Tag - USA

10 Tempat Menarik di San Francisco

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Setelah lebih seminggu saya menjejakkan kaki di San Francisco, kali ini saya nak kongsikan 10 lokasi menarik yang wajib dilawati sekiranya berpeluang bercuti ke sini. San Francisco sebenarnya terletak di dalam daerah California dan kebanyakan kawasannya adalah berbukit serta berhampiran dengan pantai. San Francisco juga terkenal sebagai bandar IT kerana disinilah terletaknya Silicon Valley yang menempatkan kebanyakkan syarikat IT seperti Facebook, Pinterest, Cisco dan banyak lagi.

Walaupun banyak syarikat IT kat sini tapi tak bermakna San Francisco ni terlalu canggih dan takde tempat menarik. San Francisco ni begitu unik dan menarik sekali untuk dilawati kerana bandaraya San Francisco yang sungguh mixed culture dengan budaya lain seperti Asia.

1. Pier 39

Pier 39 ni terletak di kawasan bay area yang selalu menjadi tumpuan pelancong. Kawasan Pier 39 ni dibangunkan supaya menjadi destinasi shopping sambil bersantai menikmati pemandangan pantai yang indah. Dari Pier 39 ni juga kita dah boleh nampak Alcatraz dan Golden Gate Bridge dari jauh. Memang banyak barangan yang unik kat sini yang takde dijual ditempa lain seperti cenderamata berbentuk Golden Gate Bridge, tshirt, topi NHL dan banyak lagi. Kat Pier 39 ni juga terletaknya kedai Hard Rock Cafe dan terdapat banyak street performances.

Top 10 San Francisco

Pier 39

Top 10 San Francisco

Suasana kat sini sangat cantik dan tenang

Top 10 San Francisco

Diantara kedai-kedai cenderahati dan seafood kat Pier 39

Top 10 San Francisco

Kedai yang menjual peralatan dan pakaian sukan NFL dan banyak lagi

Top 10 San Francisco

Banyak Singa laut bersantai kat sini

Top 10 San Francisco

Sea Lion tidur

Read More

2,249 total views, no views today

Trip To Los Angeles (Disneyland California Adventure Park)

Assalamualaikum. Sekali lagi kita bertemu dan kali ini saya nak teruskan dengan update ketika saya berada di Disneyland. Kalau sebelum ini saya dah banyak kongsi gambar-gambar ketika di Disneyland Park, kali ni saya nak kongsi gambar di Disneyland California Adventure Park. Lokasi kedua-dua park ni berdepan di antara satu sama lain tapi tiket nak masuk ke dalamnya adalah berbeza. Boleh dikatakan secara kasarnya nak masuk satu thempark ni harganya sekitar RM260 untuk satu hari. Pakej tiketnya akan jadi lebih murah kalau beli pakej 2 hari atau lebih. Macam biasalah saya, Ainur & Fikri bersama-sama menghabiskan masa kat sini dari pagi sampai malam. Group yang lain ketika ini decide nak masuk semula ke Disneyland Park sebab ingin pergi ke attraction yang lain yang dorang tak sempat nak pergi haritu.

Ok, yang bezanya kat Disneyland California Adverture Park adalah kat sini ada banyak ride dan attraction yang baru-baru. Diantaranya adalah Little Mermaid, Bug’s Life, World of Colors dan banyak lagi. Jom kita tengok satu-satu~!

Replica watak dari Bug’s Life

Beruang apa ek?

Tempat pertama yang saya pergi adalah ke show 4D Bug’s Life yang diberi nama “Its Tough to be a Bug”. Show ni ala-ala teater 4D tapi jauh lebih hebat. Saya boleh dikatakan banyak-banyak tayangan 4D yang kitaorang pergi di sini, tayangan ini lah yang paling best. Ini adalah kerana dorang banyak menggunakan props dan animatronic bug bagi melengkapkan jalan cerita. Selain tu, kerusi penonton juga sering kali dihujani dengan efek-efek air, asap, bau dan serangga berjalan bagi memberi pengalaman baru dalam tayangan 4D. Signage dan keyword kat sini juga sangat kreatif dan unik. Pekerja kat sini memanggil pengunjung sebagai “bug” sebab secara tak langsung kita seolah-olah dibawa ke dunia bug. Comel ke panggil bug?

