Secara jujurnya pada awalnya saya tidak begitu memberi harapan yang tinggi terhadap teater Tenggelammnya Kapal Van Der Wijck. Mungkin kerana tajuk teater ini yang kurang menarik minat saya ataupun saya tidak pernah membaca karya asal cerita ini oleh karyawan tersohor Hamka. Tetapi bila saya berpeluang menonton teater ini pada malam pratonton bersama media, sangkaan saya meleset. Saya boleh katakan ini adalah diantara teater yang terbaik yang pernah saya saksikan.

 Saya kagum dengan latar belakang dan set lakonan untuk setiap babak yang direka dan disusun dengan begitu cantik sekali.

kapal03 kapal02 kapal01

Teater “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” merupakan penerbitan CTRA Production yang terkenal dengan kejayaan teater “Upin & Ipin The Musical“, “Di Bawah Lindungan Kaabah” dan banyak lagi. Persembahan mantap 2 tunjang utama pementasan ini iaitu Amar Bahrain dan Nabila Huda memang menjadi penguat lakonan keseluruhan teater ini. Lakonan penuh emosi mereka diselang seli dengan nyanyian bagi menguatkan lagi perjalanan cerita. Beberapa pelakon lain seperti Amyra Rosli dan Karl Shafiq juga tidak mengecewakan.

Pementasan ini berdurasi 2 jam 30 minit dan sememangnya menghiburkan. Bagi yang belum dapatkan tiket, sila dapatkannya di kaunter Istana Budaya ataupun secara online di http://airasiaredtix.com/
kapal09 kapal10 kapal11

Sinopsis :

Zainuddin anak yatim piatu yang lahir daripada golongon miskin telah pergi ke Minangkabau iaitu tempat asal ayahnya. Namun, kedatangannya tidak mendapat sambutan baik di tengah-tengah struktur masyarakat yang bernasabkan kepada ibu itu. Dia dianggap tidak memiliki pertalian darah dengan keluarganya di Minangkabau kerana meskipun berayah Minang, ibunya berasal dari Bugis.

Akibatnya, dia merasa terasing dan melalui surat-suratnya dia kerap mencurahkan kepada Hayati, perempuan keturunan bangsawan Minang yang prihatin terhadapnya. Setelah Zainuddin dan Hayati sama-sama jatuh cinta, Zainuddin berpindah ke Padang Panjang kerana keluarga Hayati tidak merestui hubungan itu.

Sebelum berpisah, Hayati sempat berjanji kepada Zainuddin untuk selalu setia. Sewaktu Hayati berkunjung ke Padang Panjang untuk berjumpa Zainuddin, Hayati menginap di rumah sahabatnya, Khatijah. Namun, sekembali dari Padang Panjang, Hayati menerima pinangan Adis, abang Khatijah.

kapal04 kapal05 kapal06 kapal07

Azis, yang murni keturunan Minang dan berasal dari keluarga kaya lebih disukai keluarga Hayati. Meskipun masih mencintai Zainuddin, Hayati akhirnya menerima Azis sebagai suaminya. Mengetahui Hayati telah menikah dan mengkhianati janjinya, Zainuddin yang kecewa pergi ke Jawa dan Surabaya bersama temannya, Muluk. Di perantauan, Zainuddin menjadi penults terkenal. Pada saat yang soma, Azis juga pindah ke Surabaya bersama Hayati dengan alasan bertukar pekerjaan, tetapi rumah tangga mereka akhirnya retak.

Setelah Azis dipecat, mereka menumpang ke rumah Zainuddin tetapi Azis akhirnya membunuh diri dan dalam sepucuk surat dia berpesan agar Zainuddin menjaga Hayati. Namun, Zainuddin tidak memaafkan kesalahan Hayati. Hayati akhirnya disuruh pulang ke Batipuh dengan menaiki kapal Van der Wijck. Di tengah-tengah perjalanan, kapal yang dinaiki Hayati tenggelam. Setelah Zainuddin mendengar berita itu dia mencari Hayati di rumah sakit di Tuban.

Sebelum kapal tenggelam, Muluk yang menyesali sikap Zainuddin memberitahu Zainuddin bahawa Hayati masih mencintainya. Cerita diakhiri dengan peristiwa yang memilukan dengan tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

kapal12

TARIKH/ MASA
12 – 18 Oktober 2015 8.30 Malam & 3.00 Petang

TEMPAT
Panggung Sari, Istana Budaya

MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN TIKET
Sila hubungi 017-8716060/ 012-2977220/017-2004249 8 03-61866592
FB: ctraproduction/ email: marketingActraproduction.com

HARGA TIKET
RM 37.10, RM 58.30, RM 90.10, RM 121.90, RM 164.30 & RM 270.30

Tempahan Hotline: +603 87754666
Tempahan Online: redtix.airasia.com/

Istana Budaya Jalan Tun Razak – +603 40265520

3,828 total views, 4 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge