas dijadikan sebagai kaunter pendaftaran dan kaunter jualan merchandise baju dan alatan sukan SCORE. Cantik sangat baju dorang ni belum apa-apa lagi saya dah shopping kat sini. Saya memang ada beberapa koleksi pakaian sukan SCORE sebab designnya cantik dan kainnya selesa ketika workout.

SCORE FitMob Festival 2017

Antara design terkini baju SCORE

SCORE FitMob Festival 2017

Stage yang besar dan cantik

Walaupun event dibuat di dalam kawasan tertutup tapi keseluruhan kawasannya adalah luas dan besar. Ianya seperti sebuah gudang yang besar ditingkat paling atas bangunan Kenanga Mall. Sound system kat event ni memang sangat hebat sehingga saya rasa sedang menonton wayang. Pentasnya pula sangat besar dan dilengkapi dengan LED Screen. Jadi masa menari kalau tak nampak instructor bolehlah tengok skrin. Lebih kurang jam 8malam barulah acara bermula dengan persembahan oleh cheerleader sebagai gimik pelancaran oleh penaja. Sebaik sahaja selesai pelancaran, aktiviti bersama Zumba terus dimulakan. Read More

3,702 total views, 3 views today