Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. Bermula pada tahun ini, kita sudah tidak menyebut sambutan tahun ke berapa tetapi menyebut sebagai sambutan Hari Kebangsaan ataupun 31 Ogos. Begitulah kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada hari ini di Putrajaya. Selain itu juga, sambutan hari kemerdekaan pada kali ini juga akan menggunakan slogan Malaysia #sehatisejiwa.
Sehatisejiwa

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2014

Diantara kelainan lain yang bakal di bawa pada tahun ini ialah penganjuran Bufet Hari Kebangsaan serta penampilan khas malim gunung pada perarakan Hari Kebangsaan. Sekiranya sebelum ini pihak -pihak hotel begitu giat mempromosikan Bufet Ramadhan, Datuk Seri berpendapat sekiranya dirangka dengan baik Bufet Hari Kebangsaan juga pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pihak hotel boleh menawarkan pelbagai menu serta dekorasi hotel yang bersesuaian dengan Hari Kebangsaan. Pekerja hotel juga boleh memakai pakaian menggunakan jalur gemilang seperti yang pernah dibuat oleh Sudirman. Untuk peringkat pertama ini, beberapa hotel-hotel terpilih di seluruh negara bakal memulakan bufet mereka pada 28 Ogos sehingga 16 September.

Sehatisejiwa

Wajah-wajah pengunjung ketika sambutan hari Kemerdekaan tahun lepas

Selain itu, terdapat beberapa acara lain seperti Larian #sehatisejiwa, KL Garden Festival #sehatisejiwa serta Jualan Hari Kebangsaan pada 29 hingga 31 Ogos di pusat beli-belah di seluruh negara.

Berhubung keselesaan mereka yang menghadiri perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan menyediakan lebih 10,000 teres tempat duduk penonton selain paparan skrin LED yang lebih besar di lokasi tertentu.

Beliau berkata, penambahan itu akan membolehkan pengunjung menikmati persembahan dengan lebih selesa berbanding sebelum ini di mana teres hanya disediakan untuk orang kenamaan dan jemputan khas. Pada barisan perarakan pula, pada tahun ini watak-watak animasi Malaysia yang diketuai oleh Upin & Ipin turut akan berarak di Dataran Merdeka.

“Selain penglibatan karektor animasi, kehadiran malim gunung Kinabalu dalam perarakan juga merupakan satu tarikan baharu selain sebagai memberi pengiktirafan dan penghormatan di atas keberanian mereka,” katanya.

Malim gunung mula menjadi sebutan selepas memainkan peranan besar menyelamatkan pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas.

Selain itu, pada hari ini Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melalui laman Facebooknya turut memuat naik video Ucapan Hari Raya serta promosi Hari Kemerdekaan. Jom kita tengok~

1,927 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge