Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buat peminat filem arahan Mamat Khalid dan watak Usop Wilcha pasti dah tak sabar-sabar ingin tonton filem terbaru ini di pawagam. “Usop Wilcha dalam Werewolf dari Bangladesh” merupakan filem spinoff dari filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah dengan mengekalkan watak Usop Wilcha tetapi berada di dalam senario dan latar belakang yang berbeza. Terima kasih kepada Empire Filem Solution kerana menjemput saya untuk menonton filem ini pada malam tayangan media.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Mac 2015.

16391791030_c1f870164a_b

Tayangan bersama media ini telah diadakan di E@Curve bersama-sama kelab peminat Zizan dan Emma Maembong. Tapi sayangnya Zizan dan Emma tidak hadir disaat-saat akhir. Biarpun begitu, tayangan ini diteruskan juga walaupun tanpa 2 pelakon utama filem ini.

Usop Wilcha dalam Werewolf dari Bangladesh

Suasana di dalam hall sebelum tayangan

Usop Wilcha dalam Werewolf dari Bangladesh

Poster Usop Wilcha dalam Werewolf dari Bangladesh

Usop Wilcha dalam Werewolf dari Bangladesh

Diantara pelakon dan tenaga produksi yang hadir

Sinopsis:

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (Werewolf – Serigala Jadian) bermula kisahnya 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan. Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya mengambil keputusan membakar rumah Mirdu.

werewolf10 werewolf09 werewolf08

Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati. Di Malaysia, Usop Wilcha (Shy 8) yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jenab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.

Pada masa sama, wabak werewolf itu sudah mula merebak di Malaysia. Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jenab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi. Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop. Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.

werewolf07 werewolf06Review

Saya melihat filem ini sebagai satu filem lain dan berbeza dengan filem sebelumnya walaupun ianya adalah spinoff. Filem ini mempunyai kekuatan tersendiri dari segi cinematography dan jalan ceritanya. Walaupun elemen “werewolf” itu bukanlah idea original, tapi seluruh cerita ini merupakan sebuah karya asli yang hebat. Saya tak pernah terfikir, macam mana Mamat Khalid boleh mengaitkan Werewolf dengan Bangla. Ramai orang dah baca tajuk filem ini je dan tak tergelak.

Aksi selamba Zizan menjadi Bangla memang menghiburkan. Siapa tak kenal dengan lawak Zizankan? Berdiri diam pun dah boleh gelak, inikan pula dia cakap Bangladesh. Cerita ini bukanlah cerita komedi semata-mata tetapi ianya juga sarat dengan aksi berat dan visual effects. Watak Usop Wilcha pula menjadi sungguh berbeza dan ditonjolkan begitu gigih sekali supaya menjadi hero di dalam filem ini.

Sekiranya anda mencari “Hantu Kak Limah 2” di dalam filem ini, anda tidak akan jumpa. Sebaliknya anda akan berjumpa Werewolf dari Bangladesh yang membuatkan anda tidak sabar untuk menonton spinoff yang seterusnya.

Dengar kata filem selepas ini adalah  “Usop Wilcha : Mengonjang Makhluk Muzium”.

werewolf01

Trailer Filem

Jadi jangan lupa, hari pertama tayangan filem ini adalah pada 5 Mac 2015. Jom kita tengok wayang~!

4,238 total views, 5 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge