Teater Bikers Kental merupakan salah satu teater adaptasi dari filem Bikers Kental yang dipopularkan oleh Zizan Razak dan Awie. Teater ini telahpun dipentaskan di Istana Budaya bermula dari 23 sehingga 31 Januari 2016. Biarpun sambutan asal filem ini tidaklah begitu mendapat sambutan di panggung wayang ketika ditayangkan dulu, tetapi pihak produksi teater ini tetap meraih harapan tinggi dengan menggunakan kaedah yang sedikit berbeza.

Menggunakan jalan cerita yang sama, penonton sudah dapat membaca setiap jalan cerita yang dipersembahkan. Walaupun ianya adalah adaptasi dari filem, tapi saya mengharapkan sedikit perubahan dari jalan cerita dan kejutan ataupun penambahan baru dalam teater ini. Dibarisi pelakon hebat seperti Zizan dan Awie, Istana Budaya ternyata riuh rendah dengan gelak tawa hasil dari komedi spontan mereka berdua.

12321237_543917869106868_5031413355470042909_n 12439556_543917859106869_424405817034984922_n

Lakonan spontan Zizan sememenangnya mencuit hati dan menjadi penguat kepada teater Bikers Kental. Tanpa kelibat Zizan, mungkin teater ini terasa kosong dan lemah. Beberapa lawak berulang dari filem Polis Evo mungkin terlalu overused dan mengganggu fokus jalan cerita sebenarnya. Walaupun teater ini dipentaskan di Istana Budaya, tetapi elemen pementasan teater terasa kurang diguna pakai. Seolah-olah sedang menonton persembahan dipentas yang biasa sahaja. 

Latar belakang dan set teater juga boleh dikategorikan sebagai biasa-biasa sahaja. Ianya straight forward dan tiada yang nampak impressive. 

12523155_543917822440206_7291283408020139227_n 12540711_543917872440201_7077947976264354539_n 12540948_543917782440210_4557376626224526445_n 12573824_543917812440207_2899795415705350141_n

Walau bagaimanapun, teater Bikers Kental merupakan persembahan teater yang menghiburkan. Sekiranya anda merupakan peminat sejati Zizan dan Awie, teater ini merupakan teater untuk anda. Dapatkan tiket dari harga RM47 sehingga RM196 secara online di RedTix.Airasia.com ataupun di kaunter tiket di Istana Budaya.12631451_543917772440211_8752483044879300233_n

Sinopsis

Perjalanan pulang dari tempat kerja telah membawa perubahan untuk Bidin al Zaifar, seorang pekerja di sebuah bengkel motor berkuasa tinggi apabila terjumpa sejumlah besar wang yang ditinggalkan dalam sebuah kereta, tapi tidak diketahui Bidin bahawa tindakannya mengambil wang tersebut diintip oleh penjahat yang bernama Al Buqerk yang mahukan wang yang sama.

Bidin telah membeli sebuah motor berkuasa tinggi hasil wang tersebut dengan adanya motor tersebut, Bidin sudah boleh ikut ”trip riding“ dengan rakan-rakan bikers yang diketuai oleh Eddie ke Thailand. Dalam perjalanan ke Thailand mereka telah singgah makan di sebuah kedai makanan siam. Di sana Bidin telah terpikat dengan seorang gadis tukang masak yang bernama Saiya Sukaporn. Akibat cinta pada pandangan pertama, Bidin berusaha untuk mengenali dengan lebih rapat gadis Siam itu tanpa menyedari bahawa dia telah diperangkap oleh satu sindiket yang menggunakan gadis Siam tempatan untuk mengumpan tiap bikers yang datang untuk meraih simpati dengan mengaut keuntungan supaya membayar sejumlah wang untuk melepaskan mangsa dari genggaman sindiket yang mereka hutang. Mereka dipaksa berkerja di sebuah kelab malam I take care U dance club. Kelab ini kepunyaan kepala samseng yang bernama Kuntatmeliwat.

Maka terjebaklah Bidin al Zaifar dalam perangkap gadis Siam idamannya. Eddie yang merangkap abang angkat Bidin juga sanggup mendapatkan sejumlah wang dengan memajak motornya sendiri demi persahabatan rakan bikers. Segala kegiatan ini juga telah lama menjadi intipan oleh pihak polis Interpol yang bertekad untuk memerangkap tiap ahli kumpulan. Pasukan polis Interpol ini diketuai oleh Nora Zain.

Kegiatan ini terbongkar setelah Bidin tertangkap Saiya bercengkerama bersama bikers lain. Kini baru Bidin sedar bahawa dia dipermainkan oleh Saiya unyuk mengaut wang darinya,tapi belum sempat Bidin melepaskan kesedihan, Albuqerk sudah menahannya dari melaporkan kegiatan ini pada sesiapa. Bidin dipaksa Albuqerk ikut kembali ke kelab.rakan bikers.

Eddie dan rakan bikers sampai di kelab untuk mencari Bidin,tapi ditahan oleh Kuntatmeliwat yang mengatakan bahawa Bidin sekarang memang dalam tahanannya cuma hanya akan dilepaskan kalau Bidin membayar kembali jumlah wang yang dicurinya dari kereta tempohari dan selagi Bidin gagal membayar hutangnya dia akan bekerja di kelab itu hingga cukup nilai hutang. Eddie yang cuba bertindak menghalang ,telah dikepung anggota samseng bersenjata, Muncul Nora Zain dan kelab di ambush oleh pasukan S.W.A.T

Apakah kesudahan Bidin dan Eddie?

1,736 total views, 6 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge