Tag - Sony A7

Rahsia Chicken Chop Mak Wan Taman Melati

Kalau biasanya saya bercerita mengenai makanan sedap-sedap di restoran ataupun di food festival tapi kali ni lain sedikit. Saya nak perkenalkan gerai makanan istimewa iaitu Chicken Chop Mak Wan yang terletak di Taman Melati. Sebenarnya bagi yang tinggal di kawasan Taman Melati, mesti dah kenal sangat dengan gerai Mak Wan ni sebab Mak Wan dah mula berniaga kat sini lebih dari 20 tahun. Lokasinya adalah di tapak pasar malam Taman Melati dan berhampiran dengan pasaraya TS Mega serta menghadap jalan utama.

Walaupun gerai Chicken Chop Mak Wan ni terkenal dikalangan penduduk berhampiran, tetapi gerai ni sebenarnya kecik saja dan nampak usang. Mesti ramai yang tak percaya kenapa saya cadangkan gerai Mak Wan ni kalau anda berpeluang ke sini. Walaupun gerainya nampak biasa-biasa saja, tapi rahsianya adalah pada kesedapan Chicken Chopnya. Teruskan membaca.

Chicken Chop Mak Wan

Suasana makan bersama keluarga

Chicken Chop Mak Wan

Set sepinggan Chicken Chop Mak Wan

Seingat saya pada beberapa tahun dulu, sepinggan Chicken Chop Mak Wan ni hanyalah RM10 sahaja. Tapi dengan kos yang tinggi sekarang ni, harga Chicken Chop dah dinaikkan ke RM12-14. Bagi saya takpe, sebab ianya masih sedap seperti dulu. Apa yang sedapnya Chicken Chop Mak Wan ni adalah pada ayamnya yang digoreng garing dan dimasak ala tempura. Ianya tak menggunakan breadcrumb yang kadang-kadang membuatkan kita cepat bosan. Ayamnya hanya akan dimasak bila kita order. Jadi masa ianya dihidangkan, Chicken Chop tu masih dalam keadaaan panas. Read More

4,491 total views, 1 views today