Tag - Sony

Sony Xperia Z5 dan Z5 Premium

Sony Xperia kali ini diperkemaskan dengan keluaran terbaru yang diperkata ramai iaitu Sony Xperia Z5. Meskipun sekali pandang ianya nampak hampir sama dengan Xperia Z3+/Z4 tetapi sebenarnya ianya sungguh banyak berbeza malahan mempunyai beberapa features baru yang sangat menggoda. Diantara kelebihan utama yang “dijual” oleh Sony adalah Sony Xperia Z5 Premium merupakan smartphone pertama di dunia yang mempunyai paparan 4K.
sonyxperiaz5_11

sonyxperiaz5_18sonyxperiaz5_03Paparan 4K bermaksud resolution skrin yang lebih tinggi dan kiraan pixel per inch (ppi) yang lebih banyak. Ini bermakna skrinnya mampu memaparkan kualiti gambar ataupun video paparan lebih tinggi dari biasa dan tak masuk akal. Bayangkan seperti menonton TV 4K pada saiz sebuah telefon. Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap saiz skrin 4K yang agak kurang perlu, tetapi suka atau tidak inilah hala tuju teknologi skrin smartphone pada masa akan datang. Read More

1,671 total views, no views today

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Walaupun saya sebagai peminat sejati Sony Xperia, saya rasa tidak terlalu “bias” sekiranya saya cakap sesiapapun akan jatuh cinta dengan Sony Xperia C5 Ultra Dual. Ini adalah bukan kerana dari segi fungsi utamanya sebagai kamera selfie terbaik, tetapi dari segi designnya yang sangat cantik dan nampak futuristic. Walaupun sekali imbas ianya nampak sama saja seperti keluarga Xperia yang lain, tetapi Sony Xperia C5 mempunyai beberapa kelainan dan keunikannya yang tersendiri.

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Bezel yang nipis seolah-olah frameless

Screen

Skrin Sony Xperia C5 Dual Ultra bersaiz 6″ dengan resolusi 1080 X 1920. Skrinnya sangat besar dan ianya lebih besar dari iPhone 6 Plus mahupun Samsung Galaxy Note 5. Dengan saiz skrin sebesar ini, ianya hanya memaparkan 367 ppi. Walaupun bukan spesifikasi yang sesuai, namun skrinnya sudah cukup untuk memberikan kualiti sebenar FULL HD dengan teknologi IPS LCD dan Mobile BRAVIA 2. Read More

1,506 total views, 1 views today

Sony Xperia Z3+ mula dijual dengan harga RM2,599

Satu lagi keluarga baru Sony iaitu Sony Xperia Z3+ akan mula dijual di pasaran Malaysia dengan harga RM2,599. Sony Xperia Z3+ juga dikenali sebagai Xperia Z4 bagi pasaran antarabangsa yang telahpun dilancarkan pada April 2015.

Walaupun nampak seakan-akan sama dengan Xperia Z3, tetapi Xperia Z3+ ini telah diperbaharui dengan teknologi terkini dan hardware yang lebih tinggi.
xperia-z3-copper-front-side-1-600x600Xperia-Z3-_charge_630-600x343 Read More

1,051 total views, no views today

Sony Smartband : Pengalaman Sebenar

Perasan atau tidak tahun 2014 adalah tahun bagi gajet wearable bagi penggila gajet seluruh dunia. Diantara jenis wearable yang sangat terkenal sekarang ini adalah Smartband dan Smart Watch. Walaupun Smartband tidak sepenting dan tidak mempunyai high demand berbanding SmartWatch namun ianya masih mempunyai tempat di pasaran teknologi. Kali ni saya nak bawa anda semua melihat sejauh manakah Sony SmartBand mampu membantu kehidupan seharian.

smartband01

Sony SmartBand

smartband02

Rekaan gelang getah yang selesa

Selain Sony, terdapat beberapa jenis SmartBand lain yang telah berada di pasaran seperti Jawbone dan Samsung. Secara asasnya, SmartBand adalah sejenis Fitness Tracker yang berfungsi menyimpan data pergerakan kita seperti berlari dan berjalan. Data tersebut kemudiannya dipaparkan di Smart Phone untuk dianalisis. Ya, memang betul ianya lebih sesuai bagi seseorang yang mementingkan kesihatan seperti ahli sukan dan sebagainya. Tapi, Sony SmartBand menawarkan lebih dari itu.