Bersama Chip & Dale

Di hadapan Bug’s Land

Read More

3,063 total views, no views today

Trip To Los Angeles (Universal Studio Hollywood)

Salam dari Hollywood~!!. Yea, itulah aktiviti utama saya pada hari ke 4 saya berada di Los Angeles ni. Pada awal-awal pagi lagi kami dibawa oleh pemandu bas untuk ke Universal Studio Hollywood bagi melihat suasana studio produksi terkemuka dunia itu. Tapi sebelum sampai kat situ, kami singgah sekejap kat Hollywood Walk of Fame di mana di sinilah nama-nama bintang terkenal Hollywood dipamerkan kat lantai-lantai kaki lima. Nama-nama seperti Britney Spears, Jackie Chan dan ramai lagi menjadi tempat untuk ramai orang bergambar. Selain tu, tempat-tempat menarik kat sini lagi adalah Madame Tussauds yang mempamerkan patung-patung lilin artis-artis serta orang -orang terkenal. Oleh kerana masa suntuk, kami bercadang untuk datang semula kat sini pada esok hari. Tapi sebelum meneruskan perjalanan ke Universal Studio saya sempat bergambar dengan watak kegemaran saya iaitu Shrek~

Los Angeles

Hollywood 

Kiri : Bergambar bersama plat nama Mickey Mouse &  Kanan : Kegemaran saya, Shrek 

Read More

1,574 total views, no views today

Trip To Los Angeles (More of Disneyland Park)

Assalamualaikum semua. Nampaknya ramai kawan-kawan yang menantikan updates blog saya mengenai trip ke Los Angeles ni. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi membaca dan memberi komen di bawah post ni. Terus terang saya cakapkan sekarang ini saya dah rindu dengan negara Malaysia. Betullah orang kata, “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.”

Post kali ini adalah sambungan pada hari ke 3 saya di sini. Walaupun pada hari ke 2 saya dah pun masuk ke dalam Disneyland Park, tapi pada hari ke 3 ini saya masih memilih untuk masuk ke sini. 11 orang yang lain pula memilih untuk masuk ke Disneyland California Adventure Park yang  berada bertentangan di antara satu sama lain. Tapi saya tidak berapa teruja untuk mencuba ride extreme yang lebih difokuskan kat situ dan tambahan pula masih banyak tempat yang belum saya explore di Disneyland Park. Jadi saya, Fikri dan Ainur berpecah pada hari tu untuk ke destinasi yang berbeza. Sedikit info kalau korang dah lupa. Tiket yang kami ada ni adalah pakej 2 hari themepark yang mana 1 hari untuk 1 themepark. Kita tak boleh bergi dua-dua themepark pada 1 hari yang sama.

 Logo Mickey Mouse di lantai

Kitaorang pun berjalan masuk semula ke Disneyland Park. Misi utama pada hari ini adalah untuk mengkaji sedetails mungkin macam mana dorang ni mengawal persembahan maskot, jenis-jenis merchandise, props, rekaan dalaman, susun atur dan macam-macam lagi.

Ok, dalam satu kedai ni mereka ada menjual gambar-gambar Disney dengan custom-able frame. Ada satu mesin ni, kita pilih je gambar apa kita nak dan frame macam mana yang kita minat. Sistem ni sangat mudah tapi menarik. Ada juga gambar-gambar eksklusif yang dahpun diframe dan dijual terus kepada pengunjung. Gambar-gambar macam ni boleh mencecah sehingga USD150. Selain itu, dorang juga sangat creative dalam menghasilkan topi telinga Mickey Mouse. Dengan bentuk asas telinga Mickey je, macam-macam watak boleh dihasilkan.

