Tag - Wordpress

WordPress Master Class anjuran Akademi DenaiHati

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak berkongsi pengalaman peribadi semasa menyertai WordPress Master Class anjuran Akademi DenaiHati. Sebenarnya, kelas ni dah lama saya daftar tetapi di atas sebab-sebab tertentu saya tangguhkan sehinggalah kepada hari ini. Kelas ni terbahagi kepada dua iaitu WordPress Essentials dan WordPress Master Class.

Kelas Essentials adalah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak membuat blog, manakala Master Class pula adalah untuk mereka yang sudahpun menggunakan WordPress.

masterclass_denaihati02

Penerangan terperinci oleh saudara Eizil

masterclass_denaihati03

Belajar mengenai kemas kini blog

Kelas Master ni hanya terdiri dari beberapa orang pelajar saja untuk sesi tersebut iaitu dari CahayaDiana.com, Hafiz.my dan saya sendiri MohdZarin.com. Saya beruntung kerana berpeluang belajar bersama cikgu blogger hebat iaitu saudara Hadihaizil yang juga membuat blog iaitu Eizil.com.

Sepanjang lebih kurang 7 jam di dalam Master Class ni banyak perkara baru yang telah diajar yang mana selama ini sebagai blogger biasa mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai isu-isu keselamatan mahupun ciri-ciri kemaskini untuk blog. Read More

 5,077 total views

Pertukaran Link Blog

change_blog

Assalamualaikum, kali ini saya nak maklumkan sedikit info berkaitan dengan pertukaran link blog saya dari http://mediahorizon.blogspot.com kepada https://mohdzarin.com/blog. Pertukaran ni actually, macam upgrade ke domain sendiri setelah hampir 8 tahun mengggunakan perkhidmatan blogspot. Terus terang saya cakapkan, saya suka menggunakan blogspot, just mungkin dah sampai masa saya berpindah ke domain sendiri dan mencuba sesuatu yang baru.

Semua contents dari blog lama saya dah sedut masuk ke domain name yang baru ni, cuma kebanyakkan post yang lelama tu setting dia macam lari sikit especially kat fonts dan alignment text. Mana yang terlarat tu saya dah fix tapi oleh kerana banyak sangat, so saya tak fix semua (hehe). Kalau inginkan tahap pembacaan dengan kadar optimum masih boleh baca melalui link blog yang lama.

Read More

 3,622 total views