Untuk review saya kali ni saya menggunakan Sony Smartband SWR10 dan bukannya Sony Smartband Talk yang terbaru. InsyaAllah kalau Sony Malaysia mahu menaja saya untuk review Smartband Talk nanti barulah saya akan buat entry yang baru. Read More

2,773 total views, 2 views today

Welcome Sony Xperia™ Z3

xperia-z3-gallery-05-1240x840-3a9c04a58df869e2c67c32bb072116b2

Sony Xperia Z3

xperia-z3-gallery-03-1240x840-3d991d7f8f2e8f4ea878e47960df222a

4 Pilihan warna

Semalam secara rasminya ahli keluarga Sony Xperia Z3 telahpun mula dijual di Sony Store seluruh Malaysia. Bagi peminat kipas susah mati produk Sony pasti teruja dengan barisan gajet baru ini sekali gus berkira-kira untuk menaik taraf dari xperia yang lama. Rasanya belum sampai 6 bulan, Sony Xperia Z2 berada di pasaran dan tiba-tiba Xperia Z3 muncul dan terus mengenepikan Z2. Mungkin hanya terdapat beberapa perubahan saja yang diberikan pada Xperia Z3 namun saya amat suka dengan perubahan yang diberikan.

xperia-z3-dual-design-collage-b342b1fc8149e1cf2c87dbea4dd4e05a-940 (3)

Rekaan Sony Xperia Z3

Read More

3,405 total views, 2 views today

Sony Xperia Z2 : Pengalaman Sebenar

Meskipun Sony Xperia Z2 telah lama berada dipasaran tetapi saya masih mahu berkongsi pengalaman saya menggunakan smartphone dari Sony ini. Selain dari menjadi pengguna setia product Apple, sebenarnya saya juga adalah secret admire bagi produk Sony. Saya merupakan diantara pengguna terawal Sony Xperia Z2 ketika ianya dilancarkan di Malaysia dan ini adalah pengalaman sebenar saya. Teruskan membaca.

sony02sony07

 

 

Sebelum saya mengambil keputusan untuk membeli Z2, saya sudah membuat berbulan-bulan kajian dan meneliti pelbagai jenis review antarabangsa. Untuk mula menggunakan telefon Android juga merupakan satu keputusan yang berat saya lakukan, kerana saya adalah penggemar ekosistem iOS. Read More

13,413 total views, 9 views today

Sony Xperia C3 untuk pengemar Selfie

Sebagai peminat produk Sony, saya memang takkan terlepas untuk mengumumkan salah satu telefon pintar terbaru oleh Sony iaitu Sony Xperia C3. Telefon ini direka khusus untuk pengila Selfie dengan beberapa features menarik yang menjadi perbezaan dengan telefon pintar keluaran Sony yang lain. Features utama adalah camera hadapan iaitu sebanyak 5.0 megapixel yang mana kebanyakkan telefon sekarang menawarkan sekitar 1.8 hingga 2.0 megapixel sahaja. Selain itu, camera hadapan juga didatangkan dengan flash dan menggunakan lens wide 25mm sesuai untuk selfie di dalam kumpulan. Aplikasi cameranya juga telah ditambah dengan aplikasi baru iaitu “Portrait Retouch” yang membolehkan pengguna mendekorasi gambar selfie sendiri ataupun kumpulan dengan beberapa tools tambahan seperti makeup, club dan sebagainya.

4_Xperia_C3_White_Designxperia-C3-gallery-06-1240x840-834e0cd639cbaeaa0270ac74d047f619xperia-c3-slim-sleek-and-lightweight-4902fe4dc415c12bea73ebf22f9c961e-940xperia-C3-gallery-04-1240x840-c33a59a793de5198382fd7057a90d952 Read More

3,204 total views, 2 views today