 Antara gambar-gambar yang dijual

Donald Duck 

Topi watak Dumbo yang berasaskan design telinga Mickey 

 Antara pilihan merchandise Mickey Mouse

City Hall, tempat untuk customer service  Read More

2,225 total views, no views today

Trip To Los Angeles (Mickey Mouse)

Assalamualaikum. Pada hari ke 3 ni banyak tempat-tempat dan pengalaman yang menarik saya dah lalui. Tapi oleh kerana masa sangat pack dan padat saya tak sempat nak tulis apa-apa pada hari ni. Sekejap lagi ni saya akan ke Universal Studio dan beberapa tempat yang lain lagi. Sementara itu, inilah gambar saya bersama Mickey Mouse setelah 1 jam beratur kat dalam rumah dia. ~

p/s : Sambal Mak Nurul pengubat rindu dengan makanan Melayu~

610 total views, no views today

Trip To Los Angeles (Disneyland Park)

Salam Maulidur Rasul dari perantauan.~
Pada hari ke dua saya di LA, kami dah terus merancang ke Disneyland Park. Walaupun dah masuk hari ke dua, tapi actually kami baru sampai je di hotel pada pukul 11 malam semalam.. so kira macam baru hari pertama juga sebenarnya. Orang kata jetlag tu mungkin ada sikit-sikit sebab perubahan masa yang sangat besar.
Menunggu Breakfast 
 Kitaorang pun tak sabar nak makan
Jadi pada awal-awal pagi kami breakfast dengan makanan yang disediakan di hotel. Kat sini, hotel tak sediakan buffet breakfast macam kita kat Malaysia. Kita kena order makanan kita berdasarkan beberapa pilihan breakfast yang diberi. Macam biasalah, saya akan mengelak makanan ayam atau daging dan pilih sayur atau seafood sahaja. Dekat sini juga rupanya takde sos cili. Dorang makan semua pakai tomato sos dan tabassco sos. Memang susah tekak nak masuk makanan sebab kebanyakkannya agak tasteless. Nasib baik saya bawak sambal goreng Mak Nurul resepi orang Melaka… Hehe..
 Sos tomato dan Tabasco je yang ada
 Atas : Omelette dengan kentang 
Bawah : Pancake dengan kentang 
Ok, bismillah dulu
 

Read More

1,194 total views, no views today

Trip To Los Angeles (Departure)

Alhamdullilah, post saya kali ini saya lakukan secara terus menerus dari Los Angeles, USA. Trip ke LA ini sebenarnya telahpun dirancang beberapa bulan yang lalu oleh Les’ Copaque Production dan saya menjadi salah seorang dari 14 orang yang bernasib baik diberi peluang untuk ke LA bagi melihat sendiri Taman Tema Disneyland dan beberapa taman tema yang lain di sana. Selain dari menjadi sebahagian dari rewards yang diberi oleh company, trip ini juga bertujuan bagi mencari reference terbaik untuk Taman Tema Upin & Ipin nanti. Menarikkan?
 Bergambar di KLIA
 Fizi dan Kak Ros bergambar dengan peminat
14 orang yang turut menyertai trip ini adalah Faiz, Yuki, Haris, Fuad, Ida Rahayu, Ida Shaheera, Zaki, Razuri, Ainur, Saf, Kengsun, Akmal, Fikri dan saya sendiri. Seawal jam 10.30 pagi lagi kami semua dahpun sampai di KLIA dan bersedia untuk check in. Flightnya adalah sekitar jam 1.05 tengahari dan kami kena berhenti di Bangkok untuk transit selama 5 jam dan seterusnya barulah ke LA. Baru je di airport dah ada orang yang kenal dengan Kak Ros dan Fizi yang tak kedekut terus je bergambar bersama.
Bergambar lagi
Beg tag 

Read More

1,450 total views, no views today