Semasa saya bercuti di Bandung tempoh hari, salah satu destinasi yang wajib singgah adalah di Tangkuban Perahu yang terletak lebih kurang 20km dari Kota Bandung. Tangkuban Perahu ini sebenarnya adalah Gunung Berapi yang dikatakan masih aktif lagi. Ianya dipanggil Tangkuban Perahu kerana rupa gunung ini yang kelihatan seperti Perahu yang terbalik atau ditelangkup sekiranya lihat dari jauh.
Jom kita tengok apa yang menarik ada kat sini.
Oleh kerana ianya adalah sejenis gunung, jadi untuk sampai ke landasan puncak Tangkuban Perahu ni kenderaan yang kita naiki haruslah mendaki selama lebih kurang 20 minit. Kalau kita datang ke sini naik bas pula, bas hanya dibenarkan mendaki di separuh perjalanan saja dan kita kena sewa kenderaan lain untuk meneruskan perjalanan. Nasib baik haritu saya datang ke sini dengan van, jadi tak perlulah tukar-tukar kenderaan.
Berkuat kuasa pada tahun 2014, tiket untuk naik ke Tangkuban Perahu telah dinaikkan. Harga tiket untuk seorang pelancong asing adalah 200 ribu Rupiah (~RM56) untuk hari weekdays dan 300 Ribu Rupiah (~RM85) untuk hari minggu. Harga tiket ini sangat berbeza untuk pengunjung tempatan iaitu sekitar 25 ribu Rupiah (~RM7) untuk weekdays dan 35 ribu Rupiah (~RM10) untuk hari minggu. Amacam ? Mahal tak?
Bagi saya sekiranya anda inginkan pengalaman dan menikmati keindahan ciptaan Allah, Tangkuban Perahu ini memang wajib disinggah sekiranya berada di Bandung. Suhu di sini adalah sekitar 17oC pada waktu siang dan 2oC pada waktu malam. Boleh tahan sejuk jugak tu. Satu perasaan aneh tiba-tiba datang bila menghidu udara di sini. Kat kawasan ini udaranya sangat kuat dengan bau sulfur dari Gunung Berapi yang busuk. Patutlah orang kat sini memakai topeng muka.
Ada juga yang tak pakai topeng muka mungkin sebab dah terbiasa. Pemandangan di sini memang sangat cantik dan menakjubkan. Tak pernah saya melihat gunung berapi sedekat ini. Ditambah dengan cuaca yang nyaman dan sejuk, melihat gunung berapi kat sini memang sangat relaxing. Patutlah kat Bandung ni diantara pendapatan utama orang kat sini adalah dari hasil tanaman. Kan tanah dari Gunung Berapi ni sangat subur dan sesuai untuk bertani.
Datang kat sini mestilah wajib bergambar. Terdapat beberapa check point wajib untuk bergambar kat sini. Selain tu, ada juga kedai-kedai cenderahati yang dijual dilereng-lereng bukit kat sini. Tahu dan Jagung Bakar juga diantara makanan ringan yang popular kat sini. Walaupun ni bukan Tahu Susu Lembang, tapi tahu yang digoreng panas-panas ni memang sedap dimakan dalam cuaca sejuk.
Kepada yang terasa nak naik kuda pun boleh, sebab perkhidmatan kuda memang diantara yang terkenal di sini.
Selain dari kedai-kedai dilereng bukit ni, terdapat juga ramai penjual yang akan approach kita untuk menjual macam-macam cenderahati seperti keychain, fridge magnet dan macam-macam lagi. Percaya atau tak, harga yang mereka tawarkan sebenarnya adalah separuh dari harga asal. Jadi kalau nak tawar menawar, mulakan dengan harga separuh dari harga asal. Kalau rasanya taknak beli pula, jangan mula tawar menawar ataupun tengok apa yang mereka jual. Sebab nanti mereka akan ikut kita sampai ke mana-mana sahaja.
Secara keseluruhan, destinasi di Tangkuban Perahu ni memang sangat cantik dan unik. Mungkin harga tiketnya yang mahal membuatkan kita berkira-kira sikit untuk naik ke atas. Tambahan pula, tiada aktiviti ataupun perkhidmatan lain yang disediakan bersama-sama dengan harga tiket tersebut. Harga tiket itu semata-mata hanya untuk melihat pemandangan di sini sahaja.
Tapi mungkin kalau anda seorang yang meminati pemandangan semula jadi atau gemar mengambil gambar. Saya sangat sarankan untuk berada lebih awal di Tangkuban Perahu. Ini adalah kerana suasana kat sini lebih menarik pada waktu pagi dengan kabus tebal dan landskap sekeliling yang unik.
10,169 total views, 1 views today
Cantik betul kat situ. Teringin nak pergi.
Bab harga tiket tu kat sini pun sama je. 🙂
Kyrul Nizam recently posted…Terima Kasih Benarkan Aku Peluk
Cantik.
Kawasan yang dekat dengan gunung berapi memang tanahnya subur.
Memang sesuai sangat nak bertani.
Tak tahu pula ada tempat yang cantik macam nie kat bandung.
Ingatkan pergi bandung boleh shopping je.
AZENI AHMAD recently posted…Petua Untuk Sakit Gigi: Hilang Sakit Tanpa Perlu Marah-Marah
Peh…semua gambar cantik-cantik belaka..
Travelog Siti recently posted…20 cara buat duit dengan dan semasa melancong
Terima kasih…
Mohd Zarin recently posted…Teater Diari Wanita
untuk kanak-kanak kena bayaran juga ke? bln may nnt kami akan ke bandung jg ni
‘
Kanak-kanak ada had umur dia. Cuma informasi pasal tu tak berapa jelas masa saya masuk haritu.
Cuma macam saya cakap, kalau memang nak tengok gunung berapi ni bolehlah masuk, kalau tak berapa minat, tak pergi pun takpe sebab harga tiket mahal.
Mohd Zarin recently posted…Goreng Pisang Tanjung Bungah
[…] ke Bandung selain dapat makan yang best-best sudah tentulah ianya adalah syurga bagi yang suka membeli-belah. […]
nice photos bro., teringat tangkuban perahu panjat smpi hujung nun disana disana., ;p
3lalat recently posted…SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT – SALBIAHM
keren…