Siapa sangka saya ke Bandung kali ni bukan untuk bershopping atau berjalan-jalan, tetapi semata-mata untuk menyertai acara trail run terhebat Indonesia iaitu Tahura Trail Run 2018. Sejak saya mengetahui tentang acara ini pada tahun lepas saya dah mula menanam hasrat untuk menjejakkan kaki di Bandung untuk merasai sendiri kemeriahannya. Tahura Trail Run ini merupakan penganjuran kali ke 6 dan ianya diadakan di Tahura iaitu nama pendek bagi Taman Hutan Raya yang terletak di daerah Dago Pakar. Terdapat 5 kategori jarak larian yang ditawarkan iaitu 42KM, 21KM, 17km, 10km dan kategori keluarga.

Bagi 42KM & 21KM acara trail run diadakan pada 20 Jan 2018 dan manakala bagi kategori 17KM, 10km dan keluarga pula dilangsungkan pada keesokkan harinya. Saya sendiri pertama kali menyertai larian sejauh 21KM dan pertama kali juga bagi acara trail run. Bagi saya alang-alang dah datang jauh-jauh tu baik ambil jarak yang lebih mencabar dari biasa. Teruskan membaca untuk mengetahui pengalaman sebenar saya disepanjang acara Tahura Trail 2018.

Race Kit Collection

Tahura Trail Run 2018

Suasana ketika race kit collection

Tahura Trail Run 2018

Race Kit yang saya dapat

Race kit collection diadakan sehari sebelum acara bermula dan lokasinya adalah di Tahura sendiri. Saya pun beli flight ticket ke Bandung sehari lebih awal untuk tujuan berehat dan proses pengambilan race kit. Sekurang-kurangnya dapatlah saya survey jarak dari hotel ke Tahura untuk acara keesokkan harinya. Alhamdullilah, suasana pengambilan race kit tidaklah begitu ramai dan tak perlu terlalu lama menunggu. Saya dimaklumkan pengambilan race kit juga telah dibuat di Jakarta seminggu lebih awal pada peserta yang berasal dari Indonesia.

Proses pengambilan race kit sama je seperti acara larian yang lain. Namun begitu apa yang berbeza adalah Tahura Trail Run menawarkan 4 pilihan warna baju iaitu Pink, Kuning, Biru dan Purple. Saya pilih warna biru sebab tu warna paling selamat (hehe). Masa ni saya dah rasa macam berdebar-debar nak tunggu keesokan harinya sebab masa ni dah boleh nampak wajah-wajah peserta yang bakal lari sama-sama esok. Tak kurang juga ramai yang first time macam saya dan sempat juga saya bertukar-tukar info. Kebanyakkan dari peserta adalah dari luar Bandung seperti dari Jakarta dan Jogja. Beberapa peserta agak teruja bila saya cakap saya dari Malaysia dan datang ke Bandung semata-mata untuk acara Tahura.

Tahura Trail Run 2018

Saya dah bersedia untuk Tahura Trail Run 2018

21KM Tahura Trail Run 2018

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Suasana pagi di Tahura ketika tu sangat meriah dan penuh dengan orang. Cuaca ketika pagi tu pun amat baik walaupun hujan pada malam sebelumnya. Saya dimaklumkan edisi Tahura Trail Run 2018 ni disertai oleh peserta dari 25 negara. Wah, sedar tak sedar secara tak langsung ini adalah acara International pertama saya. Rupanya ada juga peserta dari Malaysia yang join Tahura dan saya sempat bertegur sapa sebelum memulakan acara. Kebanyakkan dari peserta Malaysia ni memang dah biasa dengan trail run dan acara seperti Tahura Trail Run ni merupakan acara tahunan bagi mereka.

Tahura Trail Run 2018

Persembahan tarian tradisonal sebelum flag off

Tahura Trail Run 2018

Semua peserta sudah bersedia

Tahura Trail Run 2018

Pelari dari Malaysia, Erin

Saya yang join seorang diri ni pun rasa sangat berdebar-debar. Banyak benda sangat yang bermain dalam fikiran saya masa sebelum flag off. “Macam mana saya nak lari sambil ambil gambar?”, “Adakah persediaan makanan dalam beg saya ni cukup?”, “Kalau saya tak larat lari nanti ada orang tolong ke tak?” Kesemua peserta dah bersedia dengan gear masing-masing seperti hydration bag , makanan, botol minuman. Tak kurang juga berlari light dengan tidak membawa apa-apa.

Sebelum acara flag off dilakukan, briefing oleh pihak penganjur diadakan. Arahan dan peringatan diberikan sebagai kata-kata terakhir kepada peserta. Tambah berdebar-debar pula saya dengar masa ni. Tarian tradisional sebagai pemberi semangat kepada peserta dipersembahkan oleh penari tempatan. Sebaik sahaja tarian tamat, flag off pun dimulakan bagi kategori Full Marathon dan kemudiannya bagi kategori Half Marathon. Hanya 2 kategori sahaja yang dilangsungkan pada hari ini kerana baki 3 lagi kategori hanya akan berlangsung pada keesokan harinya.

