Teater Zombie LaLaLa merupakan sebuah karya terbaru CTRA Production yang pertama kali menampilkan teater yang menggunakan genre komedi seram. CTRA Production sebelum ini telah berjaya membawa persembahan teater hebat seperti Tenggelamnya Kapal Ven Der Wick, Di Bawah Lindungan Kaabah, Upin Ipin Musical dan banyak lagi. Nama CTRA di dalam perkembangan teater tempatan tidak perlu dipertikaikan lagi kerana mereka sememangnya mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas.
Pada kaca mata saya, cabaran utama teater ini adalah durasi persediaan dan latihan yang sangat terhad. Saya dimaklumkan pelakon-pelakon teater hanya ada 8 hari untuk latihan tarian dan lakonan. Masa yang ada untuk persediaan set, props dan juga costume tidaklah semewah seperti teater sebelum ini. Saya berkesempatan menonton teater ini di Istana Budaya tempoh hari dan ini adalah review jujur saya.
Teater Zombie LaLaLa merupakan teater komedi yang berkonsepkan jenaka ringan dan semata-mata bertujuan untuk menghiburkan. Jalan ceritanya tidak terlalu berat dan direka supaya mudah difahami. Terdapat 8 watak utama yang dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Amar Baharin, Siti Saleha, Hafreez, Amy Mastura, Zulin Aziz, Janna Nick serta dua pelakon teater iaitu Mei Fin dan Rosnan Rahman yang merupakan selling point bagi teater ini. Kesemua watak utama ini masing-masing membawakan hantu yang berbeza dan unik. Beberapa watak hantu juga dapat dilihat diambil dari watak-watak terkenal dan diparodikan. Read More
6,732 total views