Tag - Shah Alam

Willy Satay Shah Alam

Kalau dulu bila teringin makan satay kita asyik nak cari satay kajang je. Tapi sekarang dah banyak pilihan restoran satey yang sesedap malahan lebih sedap dari pilihan satay di Kajang. Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan Willy Satay yang sudah mempunyai banyak cawangan dan sudah agak terkenal dengan kesedapan sateynya. Saya sendiri sebenarnya memang penggemar satay dan kali ini saya ke cawangan terbaru Willy Satay yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Walaupun dah ada banyak cawangan Willy Satay, namun saya difahamkan setiap cawangan mempunyai perbezaan dari segi pilihan menu-menu sampingan serta promosi yang diadakan. Namun begitu, semua rasa satay di sini adalah sama bagi setiap cawangan kerana resepinya dikawal bagi memastikan kesedapannya.

Willy Restoran Shah Alam

Bubur Nasi diantara menu sampingan di sini

Willy Restoran Shah Alam

Set Bubur Nasi

Sebelum kita makan satay kat sini, saya nak cuba beberapa menu lain yang turut terkenal kat sini seperti bubur nasi ni dan nasi kerabu. Bubur nasi ni sangat istimewa kerana ianya turut dihidangkan bersama set telur puyuh, hirisan ayam serta beberapa bahan lain. Walaupun nampak simple, tapi rasa bubur nasi ni memang lain dari yang lain. Selain itu juga, Nasi Kerabu kat sini memang berbeza kerana nasinya adalah berwarna kuning dan bukannya biru. Sudah pastinya lebih sedap sekiranya dibandingkan dengan Nasi Kerabu biru yang menggunakan banyak pewarna. Selain itu juga, set Nasi Kerabu ini turut dihidangkan dengan beberapa cucuk Satay. Memang sangat sedap dan terangkat. Read More

 21,938 total views

Kopi 3D Fifties Cafe

Cafe berkonsepkan hipster sememangnya menjadi satu trend sekarang ini. Ramai orang suka menghabiskan masa untuk lepak dengan kawan-kawan sambil menikmati secawan kopi disamping bertherapy dengan environment yang sungguh santai. Di Shah Alam, terdapat sebuah cafe yang lebih dari itu malahan mempunyai satu kelainan yang sungguh unik iaitu Kopi 3D.

Fifties Cafe

Kaunter Fifties Cafe

Fifties Cafe

Diantara suasana di dalam Fifties Cafe

Fifties Cafe terletak di Glenmarie, Shah Alam dan sebenarnya baru saja beroperasi dalam tahun ini. Ianya mempunyai kopi paling unik iaitu kopi berbentuk 3D berupa pelbagai bentuk. Saya sendiri datang ke sini semata-mata ingin melihat dan mencuba sendiri kopi yang sungguh cantik ini. Kopi di Fifties Cafe ini merupakan satu work of art kerana proses membuatnya seolah-olah proses melukis. Bahagian 3D yang terhasil dari buih harus diteliti agar mengekalkan bentuknya sebaik saja dihidangkan kepada pelanggan. Read More

 4,680 total views

Food Mega Festival 2015

Diantara event yang saya amat nanti-nantikan adalah Food Mega Festival yang telah diadakan beberapa minggu sebelum bulan puasa di Shah Alam. Memang bersesuaian sangat event ni diadakan memandangkan event berbentuk penjualan makanan ala-ala bazaar Ramadhan ni memang pasti mendapat sambutan orang ramai. Lebih-lebih lagi orang Selangor ni ramai yang suka makan. Jom ikut saya kita pusing-pusing kat Food Mega Festival 2015.

Food Mega Festival 2015

Kawasan legar Food Mega Festival 2015

Food Mega Festival 2015

Gerai Putu Perak

Food Mega Festival 2015 ini telah diadakan pada 30 & 31 Mei di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Ada lebih dari 100 vendor makanan tempatan yang menjual makan serta minuman. Selain dari itu, ada juga penampilan beberapa artis tempatan seperti Zizan Razak, Elizabeth Tan dan ramai lagi. Ada juga beberapa orang artis yang turut menjual makan mereka sendiri. Read More

 7,692 total views