Tahura Trail Run 2018

Suasana ketika Flag off 42 KM

Tahura Trail Run 2018

Berlari di dalam perkampungan Dago

Tahura Trail Run 2018

Diantara pelari yang menyertai Tahura Trail Run 2018

Tahura Trail Run 2018

Suasana awal larian di dalam perkampungan Dago

Semangat terus berkobar-kobar sebaik saja flag off dilakukan. Keadaan agak sesak pada awal larian sebab terlalu ramai peserta ketika ini. Biasalah awal-awal larian masing-masing masih mode happy sambil berselfie. Walau bagaimanapun, tak sampai 1km peserta dah kena lari mendaki bukit di laluan perkampungan Dago yang dikira agak mencabar pada peringkat awal larian.  Di sini dapatlah saya melihat suasana kampung yang jarang-jarang kita dapat tengok ketika  bercuti ke Indonesia. Penduduk kampung sekitar macam dah biasa melihat aktiviti larian dan mereka meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Pada KM4 larian terhenti seketika kerana berlakunya “macet” apabila baru saja memasuki kawasan lerengan bukit. Kesesakan ni berlaku kerana terdapat halangan sungai pada KM4 dan kesemua peserta berhati-hati merentasi sungai ni sebab terlalu licin. Hampir 4o minit juga saya terperangkap kat sini dan meninggu giliran untuk ke seberang sungai. Walaupun ianya boleh dianggap sebagai membuang masa, tetapi check point ini seolah-olah menjadi rutin dan trademark bagi Tahura Trail Run. Ketika inilah masing-masing sibuk bergambar dan berselfie. Saya sendiri ketika ni sempat berborak dengan beberapa peserta yang baru kenal yang masing-masing berasal dari Indonesia. Seronok berkongsi minat dan pendapat dalam acara larian dengan pelari dari negara yang berbeza.

Tahura Trail Run 2018

Penduduk kampung yang menjalankan aktiviti rutin harian

Tahura Trail Run 2018

Suasana ketika beratur menunggu giliran menyeberangi sungai

Tahura Trail Run 2018

Salah seorang kawan baru yang sudah mengambil gambar ketika berlari

Tahura Trail Run 2018

Sempat bergambar sebelum menyeberangi sungai

Tahura Trail Run 2018

Halangan sungai kecil

Bila saya menghampiri halangan sungai saya dapati rupanya sungainya tidaklah begitu besar sehingga memakan masa yang terlalu lama. Setiap peserta cuma terlalu berhati-hati kerana takut terjatuh ke dalam sungai. Lepas saja halangan ni, kesemua peserta masing-masing terus berdesup lari laju memanjat bukit. Mungkin terasa banyak sangat kerugian masa jadi setiap peserta terpaksa mengantikan semula masa yang telah dibazirkan.

Pemandangan ketika ni sungguh cantik kerana saya berlari dilerengan bukit yang penuh dengan tanaman dan sawah padi. Sempat saya berhenti sekejap menikmati pemandangan hijau yang jarang-jarang kita dapat lihat. Walaupun terasa macam nak luangkan lebih masa kat sini, tapi apakan daya saya kena meneruskan pelumbaan yang baru saja bermula. Saya berlari menaiki lereng bukit dan dari sayup-sayup saya tengok ramai peserta dah meninggalkan saya jauh dibelakang.  Cuaca ketika ni sungguh sejuk dan menyebabkan larian saya tak terasa penatnya. Namun begitu, saya tak patah semangat sebab saya tahu masih ada peserta dibelakang saya.

Tahura Trail Run 2018

Pemandangan di lereng bukit

Tahura Trail Run 2018

Suasana nyaman dan sejuk

Tahura Trail Run 2018

Percussion sebagai penyuntik semangat

Dibeberapa check point pula terdapat beberapa permain percussion memberikan semangat. Saya rasa dah jauh saya berlari dan memanjat lereng bukit. Tapi bila saya tengok papan arah, rupanya saya baru saja berlari sekitar 6KM yang pertama. Cuaca ketika tu dari berangin bertukar menjadi mendung dan gerimis. Saya teruskan berlari seorang diri dan melewati beberapa kumpulan pelari yang lain. Agak susah untuk saya berlari di dalam keadaan hujan lebih-lebih lagi saya berlari membawa kamera untuk tujuan video dan gambar. Saya terpaksa membahagikan masa untuk larian dan mengambil gambar. Tapi oleh kerana saya dah lengkapi kamera saya dengan persediaan untuk hujan, jadi saya masih mampu melepasi halangan yang ada.

Tahura Trail Run 2018

Pemandangan yang sungguh cantik

Tahura Trail Run 2018

Sempat lagi sekali bergambar

Gerimis dan angin yang kuat membuatkan saya harus berhati-hati ketika berlari. Selepas selesai berlari dilereng bukit, saya meneruskan larian di dalam kawasan hutan pula. Ketika ni saya terserempak dengan sekumpulan pelari dari Indonesia yang sedang memanjat bukit. Bukitnya tidaklah terlalu tinggi, tetapi lumpur dan selut menyukarkan pendakian. Ketika ni saya tengok masing-masing memerlukan bantuan untuk mendaki bukit berlumpur ini. Tak mungkin saya boleh menaiki bukit ni seorang diri. Jadi saya pun join dalam group ni dengan tujuan membantu dan dibantu.

