Assalamualaikum dan Salam dari Istana Budaya~!

Dah lama rasanya saya tak berkongsi mengenai persembahan teater di Istana Budaya. Ye, saya memang salah seorang peminat teater kalau nak tahu. Tapi kalau nak suruh saya berteater jangan mimpilah. Kali ni saya nak ceritakan mengenai persembahan teater yang masih lagi dipersembahkan di Istana Budaya iaitu teater Diari Wanita. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada CTRA Production kerana telah menjemput saya untuk menonton teater ini ketika pementasan hari pertama bersama media tempoh hari.

Teater Diari Wanita

Tiket Teater Diari Wanita

Teater Diari Wanita

Saya dan Zarith dapat tiket ke Teater Diari Wanita

Teater Diari Wanita ni dipentaskan bermula dari 11 hingga 16 Feb 2015 dan diarahkan oleh Rosminah Tahir. Teater ini dibarisi oleh pelakon baru dan lama seperti Amy Mastura, Misha Omar, Nad Zainal dan Sherry Alhadad. Teater ini sebenarnya merupakan gabungan 2 cerita iaitu “Episod YB” dan “Nyonya” yang mencungkil kisah mengenai WANITA. Jadi tidak hairanlah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan diantara penaja utama bagi teater ini.

Teater Diari Wanita

Di antara babak menarik Teater Diari Wanita

Teater Diari Wanita

Ketika lagu pembukaan Teater Diari Wanita

Kedua-dua kisah yang berbeza ini dilakonkan secara bergilir-gilir dan membawa penonton mendalami beberapa topik mengenai Wanita yang disentuh dengan sinis dan kadang-kala melucukan. Pada pembukaan teater ini, kesemua pelakon teater Diari Wanita mempersembahkan lagu pembukaan yang sangat menghiburkan. Dengan tarian dan pakaian yang cantik, lagu pembukaan teater ini sangat memukau penonton. TAHNIAH diucapkan.

Selain dari tu, apa yang sangat menarik perhatian saya adalah dekorasi set pentas yang digunakan. Ianya sangat cantik dan menarik. Kebanyakkan set perabot ini adalah perabot lama sebenar yang ditaja oleh Jati Java Furniture.

Teater Diari Wanita

Kemunculan Amy Mastura

Teater Diari Wanita

Nad Zainal yang sedang fokus berlakon

Teater Diari Wanita

Diantara aksi Nad Zainal di atas pentas

Saya cukup tak sangka dengan lakonan Sherry Alhadad yang sangat menonjol dan menarik perhatian. Walaupun kadang-kala seperti “over” tetapi ianya sangat melucukan. Sherry pandai menggunakan nada lakonan yang pelbagai dan menari menggunakan lenggok badannya. Sherry melakonkan watak “Nyonya” iaitu watak utama di dalam teater ini.

Teater Diari Wanita

Diantara aksi Zera

Teater Diari Wanita

Trio yang memukau di pentas

Teater Diari Wanita

Diantara babak menarik di Teater Diari Wanita

Teater Diari Wanita

Babak menarik diantara Amy Mastura dan Sherry

Teater Diari Wanita

Dina juga turut berlakon

Selain Sherry, pasti ramai ingin memberi tumpuan kepada lakonan Nad Zainal. Nad sememangnya sangat berani kerana dia tampil seorang diri pada hampir keseluruhan pementasan. Watak Nad adalah setiausaha kepada YB dan dia akan bercerita mengenai pengalaman kerjayanya dan juga masa lampaunya kepada penonton. Bukan mudah untuk berlakon dan bercakap seorang diri lebih-lebih lagi pada tahap pementasan teater Istana Budaya. Tapi saya rasa Nad berjaya membawa watak yang diberikan dengan baik kerana kalau bukan Nad saya tak terfikir siapa lagi yang layak.

Selain itu, salah seorang pelakon yang sangat mencuit hati di pementasan ini adalah Amy Mastura. Kebanyakkan penonton memang sangat terhibur dan ternanti-nanti setiap kali Amy Mastura melangkah masuk ke ruang pentas utama. Amy Mastura melakonkan wataknya dengan sangat spontan dan bersahaja. Dia juga sangat comel di atas pentas dengan gerak badannya yang kecil dan setiap kali berjenaka dengan Sherry.

Teater Diari Wanita

Babak diantara Nad Zainal dan YB

Manakala watak yang dipegang oleh Misha Omar juga turut dilakonkan oleh Zera Hariz pada tarikh yang berbeza. Ini bermakna pada hari-hari tertentu anda akan melihat Misha Omar ataupun Zera Hariz melakonkan watak yang sama. Saya kurang pasti kenapa, tapi mungkin kerana berlakunya pertindihan jadual diantara mereka. Ketika saya menonton teater ini, saya melihat lakonan Zera Hariz. Zera Hariz ini adalah sebenarnya pelakon teater Upin & Ipin The Musical bagi watak Kak Ros. Kebetulan pula kan?

Selain tu, Zera Hariz juga pernah muncul di dalam rancangan The Band dan menjadi salah seorang dari Juara program tersebut. Famous jugakkan sebenarnya Zera ni.

Teater Diari Wanita

Lagi aksi yang mencuit hati

Teater Diari Wanita

Amy Mastura

Teater Diari Wanita

Sherry Alhadad

Teater Diari Wanita

Zera Hariz

Teater Diari Wanita

Nad Zainal

Teater Diari Wanita

Pengarah Teater Diari Wanita, Rosminah Tahir

Teater Diari Wanita merupakan sebuah teater yang sarat dengan mesej dan perjuangan wanita. Disebalik gelak tawa dan kelucuan, semua penonton turut dihidangkan dengan nasihat dan iktibar yang patut diambil dari kisah yang diceritakan.

Saya nak ucapkan tahniah kepada tenaga produksi teater Diari Wanita dan diharapkan teater ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat teater tempatan.copyright

2,543 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge