Tag - Trail Run

Pengalaman di Tahura Trail Run 2018

Siapa sangka saya ke Bandung kali ni bukan untuk bershopping atau berjalan-jalan, tetapi semata-mata untuk menyertai acara trail run terhebat Indonesia iaitu Tahura Trail Run 2018. Sejak saya mengetahui tentang acara ini pada tahun lepas saya dah mula menanam hasrat untuk menjejakkan kaki di Bandung untuk merasai sendiri kemeriahannya. Tahura Trail Run ini merupakan penganjuran kali ke 6 dan ianya diadakan di Tahura iaitu nama pendek bagi Taman Hutan Raya yang terletak di daerah Dago Pakar. Terdapat 5 kategori jarak larian yang ditawarkan iaitu 42KM, 21KM, 17km, 10km dan kategori keluarga.

Bagi 42KM & 21KM acara trail run diadakan pada 20 Jan 2018 dan manakala bagi kategori 17KM, 10km dan keluarga pula dilangsungkan pada keesokkan harinya. Saya sendiri pertama kali menyertai larian sejauh 21KM dan pertama kali juga bagi acara trail run. Bagi saya alang-alang dah datang jauh-jauh tu baik ambil jarak yang lebih mencabar dari biasa. Teruskan membaca untuk mengetahui pengalaman sebenar saya disepanjang acara Tahura Trail 2018.

Race Kit Collection

Tahura Trail Run 2018

Suasana ketika race kit collection

Tahura Trail Run 2018

Race Kit yang saya dapat

Race kit collection diadakan sehari sebelum acara bermula dan lokasinya adalah di Tahura sendiri. Saya pun beli flight ticket ke Bandung sehari lebih awal untuk tujuan berehat dan proses pengambilan race kit. Sekurang-kurangnya dapatlah saya survey jarak dari hotel ke Tahura untuk acara keesokkan harinya. Alhamdullilah, suasana pengambilan race kit tidaklah begitu ramai dan tak perlu terlalu lama menunggu. Saya dimaklumkan pengambilan race kit juga telah dibuat di Jakarta seminggu lebih awal pada peserta yang berasal dari Indonesia.

Proses pengambilan race kit sama je seperti acara larian yang lain. Namun begitu apa yang berbeza adalah Tahura Trail Run menawarkan 4 pilihan warna baju iaitu Pink, Kuning, Biru dan Purple. Saya pilih warna biru sebab tu warna paling selamat (hehe). Masa ni saya dah rasa macam berdebar-debar nak tunggu keesokan harinya sebab masa ni dah boleh nampak wajah-wajah peserta yang bakal lari sama-sama esok. Tak kurang juga ramai yang first time macam saya dan sempat juga saya bertukar-tukar info. Kebanyakkan dari peserta adalah dari luar Bandung seperti dari Jakarta dan Jogja. Beberapa peserta agak teruja bila saya cakap saya dari Malaysia dan datang ke Bandung semata-mata untuk acara Tahura. Read More

5,543 total views, 6 views today