Alhamdullilah, group yang saya baru saja kenal ni betul-betul mempunyai semangat teamwork yang tinggi. Rata-rata dari mereka ni first time berlari untuk trail run dan mereka memang memberi sokongan sesama mereka. Namun begitu, ada salah seorang pelari yang cramp kakinya terbaring dicelah pokok. Dia dengan tersenyum memberitahu supaya tinggalkan dia dan dia akan menunggu bantuan. Dalam keadaan tak sampai hati, saya pun beri bantuan spray salonpas yang dikatakan tidak dijual di Indonesia. Walaupun tak banyak membantu tapi bolehlah sementara men

Tahura Trail Run 2018

Berlari di dalam hutan

Tahura Trail Run 2018

Mendaki bukit berlumpur memerlukan semangat berpasukan

Tahura Trail Run 2018

Suasana ketika memanjat bukit

Tahura Trail Run 2018

Track yang licin dan berlumpur

Tahura Trail Run 2018

Checkpoint KM10

Permukaan tanah yang berlumpur ini berterusan sehinggalah saya tertembung dengan kumpulan motocross. Mereka juga menggunakan track yang sama kami berlari. Dalam hati patutlah, track dah lunyai rupanya dibelasah oleh motocross. Selepas pelbagai halangan dan rintangan, tak sangka rupanya baru 10KM saya berlari. Masa yang diambil untuk sampai ke checkpoint ni terlalu lama. Saya baru sedar saya dah rugi terlalu banyak masa untuk meredah lumpur. Lepas saja dari KM11, saya tinggalkan group tadi dan mula berlari solo.

Saya tahu saya tidaklah mengejar masa terpantas ataupun untuk mendapat anugerah larian, tetapi saya target untuk sampai sekurang-kurangnya sebelum Cut Off Time. Baki 11KM lagi saya berlari sehabis mungkin. Saya berhenti mengambil gambar dan fokus pada larian sahaja. Track lariannya berpindah kepada jalan kampung dan tak tak bermain lagi dengan lumpur. Walaupun bunyi macam senang, tapi kali ni saya banyak berlari di atas jalan berbatu dan menuruni bukit curam. Kalau silap langkap, boleh tangkap kat lutut dan mungkin saya akan terjatuh. Saya berlari dengan berhati-hati tapi yang pasti saya tak berhenti.

Tahura Trail Run 2018

Selisih dengan Motocross

Tahura Trail Run 2018

Water station di dalam hutan

Tahura Trail Run 2018

Menuruni jalan kampung yang berbatu

Saya seterusnya dibawa masuk semula ke dalam Tahura melalui jalan belakang. Tracknya kali ni sepatutnya lebih mudah tapi dah terasa sangat susah nak habiskan sebab kaki saya dah mula nak terasa cramp. Tapi saya gagahkan juga hasil dari Salt Tablet yang saya ambil setiap 20 minit ketika larian. Baki sekitar 4KM ni terasa amat jauh dan memenatkan. Namun masing-masing tak patah semangat sebab ketika ni dah sering selisih dengan pelari Full Marathon yang juga sedang berlari ke garisan penamat.

Tahura Trail Run 2018

Suasana ketika pelari dah berjaya menamatkan larian

Tahura Trail Run 2018

Diantara makanan yang disediakan di finishing line

Tahura Trail Run 2018

Ada juga pisang dan air Mizone

Tahura Trail Run 2018

Warung di dalam Tahura dipenuhi dengan pelari

Alhamdullilah, akhirnya saya berjaya juga menamatkan 21KM Trail Run dalam tempoh masa yang diberikan. Pengalaman pertama saya menyertai Tahura Trail Run 2018 ni Bandung ni merupakan pengalaman paling berharga dan menjadi acara paling meriah saya sertai untuk tahun 2018. Yang penting bukanlah medal, tetapi pengalaman disepanjang 21KM larian ni yang buat saya tak dapat lupakan Tahura. Semua aspek dan latihan yang pernah saya lakukan diaplikasikan kat sini.

Tahura Trail Run 2018

Saya bersama medal 21KM Finisher

Tahura Trail Run 2018

Bersama teman baru dari Indonesia, Jo dan Dian

Tahura Trail Run 2018

Bersama kawan-kawan baru dari Malaysia

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan baru saya yang support sebelum dan semasa Tahura Trail Run 2018. Siapa sangka sekarang saya dah ada kawan trail runner dari Malaysia dan Indonesia. Apa yang pasti ini bukan kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki di Tahura Trail Run. Saya pasti akan datang lagi untuk mencipta pengalaman yang baru bagi dikongsikan kepada semua.

Jom kita tengok video pendek yang sempat saya rakam disepanjang larian saya di Tahura Trail Run 2018

 

 

3,446 total views, 7 views today

            

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

9 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.